“9–15 Mei. Bilangan 11–14; 20–24: ‘Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut ,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“9–15 Mei. Bilangan 11–14; 20–24,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
9–15 Mei.
Bilangan 11–14; 20–24
“Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut”
Salah satu cara paling baik untuk mengetahui perkara yang kita harus fokus dalam kelas adalah untuk menanya para ahli kelas tentang perkara yang mereka mendapati bermakna semasa mereka mengkaji tulisan suci. Ini akan mengungkapkan perkara yang penting kepada mereka dan apa yang mereka sedia untuk belajar.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Kadangkala anda hanya perlu menggalakkan para ahli kelas untuk berkongsi pendapat mereka dari kajian mereka dengan menanya satu soalan yang ringkas seperti “Apakah yang Roh telah Kudus ajarkan anda semasa anda mengkaji tulisan suci minggu ini?” Kemudian berikan mereka masa untuk merenung dan membalas.
Mengajar Ajaran
Berucap bertentangan nabi Tuhan menyinggung perasaan Tuhan.
-
Membaca Bilangan 12 boleh menolong para ahli kelas memahami keseriusan berucap bertentangan nabi Tuhan. Anda boleh menjemput ahli kelas untuk membaca bab ini dan berkongsi bagaimana Tuhan rasa terhadap hamba-hamba-Nya. Berdasarkan ayat 1–2, pada pendapat anda, apakah ertinya untuk berucap bertentangan nabi Tuhan? Apakah bahaya untuk berbuat demikian? Apakah yang kita boleh pelajari dari tindakan-tindakan Musa dan orang Israel dalam ayat 13 dan 15?
“Musa seorang yang rendah hati.”
-
Ada orang mungkin hairan untuk membaca tentang seorang pemimpin yang gagah seperti Musa, yang berdiri di depan Firaun dan melaksanakan mukjizat yang kagum dengan kuasa Tuhan, adalah juga seorang yang “rendah hati.” Anda boleh gunakan Bilangan 12:3 untuk memulakan satu perbincangan tentang erti kelembutan hati yang benar. Anda boleh merujuk kepada definisi “Kelembutan Hati” dalam Panduan Tulisan Suci (”scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Sebagai satu kelas, anda boleh carikan petunjuk-petunjuk kelembutan hati Musa dalam Bilangan 12.
-
Apakah bukti-bukti lain tentang kelembutan hati Musa yang kita boleh pelajari? (lihat, sebagai contoh, Keluaran 18:13–25; Bilangan 11:26–29; Ibrani 11:24–27; Musa 1:10–11). Anda juga boleh baca dan bincangkan bagaimana Juruselamat menunjukkan kelembutan hati (lihat Matius 11:29; 27:11–14; Lukas 22:41–42; Yohanes 13:4–5). Apakah yang diajarkan oleh contoh-contoh Musa dan Juruselamat—atau orang lain yang kita kenali—mengenai kelembutan hati? Mengapakah Tuhan mahu kita menjadi lembut hati?
Dengan iman dalam Tuhan, kita boleh miliki harapan untuk masa depan.
-
Semasa anda bincangkan cerita tentang 12 orang Israel mencari negeri yang dijanjikan dan memberikan laporan mereka, pertimbangkan untuk menanya para ahli kelas bagaimana mereka rasa cerita ini boleh digunakan dalam situasi yang mereka hadapi. Untuk menolong mereka, anda boleh menjemput para ahli kelas untuk menyenaraikan perkara-perkara dari Bilangan 13:23–33 yang boleh dibandingkan dengan perkara dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, negeri yang dijanjikan boleh melambangkan sesuatu yang Tuhan hendak kita capai, gugusan anggur boleh menjadi berkat, gergasi boleh menjadi cabaran yang kita hadapi, dan selainnya. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka rasa Tuhan mungkin hendak mereka pelajari dari cerita ini.
Jika kita berpandang kepada Yesus Kristus dengan iman, Dia boleh sembuhkan kita secara rohani.
-
Untuk menolong para ahli kelas berbincang tentang laporan dalam Bilangan 21:4–9 dan membina iman mereka kepada Juruselamat, anda boleh tuliskan soalan-soalan seperti berikut pada papan tulis: Apakah ular gangsa lambangkan? Apakah gigitan ular lambangkan? Mengapakah ada orang yang enggan memandang ular gangsa? Bagaimanakah kita boleh “memandang” ia hari ini? Para ahli kelas boleh berkongsi jawapan-jawapan yang mereka dapati semasa mereka baca Bilangan 21:4–9; 1 Nefi 17:40–41; Alma 33:18–22; dan Helaman 8:13–15. Apakah beberapa perkara mudah yang Juruselamat jemput kita lakukan untuk menerima penyembuhan-Nya? Mengapakah kadangkala ia adalah susah untuk melakukan perkara yang mudah? (lihat “Sumber Tambahan” untuk jawapan). Mungkin para ahli kelas boleh berkongsi bagaimana dengan melakukan perkara-perkara ini boleh bawakan kuasa Juruselamat ke dalam hidup mereka.
Sumber Tambahan
“Hal-hal yang kecil dan mudah.”
Elder L. Whitney Clayton berucap tentang seorang uskup yang menasihati para ahli bahagian yang menghadapi cabaran-cabaran susah dalam hidup mereka:
“Nasihatnya untuk ahli-ahli bahagiannya sering termasuk kembali kepada amalan mudah iman, seperti mengkaji Kitab Mormon[,] … membayar persepuluhan, dan melayani dalam Gereja dengan ketaatan. Sering kali, walau bagaimanapun, balasan mereka terhadap dia merupakan satu keraguan: ‘… Apakah kaitan melakukan hal-hal tersebut dengan isu yang sedang saya hadapi?’
“… Orang-orang yang sengaja melakukan ‘hal-hal yang kecil dan sederhana’ [Alma 37:6]—mematuhi dalam cara-cara yang kelihatan kecil—diberkati dengan iman dan kekuatan yang jauh daripada tindakan kepatuhan sebenar dan, sebenarnya, mungkin kelihatan tidak berkaitan dengan mereka” (“Lakukan Apa Sahaja yang Dikatakan-Nya Kepada Kamu,” Liahona, Mei 2017, 98).