Perjanjian Lama 2022
30 Mei–5 Jun Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: “[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”


“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: ‘[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Debora dengan para tentera

Ilustrasi tentang Deborah memimpin tentera Israel, © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

30 Mei–5 Jun

Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16

“[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”

Ingatlah bahawa pengajar yang terpenting ialah Roh Kudus. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas untuk diajar oleh Roh Kudus semasa anda membincangkan kebenaran-kebenaran dari kitab Hakim-Hakim?

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan pada papan tulis nama-nama hakim-hakim yang terdapat dalam Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16 (seperti Debora, Barak, Gideon, dan Simson). Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula bab-bab tersebut dan tuliskan satu kebenaran yang mereka belajar dari pengalaman orang itu di bawah nama-nama itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Hakim-Hakim 2:11–19; 3:5–12; 4:1–16

Tuhan berikan pembebasan apabila kita menjadi sesat.

  • Memeriksa kitaran pemberontakan, kedukaan, pertaubatan, dan pembebasan Israel boleh menolong ahli-ahli kelas mengenali kuasa pembebasan Tuhan dalam hidup mereka. Para ahli kelas boleh bekerja dalam kumpulan kecil untuk mencari kitaran yang digambarkan dalam Hakim-Hakim 2:11–19; 3:5–12. Bagaimanakah anak-anak Israel dibebaskan dari kitaran dosa dan penderitaan? Apakah yang kita pelajari daripada kitab Hakim-Hakim tentang bagaimana kita boleh bebas dari dosa dan penderitaan? Apakah beberapa cara Tuhan membebaskan kita? Anda juga boleh jemput ahli-ahli kelas untuk mencari dan berkongsi tulisan suci yang bersaksi tentang Tuhan sebagai Pembebas dan Penebus kita (sebagai contoh, 2 Samuel 22:1–3; Mazmur 40:16–17; 1 Nefi 1:19–20; Mosia 23:21–23; Ajaran dan Perjanjian 138:23).

  • Hakim-Hakim 2:19 mencatatkan bahawa orang Israel berulang kali tinggalkan Tuhan dan menjadi pemuja berhala. Ahli-ahli kelas boleh meringkaskan ayat ini dalam bentuk satu amaran untuk diri sendiri. Dalam cara apakah kita kadangkala “menyembah” “tuhan-tuhan lain”? Bagaimanakah Tuhan boleh membantu kita mengubah “kelakuan [kedegilan]” kita?

  • Untuk memulakan satu perbincangan tentang Debora dan Barak membebaskan Israel dari suku-suku Kanaan, anda boleh tanya seorang ahli kelas untuk meringkaskan cerita itu untuk kelas (ia adalah baik jika anda menghubungi ahli kelas itu beberapa hari sebelum kelas supaya dia boleh bersedia). Kelas boleh berbincang tentang sifat-sifat Debora yang dikagumi mereka. Bagaimanakah Debora mengilhami anak-anak Israel untuk mengikut Tuhan? Mungkin anda boleh baca bersama-sama Hakim-Hakim 4:14 dan membincangkan erti perisytiharan Debora yang beriman: “Tuhan menyertai kamu!” Bagaimana Tuhan menyertai kita? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 84:87–88).

Hakim-Hakim 6–8

Tuhan boleh melakukan mukjizat apabila kita yakin atas cara-cara-Nya.

  • Mengkaji panggilan Gideon untuk melayani boleh mengilhami ahli-ahli kelas dalam pelayanan mereka. Anda boleh jemput mereka untuk membaca dan membincangkan Hakim-Hakim 6:11–16. Apakah yang kita boleh pelajari dari pengalaman ini? Untuk menolong mereka pelajari dari Hakim-Hakim 7, anda boleh jemput seorang atau lebih ahli kelas untuk berlakon sebagai askar Gideon dan mengisahkan cerita itu dari pandangan askar itu. Ahli-ahli kelas yang lain boleh tanya mereka soalan-soalan tentang pengalaman askar itu. Apakah persamaan yang kita lihat antara cerita ini dan apa yang berlaku sekarang dalam hidup kita? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari cerita ini?

Hakim-Hakim 13–16

Kekuatan datang dari beriman ke atas perjanjian yang kita buat dengan Tuhan.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas mencari kebenaran yang mengilhami dan amaran penting dari cerita Simson? Anda boleh jemput setengah kelas untuk kaji semula Hakim-Hakim 14–16 mencarikan ayat-ayat yang tunjukkan bahawa Tuhan ada bersama Simson. Yang setengah lain boleh carikan ayat-ayat yang tunjukkan bahawa Simson tidak taat kepada Tuhan sepenuhnya. Jemput ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka temui. Apakah yang kehidupan Simson ajarkan kita tentang mematuhi perjanjian yang kita buat dengan Tuhan? Pernyataan oleh Sister Ann M. Dibb dalam “Sumber Tambahan” boleh menolong.

    Imej
    Simson menolak tiang

    Samson Puts Down the Pillars (Simson Letakkan Tiang), oleh James Tissot dan yang lain

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Satu pengajaran dari kehidupan Simson.

Sister Ann M. Dibb ajarkan: “Simson lahir dengan potensi besar. Ibunya dijanjikan, ‘Dia akan mula membebaskan umat Israel daripada kekuasaan orang Filistin’ [Hakim-Hakim 13:5]. Tetapi semasa Simson membesar, dia lebih pentingkan godaan dunia daripada arahan Tuhan. Dia buat pilihan-pilihan ‘yang [dia] suka’ [Hakim-Hakim 14:3] dan bukan kerana pilihan-pilihan itu betul. Berulang kali, tulisan suci gunakan frasa ‘maka dia pergi’ [Hakim-Hakim 14:7] semasa menceritakan perjalanan, tindakan, dan pilihan Simson. Sebalik daripada membangun dan menjalankan potensi hebatnya, Simson diatasi oleh dunia, kehilangan kuasa yang Tuhan berikan, dan mati awal dengan tragis” (“Arise and Shine Forth,” Liahona, Mei 2012, 118).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan masa untuk pelajar berkongsi. “Apabila pelajar berkongsi apa yang mereka pelajari, mereka bukan sahaja merasakan Roh dan memperkuatkan kesaksian mereka sendiri, tetapi mereka juga menggalakkan ahli-ahli kelas lain untuk menemui kebenaran untuk diri mereka sendiri. … Berikan masa untuk pelajar berkongsi dalam setiap pelajaran.” (Teaching in the Savior’s Way, 30.)

Cetak