Perjanjian Lama 2022
18–24 Julai. Ezra 1; 3–7; Nehemia 2; 4–6; 8: “Saya Sedang Menjalankan Pekerjaan Penting”


“18–24 Julai. Ezra 1; 3–7; Nehemia 2; 4–6; 8: ‘Saya Sedang Menjalankan Pekerjaan Penting’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“18–24 Julai. Ezra 1; 3–7; Nehemia 2; 4–6; 8,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
bait suci Zerubabel

Ilustrasi bait suci Zerubabel, oleh Sam Lawlor

18–24 Julai

Ezra 1; 3–7; Nehemia 2; 4–6; 8

“Saya Sedang Menjalankan Pekerjaan Penting”

Apabila anda jemput para ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka dapati istimewa dalam kitab Ezra dan Nehemia, berkongsi juga apa-apa tanggapan yang anda terima semasa anda mengkaji.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala menuliskan perkataan atau frasa utama pada papan tulis boleh mengingatkan ahli-ahli kelas tentang perkara yang mereka pelajari dari tulisan suci dan lebih memudahkan mereka untuk berkongsi. Sebagai contoh, anda boleh tulis Bina Semula, Memperbaiki, dan Tubuh Semula pada papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat dari pembacaan mereka yang berkaitan dengan satu atau lebih perkataan itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ezra 3:8–13; 6:16–22

Bait suci boleh membawa kebahagiaan kepada kita.

  • Menbaca tentang kebahagiaan yang orang Yahudi rasa semasa bait suci mereka dibina semula boleh menolong ahli-ahli kelas merasa penghargaan yang lebih besar bagi bait suci di zaman kita. Mungkin anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk kaji semula Ezra 3:8–13 dan 6:16–22 dan kemudian bincang tentang cara-cara orang Yahudi merayakan pembinaan semula dan pembaktian bait suci. Mengapakah pembinaan semula bait suci satu sebab untuk dirayakan? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana bait suci, dan kerja yang kita lakukan di situ, mendatangkan kebahagiaan. Pernyataan dalam “Sumber Tambahan” boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk mengalami kebahagiaan kerja bait suci.

    Imej
    keluarga sedang berjalan-jalan di kawasan bait suci

    Bait suci dapat menjadi sumber sukacita dalam hidup kita.

Ezra 4–5; Nehemia 2; 4; 6

Kita boleh membantu kerja Tuhan terus maju walaupun wujudnya pertentangan.

  • Kitab Ezra dan Nehemia menggambarkan orang mencapai kerja penting meskipun ada pertentangan daripada musuh mereka. Untuk memulakan satu perbincangan, anda boleh tanya ahli-ahli kelas apakah “pekerjaan penting” Nehemia (Nehemia 6:3) yang boleh dibandingkan dengan kehidupan kita. Apakah pekerjaan penting yang Tuhan telah berikan kepada kita? Kemudian anda boleh baca Ezra 4:4 dan bincangkan bagaimana Setan cuba melemahkan tangan kita dan menghalang kita untuk melakukan kerja Tuhan. Apakah yang kita dapat pelajari dari Nehemia dan para pekerjanya dalam Nehemia 2:18–20; 4:6–9; dan 6:1–3? Apakah maksudnya untuk “bekerja dengan penuh semangat” dalam pelayanan Juruselamat.? (Nehemia 4:6).

  • Mungkin anda diilhami untuk membimbing satu perbincangan membandingkan usaha Zerubabel untuk membina semula bait suci dengan usaha kita untuk menghadiri bait suci dan lakukan kerja penyelamatan di situ. Sebagai contoh, anda boleh tuliskan dua tajuk pada papan tulis: Zerubabel dan Kita. Di bawah Zerubabel, ahli-ahli kelas boleh tulis apakah yang dilakukan oleh “Musuh orang Yehuda dan Benyamin” (Ezra 4:1) untuk cuba hentikan Zerubabel dan orang Yahudi membina semula bait suci (lihat Ezra 4). Di bawah kita, ahli-ahli kelas boleh senaraikan cara-cara musuh cuba menghalang kita dari menghadiri bait suci. Kemudian mereka boleh berkongsi nasihat dengan satu sama lain tentang bagaimana kita boleh carikan bantuan Tuhan dalam mengatasi pertentangan itu.

Nehemia 8:1–12

Kita diberkati apabila kita mengkaji tulisan suci.

  • Mungkin ahli-ahli kelas boleh baca Nehemia 8:1–12 bersama-sama dan berbincang tentang bagaimana Ezra dan orangnya rasa tentang Tuhan dan firman-Nya. Galakkan ahli-ahli kelas untuk merujuk kepada ayat-ayat tertentu yang tunjukkan perasaan mereka. Jemput ahli-ahli kelas untuk nyatakan perasaan mereka tentang firman Tuhan. Bagaimanakah kita boleh memperbaiki usaha kita untuk mengkaji firman Tuhan?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Mengalami kebahagiaan bait suci.

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan:

“Kita boleh diilhami sepanjang hari tentang pengalaman bait suci dan sejarah keluarga orang lain. Tetapi kita mesti membuat sesuatu untuk mendapatkan pengalaman kebahagiaan itu untuk diri sendiri. Saya hendak berikan satu cabaran kepada setiap daripada kita supaya perasaan kerja ini boleh berterusan dan meningkat. “Saya menjemput anda untuk mempertimbangkan dengan doa jenis pengorbanan—lebih baik satu pengorbanan masa—anda boleh buat untuk melakukan lebih pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga tahun ini.

“Kita berusaha dalam pekerjaan Tuhan Yang Perkasa. Dia hidup. Yesus ialah Kristus. Inilah Gereja-Nya. Kita adalah anak-anak perjanjian-Nya. Dia boleh bergantung kepada kita” (Russell M. Nelson dan Wendy W. Nelson, “Open the Heavens through Temple and Family History Work,” Ensign, Okt. 2017, 39).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Termasuk ibu bapa remaja. Jika anda mengajar remaja, kongsi apa yang anda ajar dengan ibu bapa mereka. Mereka akan membantu anda untuk memahami keperluan remaja itu dan bagaimana untuk menolong mereka. Ini juga merupakan cara yang baik untuk menggalakkan perbincangan keluarga tentang apa yang remaja pelajari dalam kelas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 27.)

Cetak