Perjanjian Lama 2022
23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: “[Jadilah] Yakin dan Berani”


“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: ‘Hendaklah Engkau Yakin dan Berani,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Musa mentahbis Yosua

Ilustrasi Musa mentahbis Yosua, oleh Darrell Thomas

23–29 Mei

Yosua 1–8; 23–24

“[Jadilah] Yakin dan Berani”

Semasa anda baca Yosua 1–8 dan 23–24, pertimbangkan nasihat untuk “Kajilah kitab itu siang dan malam” (Yosua 1:8). Berikan perhatian kepada bisikan yang datang. Ini mungkin akan berikan anda idea-idea untuk kelas anda.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi satu petikan dari pengkajian mereka minggu ini yang meningkatkan iman mereka terhadap Yesus Kristus. Sebagai contoh, mereka boleh merenungkan cara-cara misi Yosua memperingatkan mereka tentang misi Yesus Kristus. Mengapakah kita bersyukur untuk cerita-cerita dalam kitab Yosua?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yosua 1:1–9

“[Jadilah] yakin dan berani.”

  • Yosua disuruh, “Hendaklah engkau yakin dan berani” beberapa kali (lihat Ulangan 31:7, 23; Yosua 1:6–7, 9). Mungkin ahli-ahli kelas boleh bermanfaat dari berbincang tentang apakah erti Tuhan dalam frasa ini. Mereka boleh cari dalam Yosua 1:1–9 untuk nasihat yang Tuhan berikan Yosua untuk menolong dia menjadi yakin dan berani. Mereka juga boleh berkongsi contoh-contoh orang yang memiliki sifat-sifat ini yang mereka kenal. Bagaimanakah Yosua tunjukkan kekuatan dan keberanian dalam laporan yang ditemui dalam kitab Yosua? (sebagai contoh, lihat bab 3, 6, dan 8). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka cuba menjadi yakin dan berani untuk Kristus.

Yosua 1:8

Firman Tuhan boleh buatkan jalan kita makmur.

  • Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas dalam pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga, anda boleh baca Yosua 1:8 bersama kelas. Apakah yang kita pelajari dari ayat ini tentang bagaimana untuk mengkaji tulisan suci? Mungkin ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka lakukan untuk “kajilah” tulisan suci “siang dan malam.” Bagaimanakah Tuhan telah menjadikan kita “makmur” dan buatkan kita “berjaya” apabila kita mengkaji firman-Nya?

    perempuan membaca kitab suci

    Firman Tuhan boleh menjadikan kita “makmur” (Yosua 1:8).

Yosua 3–4

Kita boleh mengalami “mukjizat” Tuhan.

  • Mungkin ahli-ahli kelas boleh bermanfaat daripada satu kaji semula ringkas laporan orang Israel menyeberangi Sungai Yordan. Anda boleh bahagikan kelas dalam pasangan dan jemput setiap pasangan untuk mengisahkan cerita itu kepada satu sama lain, mengambil giliran untuk mengucapkan satu ayat pada satu masa (galakkan mereka untuk mencari dalam Yosua 3 jika mereka perlu bantuan untuk mengingati cerita itu). Kemudian, sebagai satu kelas, mereka oleh bincangkan perincian-perincian yang menarik perhatian mereka. Apakah yang kita dapat pelajari dari cerita ini yang boleh menolong kita mengalami “mukjizat” Tuhan dalam hidup kita? (ayat 5). Apakah “mukjizat” yang Dia telah lakukan untuk kita? Mengapakah ia adalah penting bagi setiap generasi untuk memiliki pengalaman rohani yang mengajar mereka bahawa “betapa besarnya kuasa Tuhan”? (Yosua 4:24).

  • Walaupun kita semua perlukan pengalaman pembinaan iman diri sendiri, mengingati apa yang Tuhan telah lakukan untuk nenek moyang kita juga penting. Menurut Yosua 4, apakah yang dilakukan oleh orang Israel untuk membantu generasi masa depan mengingati cerita mereka menyeberangi Sungai Yordan? (Lihat Yosua 4:1–7). Apakah yang kita lakukan untuk memastikan pengalaman kita tidak dilupai oleh generasi masa depan?

Yosua 6–8

Kepatuhan membawakan kuasa Tuhan ke dalam hidup saya.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan kita untuk membandingkan peperangan orang Israel bertentangan suku-suku Kanaan dalam Yosua 6–8 dengan peperangan kita bertentangan godaan. Anda boleh tanya ahli-ahli kelas apakah fikiran atau bisikan mereka telah ada semasa mereka membaca bab-bab ini dengan perbandingan ini dalam minda. Atau anda boleh mengarahkan mereka ke ayat-ayat tertentu yang nampaknya berkaitan dengan perjuangan kita untuk mengelakkan dosa, dan mereka boleh berbincang tentang apakah yang diajar dalam ayat-ayat ini tentang memperoleh kuasa Tuhan dalam hidup kita. Ayat-ayat ini termasuk Yosua 6:1–5, 18, 20; 7:11–13.

Yosua 23–24

“Pilihlah kamu hari ini siapa yang akan kamu layani.”

  • Mungkin ia boleh menolong ahli-ahli kelas menggunakan Yosua 23–24 ke atas diri sendiri jika mereka menggambarkan mereka sebagai orang Israel mendengar Yosua berikan nasihat ini pada hujung hayatnya. Anda boleh berikan mereka beberapa ayat untuk membaca secara senyap dan kemudian minta mereka untuk berkongsi sesuatu dari ayat-ayat itu yang boleh mengilhami mereka untuk tetap beriman kepada Tuhan. Mereka juga boleh berkongsi bagaimana mereka buat keputusan tentang “kepada siapa [mereka] hendak mengabdi” (Yosua 24:15). Mengapakah mereka buat keputusan itu?

  • Anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk memilih satu ayat dari Yosua 23–24 yang mengilhami mereka untuk memilih untuk melayani Tuhan dan kemudian ciptakan satu poster atau meme dengan ayat ini untuk dipaparkan dalam rumah atau di media sosial.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Perkembangan rohani berlaku di rumah. Para ahli kelas anda perlu memiliki pengalaman rohani diri sendiri di luar kelas untuk tetap kuat secara rohani. Cari cara untuk menggunakan masa yang pendek anda ada bersama mereka untuk mengilhami mereka untuk mencarikan khasiat rohani dalam tulisan suci di rumah— secara individu dan bersama keluarga mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 18.)