“27 Jun–3 Julai. 1 Raja-Raja 17–19: ‘Jika Tuhan Itu Tuhan, Sembahlah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“27 Jun–3 Julai. 1 Raja-Raja 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
27 Jun–3 Julai
1 Raja-Raja 17–19
“Jika Tuhan Itu Tuhan, Sembahlah Tuhan”
Tujuan tulisan suci—dan kelas anda—adalah untuk membina iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Biarkan tujuan ini membimbing keputusan yang anda buat tentang apa untuk diajar dan soalan yang anda akan tanya.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk menolong ahli-ahli kelas berkongsi pandangan tentang 1 Raja-Raja 17–19, anda boleh jemput mereka untuk memikirkan satu tajuk bagi setiap bab. Apakah ayat-ayat yang buatkan mereka fikirkan tajuk-tajuk itu?
Mengajar Ajaran
Satu jemputan untuk berkorban ialah satu peluang untuk menggunakan iman kita.
-
Contoh balu dari Sarfat boleh mengilhami ahli-ahli kelas anda pada masa iman mereka dicuba. Anda boleh mulakan dengan menanya mereka untuk menyenaraikan pilihan-pilihan yang perlukan iman kepada Yesus Kristus. Kemudian mereka boleh baca laporan dalam 1 Raja-Raja 17:8–16 dan berbincang tentang apa yang cerita ini ajarkan mereka tentang menggunakan iman. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang balu itu dan bagaimana teladannya mengilhami mereka untuk menggunakan iman mereka. Bagaimanakah imannya serupa dengan iman Elisa yang ditunjukkan dalam 1 Raja-Raja 19:19–21? Mungkin para ahli kelas sudi untuk berkongsi pengorbanan yang mereka telah buat untuk Tuhan dan bagaimana Dia telah memberkati mereka.
-
Cerita balu dari Sarfat juga boleh ajar kita tentang berkat-berkat yang datang dari pengorbanan. Anda boleh tanya ahli-ahli kelas untuk merenungkan bagaimana mereka boleh balas kepada pernyataan seperti berikut: “Saya tidak mampu membayar persepuluhan” atau “Saya terlalu sibuk untuk menerima satu tugas pelayanan.” Apakah yang diajar dalam 1 Raja-Raja 17:8–16 yang boleh digunakan ke atas pernyataan-pernyataan ini? Bagaimanakah pengetahuan kita tentang Juruselamat menolong kita apabila kita diminta untuk membuat pengorbanan? Kata-kata Elder Lynn G. Robbins dalam “Sumber Tambahan” juga boleh membantu.
“Jika Tuhan itu Tuhan, sembahlah Tuhan.”
-
Satu perbincangan tentang 1 Raja-Raja 18:17–39 boleh menolong para ahli kelas menjadi lebih bertekad untuk mengikut Yesus Kristus dan mempercayai Dia. Selepas anda kaji semula cerita itu bersama kelas, anda boleh tuliskan pada papan tulis soalan yang Elia tanya orang Israel: “Sampai bilakah kamu tetap mendua hati?” (ayat 21). Biarkan ahli-ahli kelas berkongsi apakah maksud soalan ini. Apakah sebab orang itu mungkin “tetap mendua hati” (yang juga boleh bererti meragu-ragu, teragak-agak) di antara mengikut Tuhan dan mengikut Baal? Mengapakah kadangkala kita beragu-ragu untuk mengikut Yesus Kristus? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang telah membantu mereka memilih untuk mengikut Juruselamat.
Tuhan biasanya berucap dalam cara yang senyap dan mudah.
-
Ramai orang berjuang untuk kenal pasti bila Tuhan berkomunikasi dengan mereka. Untuk menolong ahli-ahli kelas lebih mengenali suara Tuhan, anda boleh jemput mereka untuk membaca 1 Raja-Raja 19:1–12 dan berkongsi apa yang Elia telah pelajari. Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi pengalaman yang telah mengajar mereka tentang cara-cara berbeza Tuhan berucap kepada mereka. Mungkin anda hendak berkongsi video “How Can I Feel the Holy Ghost More Often?” (dari “Face to Face with President Eyring and Elder Holland” [siaran remaja seluruh dunia, 4 Mac 2017], ChurchofJesusChrist.org).
-
Untuk menggalakkan perbincangan tentang frasa “suara yang kecil dan tenang,” anda boleh pamerkan benda-benda (atau gambar benda-benda) yang mungkin boleh menolong ahli-ahli kelas merenungkan frasa ini. Ahli-ahli kelas boleh cadangkan contoh-contoh lain. Mengapakah perkataan “tenang” dan “kecil” cara baik untuk menggambarkan suara Roh? Untuk gambaran lain, ahli-ahli kelas boleh baca tulisan suci seperti Helaman 5:30; 3 Nefi 11:3–7; Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 8:2–3; 9:8–9; 11:12–14; 36:2. Mereka boleh berkongsi tulisan suci lain tentang mengenali Roh. Apakah yang dicadangkan oleh tulisan suci tentang apa yang kita mesti lakukan untuk mendengar suara Tuhan?
3:173:55
Sumber Tambahan
Balu dari Sarfat.
Elder Lynn G. Robbins berkata: “Elia faham ajaran bahawa berkat datang selepas cubaan iman kita [lihat Eter 12:6; Ajaran dan Perjanjian 132:5]. Dia tidak mementingkan diri. Sebagai hamba Tuhan, Elia menyumbang, dan tidak ambil [lihat 1 Raja-Raja 17:13–16]. … Satu sebab Tuhan tunjukkan ajaran-ajaran dengan keadaan yang paling mencabar adalah untuk membuangkan alasan. Jika Tuhan harapkan mahupun balu yang termiskin untuk membayar wang tembaganya, apakah yang Dia harapkan daripada mereka yang rasa tidak senang atau mudah untuk membuat pengorbanan?” (“Tithing—a Commandment Even for the Destitute,” Liahona, Mei 2005, 35).