“2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19: ‘Ditahbiskan Untuk Tuhan,”’ Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“2–8 Mei. Kejadian 35–40; Imamat 1; 16; 1,9” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
2–8 Mei
Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19
“Ditahbiskan Untuk Tuhan”
Apabila anda mengalami pengalaman mengkaji tulisan suci yang bermakna, anda akan mengajar dan bersaksi apabila anda bertemu dengan para ahli kelas pada hari Ahad. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan para ahli kelas untuk melakukan yang sama?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Bab dalam pembacaan minggu ini menggunakan lambang-lambang untuk mengajar tentang Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya. Anda boleh mula dengan menjemput para ahli kelas menulis atau melukis pada papan tulis sesuatu yang mereka dapati dalam Keluaran 35–40 atau Imamat 1; 16; 19 yang mengajar mereka tentang Juruselamat. Jemput mereka untuk bercakap tentang hal yang mereka telah pelajari.
Mengajar Ajaran
Tuhan mahu kita menjadi kudus seperti Dia.
-
Semasa ahli kelas mengkaji Keluaran 35–40 minggu ini, mereka mungkin telah merenung tentang bagaimana elemen-elemen khemah ibadat zaman purba memalingkan fikiran mereka kepada Yesus Kristus. Jika mereka ada buat demikian, galakkan mereka untuk berkongsi pendapat mereka. Jadual dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu perbincangan ini. Anda juga boleh berbincang tentang apakah kaitan lambang-lambang ini dengan khemah ibadat ajarkan tentang menjadi lebih kudus. Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita menjadi lebih kudus?
-
Untuk banyak orang, idea menjadi lebih kudus nampaknya sangat sukar. Bagaimanakah anda akan bantu para ahli kelas memahami bahawa menjadi kudus ialah sebahagian rancangan Bapa Syurgawi untuk kita? Anda boleh baca bersama-sama pernyataan Presiden Henry B. Eyring dalam “Sumber Tambahan.” Apakah maksudnya untuk menjadi kudus? Bagaimanakah bait suci zaman akhir kita dan kerja yang kita lakukan di sana menolong kita menjadi lebih kudus? (juga lihat Ajaran dan Perjanjian 84:19–24; 109:6–26; 128:15–18). Anda kemudian boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana perkara-perkara ini telah menolong mereka—atau orang lain yang mereka tahu—menjadi lebih kudus.
-
Khemah ibadat orang Israel dalam padang belantara banyak serupa dengan bait suci zaman akhir kita. Anda boleh jemput para ahli kelas senaraikan perkara yang mereka telah pelajari tentang khemah ibadat dalam Keluaran 35–40 yang memperingatkan mereka tentang apa yang kita alami dalam bait suci. Jika mereka perlu bantuan, anda boleh arahkan mereka ke ayat-ayat dalam Keluaran 40 merujuk kepada satu tirai, altar, pakaian kudus, pembasuhan, dan penyapuan minyak. Bagaimanakah bait suci membantu kita datang kepada Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menumpukan masa kita kepada Dia dalam bait suci?
Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, kita dapat diampuni.
-
Walaupun idea korban binatang nampaknya ganjil kepada kita hari ini, kita boleh belajar banyak dari upacara ini mengenai korban tebusan Yesus Kristus. Untuk memulakan satu perbincangan, anda boleh pamerkan gambar-gambar Juruselamat di Getsemani dan di atas salib (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57). Para ahli kelas boleh berkongsi kata-kata yang mereka rasa berkaitan dengan korban tebusan Yesus Kristus. Jemput para ahli kelas untuk kaji semula Imamat 1:1–9 atau Imamat 16, yang menghuraikan korban binatang, dan carikan perkataan-perkataan yang mereka rasa juga berkaitan dengan korban Juruselamat. Bagaimanakah korban purba ini menolong kita lebih memahami Korban Tebusan Yesus Kristus? Para ahli kelas boleh nyanyikan satu lagu rohani tentang Juruselamat dan berkongsi perasaan mereka mengenai Dia.
-
Ia mungkin dapat membantu bagi ahli-ahli kelas untuk membandingkan persembahan yang Tuhan hendaki dalam Perjanjian Lama dengan persembahan yang Dia minta kita buat hari ini. Sebagai contoh, mereka boleh senaraikan cara-cara kita membuat pengorbanan bagi Tuhan dan kerja-Nya, seperti melayani dalam panggilan, membayar sumbangan puasa, kerja sejarah keluarga, atau melayani satu sama lain. Kemudian anda boleh baca bersama-sama Imamat 1:1–9 dan menjemput para ahli kelas untuk mencarikan elemen-elemen persembahan yang dihuraikan dalam ayat-ayat ini yang boleh berkait dengan persembahan yang Tuhan minta kita berikan hari ini (lihat 3 Nefi 9:19–20; Ajaran dan Perjanjian 64:34). Apakah yang kita boleh pelajari dari Musa 5:7 tentang cara kita harus pandang persembahan kita untuk kerja Tuhan?
Sumber Tambahan
Tuhan boleh membuat kita kudus.
Presiden Henry B. Eyring mengajarkan:
“Kegembiraan lebih besar datang daripada kekudusan lebih besar. … Tulisan suci mengajar kita bahawa antara perkara lain, kita boleh dikuduskan atau menjadi lebih kudus apabila beriman kepada Kristus, menunjukkan kepatuhan kita, bertaubat, berkorban untuk Dia, menerima tatacara-tatacara kudus, dan mentaati perjanjian-perjanjian kita dengan Dia. …
“Nyanyian rohani ‘Ya Tuhan Tambahkan’ [Nyanyian Rohani, no. 48] mencadangkan suatu cara untuk minta pertolongan dalam doa untuk menjadi lebih kudus. Pengarang itu mencadangkan dengan bijak bahawa kekudusan yang kita cari ialah kurnia daripada Tuhan yang penyayang, diberikan dari masa ke masa, selepas semua yang kita dapat lakukan” (“Kekudusan dan Rancangan Kegembiraan,” Liahona, Nov. 2019, 100–101, 103).