Perjanjian Lama 2022
6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3: “Tuhan Menggembirakan Hatiku”


“6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3: ‘Tuhan Menggembirakan Hatiku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Rut dan Naomi

Whither Thou Goest (Ke Mana Engkau Pergi), oleh Sandy Freckleton Gagon

6–12 Jun

Rut; 1 Samuel 1–3

“Tuhan Menggembirakan Hatiku”

Ia adalah penting untuk bersedia untuk mengajar, tetapi pastikan bahawa rancangan anda termasuk memberikan ahli-ahli kelas peluang untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka telah pelajari minggu ini, anda boleh jemput mereka untuk tulis pada papan tulis satu perkataan atau frasa dari Rut 1–4 atau 1 Samuel 1–3 yang mengilhami mereka semasa pengkajian individu atau keluarga mereka. Baca beberapa ayat secara lantang, minta para ahli kelas untuk berkongsi bagaimana kata-kata dan frasa-frasa itu mengilhami mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Rut; 1 Samuel 1–2

Kristus boleh mengubah tragedi kepada kemenangan.

  • Walaupun ahli-ahli kelas mungkin ada cubaan peribadi yang berbeza daripada Rut dan Hana, mereka boleh pelajari dari cara-cara wanita yang beriman ini bertindak balas terhadap kehilangan dan kesakitan hati. Untuk menolong mereka buat demikian, anda boleh bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil dan jemput setiap kumpulan untuk membaca satu bab dari Rut 1–4 atau 1 Samuel 1. Pada papan tulis, anda boleh tuliskan soalan-soalan seperti berikut: Apakah cubaan yang Rut dan Hana hadapi? Bagaimanakah mereka tunjukkan kepercayaan mereka kepada Tuhan sepanjang cubaan mereka? Kumpulan-kumpulan boleh carikan jawapan kepada satu atau lebih soalan dan berkongsi apa yang mereka temui. Apakah yang kita pelajari dari catatan-catatan ini mengenai bagaimana Tuhan boleh tolong kita dalam cubaan kita?

    Hana dan Samuel

    For This Child I Prayed (Untuk Anak Ini Saya Berdoa), oleh Elspeth Young

  • Bukan setiap orang yang berdoa demi seorang anak akan menerima berkat itu, dan bukan semua yang kehilangan suami atau isteri akan kahwin lagi. Tetapi cabaran-cabaran peribadi kita, tidak kira apa pun mereka, boleh menjadi peluang untuk berpaling kepada Juruselamat dan memperkuatkan iman kita kepada-Nya. Anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk membaca Rut 2:11–12 dan 1 Samuel 1:9–11 dan berbincang tentang bagaimana cubaan Rut dan Hana mempengaruhi perhubungan mereka dengan Tuhan. Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi bagaimana iman mereka diperkukuhkan kerana mereka berpaling kepada Yesus Kristus semasa waktu cubaan.

    Untuk menyokong perbincangan ini, anda boleh jemput seorang atau lebih ahli kelas untuk bersedia berkongsi pandangan dari salah satu berikut: pesanan daripada Sister Reyna I. Aburto “Bersinarkan Terang, Tinggal Denganku!” (Liahona, Nov. 2019, 57–60); bahagian yang bertajuk “Kebahagiaan Mengatasi Sesuatu melalui Kristus” daripada pesanan Elder D. Todd Christofferson “Kebahagiaan Orang Suci” (Liahona, Nov. 2019, 16–17); atau kata-kata Presiden Elaine S. Dalton dalam “Sumber Tambahan.” Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang bagaimana cubaan kita boleh menjadi peluang untuk iman yang lebih besar kepada Yesus Kristus.

1 Samuel 2:18–363

Kita harus dengar dan mematuhi suara Tuhan.

  • Mungkin terdapat orang di kelas anda yang, seperti Samuel, pernah mendengar suara Tuhan tetapi tidak mengenali-Nya. Anda boleh jemput para ahli kelas untuk kaji semula 1 Samuel 3, carikan apa yang Samuel lakukan yang boleh menolong kita dalam usaha kita untuk mendengar dan mematuhi suara Tuhan. Anda boleh juga minta dua orang ahli kelas untuk melakonkan interaksi di antara Samuel dan Eli.

  • Kadangkala kita berada dalam satu situasi seperti Eli—kita ada satu peluang untuk menolong seseorang mengenali suara Tuhan. Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah lakukan ini untuk rakan, ahli keluarga, atau orang lain. Tulisan suci atau pengalaman apakah yang kita telah berkongsi untuk menolong orang lain memahami bagaimana Tuhan berkomunikasi dengan kita? (Lihat, sebagai contoh, Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 8:2–3; 9:7–9).

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Kita tidak sendirian.

Presiden Elaine S. Dalton mengajarkan:

“Kadangkala perjalanan hidup ini mengambil kita ke jalan yang tidak kita jangka. Ada liku-liku pada jalan itu yang tidak dapat kita jangka. Tetapi dengan setiap liku-liku adanya juga peluang—peluang untuk memilih balasan kita dan rancangan tindakan kita. Kesukaran dalam hidup boleh menjadi peluang untuk menolong kita lebih mendekati Juruselamat dan untuk lebih mempercayai-Nya. Dalam proses lebih mendekati Dia, kita mengembangkan sifat-sifat dan kualiti-kualiti seperti Kristus. …

“Seperti Rut dan Hana, kita semua akan mengalami kesusahan. Kita tidak selalu faham rancangan Tuhan bagi hidup kita, tetapi saya bersaksi bahawa kita tidak bersendirian. Dia selalu bersama kita, dan Dia janjikan kita, ‘Kamu tidak dapat melihat dengan mata alamimu, pada masa kini, rancangan Tuhanmu tentang hal-hal yang akan datang selepas ini, dan kemuliaan yang akan menyusul selepas banyak kesengsaraan.’ [Ajaran dan Perjanjian 58:3]” (“Lessons from Ruth and Hannah,” Ensign, Apr. 2006, 35, 37).

Lihat juga Yohanes 14:18; Alma 38:5.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ia adalah OK untuk mengatakan “Saya tidak tahu.” Walaupun anda harus melakukan yang terbaik untuk menjawab soalan dari ahli-ahli kelas, Tuhan tidak mensyaratkan anda untuk mengetahui segalanya. Apabila anda tidak ada jawapan, akui demikian dan berikan kesaksian tentang apa yang anda tahu. (Lihat 1 Nefi 11:16–17; Teaching in the Savior’s Way, 24.)