Perjanjian Lama 2022
11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25: “[Dia] percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel”


“11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25: ‘[Dia] percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
orang meninggalkan bandar yang telah musnah

The Flight of the Prisoners (Pelarian Tawanan), oleh James Tissot dan lain-lain

11–17 Julai

2 Raja-Raja 17–25

“[Dia] Percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel”

Kaji semula tanggapan yang anda catatkan semasa pengkajian peribadi anda tentang 2 Raja-Raja 17–25 minggu ini. Apakah ayat-ayat dari bab-bab ini yang anda rasakan akan bermakna untuk ahli-ahli kelas anda?

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apabila ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mereka bpelajari dalam kajian tulisan suci dalam rumah mereka, ahli-ahli lain mungkin diilhami untuk kaji tulisan suci itu sepanjang minggu itu. Anda boleh mulakan kelas dengan menjemput para ahli kelas untuk membalas kepada satu soalan seperti “Apakah yang Roh Kudus telah ajarkan anda semasa anda mengkaji tulisan suci minggu ini?”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Raja-Raja 18:28–36; 19:1–7, 14–19

Kita boleh kekal setia kepada Tuhan apabila iman kita dicabar.

  • Kebenaran-kebenaran dalam 2 Raja-Raja 18–19 boleh menolong kita tahu bagaimana untuk bertindak apabila iman kita dicabar. Bagaimanakah anda akan membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran tersebut? Anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi sebab-sebab mereka percaya kepada Tuhan dan rancangan-Nya. Kemudian mereka boleh cari dalam 2 Raja-Raja 18:28–35, sebab-sebab orang Assyria beri kepada orang di Yerusalem untuk tidak mempercayai Tuhan. Bagaimanakah Setan cuba memujuk kita untuk meragui iman kita hari ini? Kemudian ahli-ahli kelas boleh cari dalam 2 Raja-Raja19:1–7, 14–19 untuk perkara yang kita boleh pelajari daripada Hizkia tentang cara untuk bertindak apabila iman kita dicabar. Bagaimanakah Tuhan membantu kita mengatasi cabaran ke atas iman kita? Apakah cadangan lain dari ahli-ahli kelas untuk membaharui iman mereka dan mempercayai Tuhan?

  • Anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk datang ke kelas bersedia untuk merumuskan perbualan di antara orang Assyria dan pegawai Hizkia dekat dinding Yerusalem (lihat 2 Raja-Raja 18:17–36). Sebelum dia mengisahkan cerita itu, jemput ahli-ahli kelas untuk membayangkan bahawa mereka ialah penduduk Yerusalem yang sedang mendengar perbualan itu. Apakah fikiran atau perasaan yang mungkin mereka ada? Apakah yang mereka boleh lakukan? Anda boleh berikan ahli-ahli kelas sebahagian pesanan Elder David A. Bednar “Oleh Kerana Itu Mereka Mendiamkan Rasa Takut Mereka” (Liahona, Mei 2015, 46–49) dan jemput mereka mencarikan nasihat yang boleh menyokong mereka pada masa ketakutan atau keraguan. Bagaimanakah iman kita kepada Yesus Kristus dapat menyokong kita pada masa yang mencabarkan?

2 Raja-Raja 22:8–2023

Tulisan suci memalingkan hati kita kepada Tuhan.

  • Perbincangan tentang kuasa firman Tuhan dalam kehidupan Raja Yosia dan rakyatnya boleh mengilhami ahli-ahli kelas untuk mencarikan kuasa yang sama dalam hidup mereka. Anda boleh mulakan satu perbincangan dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk menggambarkan bagaimana kehidupan mereka boleh jadi berbeza jika mereka tidak ada tulisan suci. Kemudian mereka boleh cari dalam 2 Raja-Raja 22:8–11; 23:1–6, 21, 24 untuk mengetahui bagaimana Yosia dan rakyatnya berubah apabila mereka dengar firman Tuhan dari tulisan suci yang baru ditemui dalam bait suci. Bagaimanakah tulisan suci menolong kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

  • Perubahan dramatik yang firman Tuhan ada ke atas Yosia dan ramai orang dalam kerajaannya boleh mengilhami ahli-ahli kelas anda untuk mencarikan perubahan yang serupa dalam hidup mereka. Selepas berbincang tentang perubahan-perubahan itu (lihat 2 Raja-Raja 23:1–6, 21, 24), ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana satu ayat suci atau laporan membuat perubahan dalam hidup mereka. Mungkin mereka boleh bercakap tentang mengapa mereka menerima pesanan tulisan suci itu pada masa itu dalam hidup mereka. Kenyataan dalam “Sumber Tambahan” mungkin berguna untuk perbincangan anda.

    Imej
    keluarga sedang belajar tulisan suci

    Tulisan suci memalingkan hati kita kepada Tuhan.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Menemui tulisan suci sekali lagi.

Presiden Spencer W. Kimball berkata:

“Saya yakin bahawa setiap daripada kita, sekurang-kurangnya pada suatu ketika dalam kehidupan kita, harus meneroka tulisan suci bagi diri kita sendiri—dan bukan sekadar menerokanya sekali, tetapi menerokanya lagi dan lagi. …

“Saya rasa bahawa kita semua mesti kembali kepada tulisan suci seperti Raja Yosia dan biarkan mereka bekerja ke atas kita, mendorong kita berazam untuk melayani Tuhan. …

“Saya mendapati bahawa ketika saya menjadi sambil lewa di dalam hubungan saya dengan tuhan dan ketika nampaknya tidak ada telinga ilahi yang mendengarkan dan tidak ada suara ilahi yang berbicara, saya berasa amat, amat jauh. Jika saya mengkaji kitab suci, kejauhan itu hilang dan kerohanian pulang. Saya akan lebih menyayangi orang yang harus saya sayang dengan segala hati, minda, dan kekuatan, dan sebab itu, saya lebih mematuhi nasihat mereka.” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 62–63, 67).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan bantuan pembelajaran tulisan suci. Satu cara untuk menolong ahli-ahli kelas untuk memahami tulisan suci adalah untuk mengarahkan mereka ke sumber-sumber seperti Panduan Tulisan Suci (ChurchofJesusChrist.org). Mereka juga boleh mendapat maklumat yang membantu dalam bahagian “Fikiran Untuk Direnungkan” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Cetak