“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18: ‘Dia Sentiasa Menang Dalam Peperangan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022
13–19 Jun
1 Samuel 8–10; 13; 15–18
“Dia Sentiasa Menang Dalam Peperangan”
Semasa anda bersedia untuk mengajar, ingatlah bahawa ahli-ahli kelas mungkin memiliki pengalaman bermakna semasa mengkaji tulisan suci di rumah. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membina ke atas pengalaman tersebut?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk menggalak para ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari minggu ini, berikan mereka masa untuk fikir tentang sebarang tanggapan yang mereka ada tentang 1 Samuel 8–10; 13; 15–18. Kemudian minta mereka untuk berkongsi satu ayat yang mengilhami satu tanggapan.
Mengajar Ajaran
1 Samuel 9:15–17; 10:1–12; 16:1–13
Tuhan panggil umat-Nya melalui nubuat untuk melayani dalam kerajaan-Nya.
-
Catatan tentang Tuhan memilih Saul dan Daud melalui nubuat dan wahyu boleh menolong para ahli kelas memahami bagaimana orang dipilih untuk melayani dalam Gereja hari ini. Anda boleh jemput para ahli kelas untuk membaca 1 Samuel 9:15–17; 10:1–12; dan 16:1–13, carikan ayat-ayat yang boleh menolong mereka faham erti “dipanggil oleh Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:5). Apakah perbezaannya, untuk orang yang dipanggil dan mereka yang menyokong mereka, untuk mengetahui bahawa Tuhan memilih orang untuk melayani dalam Gereja-Nya?
“Lebih baik taat kepada Tuhan daripada mempersembahkan domba.”
-
Untuk membincangkan mengapa ia penting untuk mematuhi Tuhan, anda boleh jemput kelas untuk kaji semula 1 Samuel 13:5–14 dan carikan sifat dan sikap yang mendatangkan kejatuhan Saul. Apakah yang kita boleh belajar dari kesalahan Saul?
-
Walaupun kita tidak tahu semua sebab Saul diperintah untuk membunuh semua orang Amaleki dan binatang mereka, terdapat pelajaran dari balasannya terhadap perintah itu. Untuk menolong ahli-ahli kelas kenal pasti pelajaran-pelajaran itu, anda boleh tulis pada papan tulis Lebih baik taat kepada Tuhan daripada … dan menjemput para ahli kelas untuk merenungkan frasa ini semasa anda kaji semula bersama-sama kejadian-kejadian daripada 1 Samuel 15. Apakah beberapa perkara baik yang kita lakukan dalam kehidupan kita yang kadangkala kita pilih daripada mematuhi Tuhan? Mengapakah kepatuhan kepada Tuhan lebih baik daripada perkara-perkara baik lain?
“Aku melihat hati.”
-
Selepas membaca 1 Samuel 16:6–7, para ahli kelas boleh berkongsi pendapat mereka tentang apanya erti untuk melihat “hati” (ayat 7). Bagaimanakah kita boleh belajar untuk melihat cara Tuhan melihat? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang telah mengajar mereka kepentingan untuk melihat hati dan bukan rupa wajah.
Tuhan boleh membantu kita mengatasi sebarang cabaran.
-
Dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, ahli-ahli kelas mungkin telah merenungkan kata-kata beberapa orang dari 1 Samuel 17. Pertimbangkan untuk minta kelas untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dari aktiviti ini. Terutamanya, apakah yang mereka telah pelajari tentang Daud?
-
Beberapa ahli kelas anda yang mungkin sedang menghadapi cabaran-cabaran yang nampaknya sangat menakutkan seperti Goliat di depan Saul dan tenteranya. Bagaimanakah anda boleh gunakan cerita Daud dan Goliat untuk menolong para ahli kelas menghadapi cabaran mereka dengan beriman kepada Tuhan? Anda boleh memaparkan gambar Daud dan Goliat, (seperti yang ada dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Ahli-ahli kelas boleh senaraikan pada papan tulis perkara-perkara yang mungkin ialah “Goliat” hari ini. Kemudian mereka boleh carikan ayat-ayat dalam 1 Samuel 17 yang menunjukkan iman Daud, yang membolehkan dia mengalahkan Goliat (lihat juga pernyataan dalam “Sumber Tambahan”). Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana mereka rasa Tuhan menolong untuk melawan perjuangan mereka.
Sumber Tambahan
Mengatasi Goliat kita.
Presiden Gordon B. Hinckley mengajarkan:
“Wujudnya Goliat di sekeliling anda, gergasi yang berniat jahat untuk memusnahkan anda. Tidak ada orang yang setinggi sembilan kaki, tetapi mereka ialah orang dan institusi yang mengawal perkara yang menarik hati tetapi yang jahat yang boleh mencabar dan melemahkan dan memusnahkan anda. …
“… Tetapi anda tidak perlu takut jika anda ada ali-ali kebenaran dalam tangan anda. … Anda ada batu hemah dan hormat serta kesempurnaan akhlak untuk menentang musuh-musuh yang hendak menakluki anda. Sejauh yang anda ketahui, anda boleh kena ‘pada dahi’ mereka. Anda boleh mengalahkan mereka dengan mendisiplinkan diri sendiri untuk mengelakkan mereka. Anda boleh berkata kepada mereka seperti Daud katakan kepada Goliat, ‘Engkau datang melawan aku dengan pedang, tombak, dan lembing. Tetapi aku datang melawan engkau demi nama Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan tentera Israel, yang engkau hina itu’ [1 Samuel 17:45]” (“Overpowering the Goliaths in Our Lives,” Ensign, Mei 1983, 46, 51).