“25–31 Julai. Ester: “Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“25–31 Julai. Ester,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
25–31 Julai
Ester
“Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah”
Betapa baik anda kenali ahli-ahli kelas anda? Cubalah untuk mengenali seorang ahli kelas dengan lebih baik setiap minggu. Ini akan menolong anda mempertimbangkan keperluan mereka ketika anda bersedia untuk mengajar (lihat Teaching in the Savior’s Way, 7).
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ahli-ahli kelas boleh berkongsi dengan seorang yang duduk dekat mereka sesuatu yang Roh telah ajarkan mereka, sesuatu yang mereka lebih memahami, atau sesuatu yang mereka bandingkan dengan kehidupan mereka semasa mereka membaca kitab Ester. Kemudian beberapa dari mereka boleh berkongsi dengan seluruh kelas.
Mengajar Ajaran
Tuhan letakkan kita dalam situasi di mana kita boleh memberkati orang lain.
-
Ahli-ahli kelas anda boleh carikan cara Tuhan memperbolehkan Ester untuk menyelamatkan orang Yahudi, seperti yang dicadangkan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Atau anda boleh carikan beberapa contoh bersama-sama (lihat Ester 2:21–23; 3:10–14; 4:14–16). Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengenali tangan Tuhan dalam hidup kita? Pernyataan oleh Elder Neil L. Andersen dalam “Sumber Tambahan” mengandungi satu jawapan kepada soalan ini.
-
Untuk menolong ahli-ahli kelas anda fikir tentang bagaimana Tuhan telah sediakan mereka “untuk saat-saat seperti inilah” (Ester 4:14), jemput mereka untuk membaca Ester 4:10–17. Bagaimanakah kata-kata Mordekhai kepada Ester menolong Ester buat keputusan untuk mempertahankan orangnya? Seperti Tuhan meletakkan Ester dalam keadaan di mana dia boleh menyelamatkan orang Yahudi, situasi apakah Dia letakkan kita supaya kita boleh memberkati orang lain? Bagaimanakah kita boleh menjadi sarana yang lebih baik dalam tangan-Nya? Membaca pernyataan oleh Sister Virginia U. Jensen dalam “Sumber Tambahan” boleh mengilhami ahli-ahli kelas untuk memikirkan masa apabila mereka rasa mereka ialah sarana untuk Tuhan. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka, seperti dibimbing oleh Roh.
Berpuasa menunjukkan kebergantungan kita kepada Tuhan.
-
Anda boleh gunakan Ester 4 untuk membincangkan berkat-berkat yang datang dari berpuasa. Anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk kaji semula kejadian yang membimbing Ester dan orang Yahudi lain untuk berpuasa. Mengapakah mereka memilih untuk berpuasa? Mengapakah kita memilih untuk berpuasa? Anda boleh kaji semula beberapa tulisan suci tambahan tentang berpuasa, seperti Yesaya 58:6–12 dan Matius 4:1–4; 17:14–21 (juga lihat Panduan Tulisan suci, “Puasa, Berpuasa,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Mungkin anda dan para ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang menunjukkan bagaimana berpuasa boleh bawakan kuasa Tuhan ke dalam hidup kita.
Untuk melakukan perkara yang betul biasanya perlukan keberanian.
-
Laporan tentang Mordekhai dan Ester berani berdiri demi kesolehan boleh mengilhami para ahli kelas untuk menjadi berani untuk melakukan perkara yang betul. Anda boleh jemput setengah kelas untuk membaca tentang Mordekhai (lihat Ester 3:1–11) dan setengah lain baca tentang Ester (lihat Ester 4:10–17; 5:1–4). Jika mereka di sini hari ini, apakah yang mungkin Mordekhai dan Ester katakan untuk menggalakkan kita apabila ia adalah susah untuk melakukan perkara yang betul? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi tentang situasi apabila mereka harus bertindak dengan berani. Jemput ahli-ahli kelas untuk menyanyi atau membaca kata-kata satu lagu tentang berdiri demi kebenaran, seperti “Hal Yang Benar” (Nyanyian rohani, no. 114). Kemudian bincang tentang pelajaran dari lagu itu yang mengajarkan keberanian.
Sumber Tambahan
Tangan Tuhan
Elder Neil L. Andersen mengajarkan:
“Kadangkala kita boleh nampak tangan Tuhan dalam kehidupan orang lain tetapi tanya, ‘Bagaimana saya dapat melihat dengan lebih jelas tangan-Nya dalam hidup saya?’ …
“Apabila anda mematuhi perintah dan berdoa dengan beriman untuk melihat tangan Tuhan dalam kehidupan anda , saya berjanji bahawa Dia akan buka mata rohani anda dengan lebih besar, dan anda akan dapat lihat dengan lebih jelas bahawa anda bukan bersendirian” (“Engkau Memerintah Di Bumi,” Liahona, Mei 2015, 121–22).
“Untuk saat-saat seperti inilah.”
Sister Virginia U. Jensen mengajarkan: “Saya tidak percaya bahawa anda dan saya berada di sini pada masa yang unik ini ialah satu kebetulan sahaja. Saya percaya bahawa,seperti Ester zaman purba, ‘untuk saat-saat seperti inilah [kita] sudah dipilih’ [Ester 4:14], apabila pengaruhan kita, teladan kita, kekuatan kita, dan iman kita mungkin berdiri menentang kejahatan yang mengancam untuk menyerang rumah kita, keluarga kita, dan orang terkasih kita” (“Creating Places of Security,” Ensign, Nov. 1997, 89).