Perjanjian Lama 2022
20–26 Jun. 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11: “Kerajaanmu Tidak Akan Berkesudahan”


“20–26 Jun. 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11: ‘Kerajaanmu Tidak Akan Berkesudahan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“20–26 Jun. 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Raja Daud duduk di atas singgahsana

King David Enthroned (Raja Daud Ditabalkan), oleh Jerry Miles Harston

20–26 Jun

2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11

“Kerajaanmu Tidak Akan Berkesudahan”

Semasa anda mengkaji tulisan suci, berdoa untuk mengetahui asas apakah yang paling bererti kepada ahli-ahli kelas anda supaya anda boleh bertumpu pada keperluan mereka.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk mengetahui apa yang ahli-ahli kelas anggap bererti dalam pengkajian kitab suci mereka, anda boleh minta mereka untuk menuliskan rujukan untuk ayat yang mengilhami mereka pada sekeping kertas dan kemudian letakkan kertas itu dalam satu bekas. Ahli-ahli kelas boleh memilih kertas-kertas dari bekas itu, dan kelas boleh baca dan bincangkan ayat-ayat itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Samuel 6:1–8

Kita mesti lakukan kerja Tuhan dalam cara-Nya.

  • Anda boleh minta ahli-ahli kelas untuk membaca 2 Samuel 6:1–8 dan pertimbangkan apakah amaran yang cerita ini ada untuk kita hari ini. Pernyataan oleh Brigham Young dalam “Sumber Tambahan” boleh bantu. Apakah cara yang kita boleh cuba untuk melakukan kerja Tuhan selain daripada yang Dia telah arahkan? Mengapakah ini bahaya? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana mereka belajar untuk mempercayai arahan yang Tuhan berikan untuk mencapai kerja-Nya.

2 Samuel 11

Kita harus sentiasa berwaspada melawan dosa.

  • Mempelajari dari pilihan tragis Daud yang dicatatkan dalam 2 Samuel 11 boleh menolong kita mengelakkan kesalahan yang serupa. Mungkin kelas boleh baca bersama-sama 2 Samuel 11:1–17 dan mengenal pastikan pilihan-pilihan yang Daud buat yang membawa dia untuk berdosa. Apakah yang Daud boleh lakukan secara berbeza? Anda boleh tanya ahli-ahli kelas untuk menuliskan satu ayat yang boleh menolong mengilhami seseorang untuk mengelakkan dosa, berdasarkan apa yang mereka telah pelajari dari 2 Samuel 11. Jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi pendapat mereka.

  • Anda boleh gunakan 2 Samuel 11 untuk membincangkan bahaya pornografi dan dosa-dosa seksual lain. Bagaimanakah Juruselamat membantu kita mengatasi godaan atau sikap itu?

    2:3

    Mungkin ahli kelas boleh berkongsi idea-idea yang mereka dapati boleh membantu mereka dalam usaha mereka untuk melindungi keluarga mereka dari pornografi atau mengatasi kesan-kesan pornografi. Pesanan Sister Linda S. Reeve “Perlindungan daripada Pornografi—Sebuah Rumah Yang Bertumpu kepada Kristus” boleh bantu (Liahona, Mei 2014, 15–17; juga lihat “Sumber Tambahan”).

Bait Suci Barranquilla Colombia

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

1 Raja-Raja 8:22–61

Bait suci mendatangkan berkat.

  • 1 Raja-Raja 8 menggambarkan berkat-berkat yang Salomo carikan untuk umatnya apabila bait suci lengkap dibina. Anda boleh bahagikan ayat 22–61 di kalangan ahli-ahli kelas dan minta mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka temui dari ayat mereka yang mengilhami mereka dalam penyembahan bait suci mereka. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana menyembah dalam rumah Tuhan telah memberkati kehidupan mereka.

1 Raja-Raja 8:61; 11:1–11

“Dia tidak sentiasa setia kepada Tuhan.”

  • Apakah ertinya untuk “sentiasa setia kepada Tuhan”? (1 Raja-Raja 8:61). Adakah ia berbeza daripada tindakan kita untuk menjadi sempurna? Bagaimana? Semasa para ahli kelas merenungkan soalan-soalan ini, mereka boleh baca 1 Raja-Raja 11:1–11 dan perhatikan apa yang Tuhan ucapkan tentang hati Salomo. Bagaimanakah kita dapat mengelak kesalahan yang dia buat?

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Menstabilkan bahtera.

Presiden Brigham Young mengajar: “Biarkan Kerajaan Tuhan, Tuhan menstabilkan bahtera; dan jika ia berasak-asak, dan nampaknya perlu distabilkan, jika jalan itu kadangkala curam, dan segala mengancam untuk menumbang, berhati-hatilah bagaimana anda menghulurkan tangan untuk menstabilkan ia; janganlah kita mengganggu dengan perkara yang bukan hal kita; biarkanlah ia, ini kerja Tuhan” (Discourses of Brigham Young, sel. John A. Widtsoe [1954], 66).

Melindungi keluarga dari pornografi.

Sister Linda S. Reeves ajar: “Bagaimana kita melindungi kanak-kanak dan remaja? Penapis adalah alat yang berguna, tetapi penapis yang terhebat di dunia, yang satu-satunya akan berguna, adalah penapis dalaman peribadi yang datang dari kesaksian yang mendalam dan abadi akan kasih Bapa Syurgawi kita dan korban tebusan Juruselamat kita bagi setiap daripada kita” (“Perlindungan daripada Pornografi—Sebuah Rumah Yang Bertumpu kepada Kristus,” Liahona, Mei 2014, 16; lihat juga Joy D. Jones, “Addressing Pornography: Protect, Respond, and Heal,” Ensign, Okt. 2019, 22–27).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pastikan bahawa anda sedang mengajar ajaran yang benar. “Tanya diri sendiri secara berterusan, ‘Bagaimana apa yang saya ajar membantu ahli-ahli kelas saya membina iman dalam Kristus, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan menerima Roh Kudus?’”(Teaching in the Savior’s Way,20).