Perjanjian Lama 2022
16–22 Mei. Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34: “Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan”


“16–22 Mei. Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34: ‘Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“16–22 Mei. Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Musa berdiri di atas gunung

Ilustrasi Musa di atas Gunung Nebo, © Providence Collection/lesen dari goodsalt.com

16–22 Mei

Bilangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34

“Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan”

Musa diilhami untuk mengajar anak-anak Israel berdasarkan keperluan mereka (lihat Ulangan 6:1). Semasa anda mengkaji Ulangan, carikan ilham untuk mengetahui apakah asas-asas yang untuk diajar, berdasarkan keperluan ahli-ahli kelas.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kerana Ulangan mengandungi kata-kata terakhir Musa kepada anak-anak Israel, anda boleh jemput para ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka temui dalam Ulangan yang mereka ingin masukkan dalam kata-kata terakhir mereka kepada anak atau cucu mereka. Semasa mereka berkongsi, minta mereka jelaskan mengapakah mereka pilih kata-kata itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ulangan 6:4–7, 20–25; 8:2–5, 11–17; 29:18–20; 30:6–10, 15–20

Tuhan mahu kita untuk mengasihi Dia dengan sepenuh hati kita.

  • Seluruh Ulangan, terdapat petikan-petikan yang boleh mendorong kita untuk memikir tentang keadaan rohani hati kita. Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi fikiran mereka tentang petikan-petikan ini, anda boleh lukiskan satu hati pada papan tulis. Kemudian bahagikan ayat-ayat suci berikut di kalangan ahli-ahli kelas: Ulangan 6:4–7, 20–25; 8:2–5, 11–17; 29:18–20; 30:6–10, 15–20. Jemput para ahli kelas untuk tuliskan rujukan dalam hati itu jika ayat itu ajar tentang sesuatu yang kita harus ada dalam hati kita atau tuliskan rujukan itu di luar hati jika ayat itu ajarkan sesuatu yang kita harus elakkan. Apakah maksudnya untuk berikan seluruh hati kita kepada Bapa Syurgawi?

  • Bagaimanakah kita jelaskan kepada keluarga kita dan orang lain mengapa kita mematuhi perintah-perintah Tuhan? Selepas merenungkan soalan ini, para ahli kelas boleh baca Ulangan 6:4–7, 20–25 atau pernyataan dalam “Sumber Tambahan” dan kongsi fikiran-fikiran mereka. Bagaimanakah pandangan ini mempengaruhi cara kita rasa terhadap perintah atau perjanjian?

Ulangan 6:4–9, 20–25

“Ajarkanlah [firman Tuhan] kepada anak-anak kamu.”

  • Kadangkala ia membantu untuk mendengar idea-idea tentang cara orang lain mengajar dan mempelajari injil dalam rumah mereka. Bincangkan bagaimana ahli-ahli kelas mengikut nasihat dari Ulangan 6:4–9, 20–25 boleh berikan kelas anda satu peluang untuk belajar daripada satu sama lain. Apakah yang kita lakukan untuk mengajar dan “percakapkan” (ayat 7) firman Tuhan seperti yang dihuraikan dalam ayat-ayat ini? Apakah pengalaman yang kita boleh kongsi tentang Tuhan membimbing kita dalam usaha kita?

Ulangan 15:1–15

Menolong orang yang memerlukan melibatkan tangan yang murah hati dan hati yang rela.

  • Kita masih belum sampai ke hari itu di mana “tidak seorang pun daripada bangsa kamu akan menjadi miskin” (Ulangan 15:4), jadi, asas-asas mengenai menolong orang yang miskin dalam Ulangan 15 masih bernilai, walaupun pelaksanaan tertentu mengenai hutang dan hamba sudah ubah. Anda boleh jemput para ahli kelas untuk kaji semula ayat 1–15 dan carikan asas-asas mengenai menolong orang yang miskin dan yang memerlukan yang mereka ingin bincangkan. Soalan-soalan seperti ini boleh membantu perbincangan: Apakah erti “bermurah hati terhadap” mereka yang memerlukan? (ayat 8, 11). Apakah peranan hati anda dalam menolong orang lain? (lihat ayat 7, 9–10). Apakah yang kita boleh pelajari tentang menolong orang yang memerlukan dari teladan Tuhan? (lihat ayat 15).

Ulangan 29:9; 30:15–20

Tuhan menjemput kita untuk memilih di antara “yang baik dan yang jahat, antara hidup dan maut.”

  • Mungkin ia adalah menarik untuk membanding kata-kata Musa dalam Bilangan dengan ajaran-ajaran terakhir Lehi kepada keluarganya dalam 2 Nefi 1–4. Mungkin para ahli kelas boleh cari persamaan dan perbezaan di antara ayat-ayat ini: Ulangan 29:9 dan 2 Nefi 4:4; Ulangan 30:15–20 dan 2 Nefi 2:26–29. Bagaimanakah Lehi memperluaskan apa yang Musa telah ajarkan? Mengapakah kata-kata seperti hidup dan maut satu cara baik untuk menghuraikan pilihan-pilihan kita untuk “patuhi” atau “tidak taat” perintah Tuhan? (Ulangan 30:16–17). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka dapati dalam petikan-petikan ini yang mengilhami mereka untuk “memilih hidup” (Ulangan 30:19).

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Kita mentaati perjanjian kita kerana kita mengasihi Tuhan.

Presiden Linda K. Burton ajar:

“Dari segala sebab kita harus lebih tekun menjaga perjanjian kita, sebab ini paling besar—kasih. …

“‘Jika kita benar-benarnya menghargai berkat-berkat kita melalui penebusan yang telah dilakukan untuk kita, tidak akan ada sebarang pun yang Tuhan minta kita yang kita rela tidak rela lakukan’ [Joseph Fielding Smith, “Importance of the Sacrament Meeting,” Relief Society Magazine, Okt. 1943, 592]. Menurut pernyataan ini oleh Presiden Joseph Fielding Smith, menjaga perjanjian ialah satu cara untuk menunjukkan kasih kita untuk Penebusan Juruselamat dan Penebus kita yang tak terbatas yang tidak dapat kita fahami serta kasih sempurna Bapa kita di Syurga” (“The Power, Joy, and Love of Covenant Keeping,” Liahona, Nov. 2013, 114).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar. “Mendengar ialah satu tindakan kasih. … Minta Bapa Syurgawi membantu anda memahami perkara yang dikatakan oleh ahli-ahli kelas anda. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan yang diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan, kebimbangan dan keinginan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 34).