“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42: ‘Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
1–7 Ogos
Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42
“Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya”
Apakah kebenaran yang Roh Kudus telah bantu anda pelajari semasa anda mengkaji kitab Ayub? Apakah yang anda hendak berkongsi dengan kelas anda?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ahli-ahli kelas yang mengkaji Ayub minggu ini mungkin sudah menemui kebenaran yang bermakna bagi mereka. Untuk mendorong mereka untuk berkongsi, anda boleh tulis pada papan tulis Saya belajar daripada Ayub … dan tanya ahli-ahli kelas bagaimana mereka akan lengkapkan ayat ini.
Mengajar Ajaran
Kepercayaan kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu kita tetap beriman dalam apa pun keadaan.
-
Dua bab pertama Ayub, yang menghuraikan Setan menyoal sebab kesetiaan Ayub, boleh bantu para ahli kelas menilaikan sebab mereka untuk beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Para ahli kelas boleh mula dengan senaraikan beberapa sebab seseorang memilih untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Kemudian mereka boleh cari dalam Ayub 1:6–12; 2:1–6 untuk mencari apa yang Setan katakan tentang iman Ayub. Mengapakah ia adalah berbahaya untuk mematuhi Tuhan hanya demi sebab yang Setan cadangkan? Apakah balasan Ayub dalam Ayub 1:20–22; 2:9–10 mengungkapkan tentang Ayub? Ahli-ahli kelas boleh bercakap tentang mengapa mereka pilih untuk tetap beriman kepada Tuhan.
-
Walaupun ada masanya Ayub ragu-ragu dan berdukacita, kepercayaannya kepada Tuhan menyokong dia dalam penderitaannya. Untuk belajar dari teladan Ayub, ahli-ahli kelas boleh carikan beberapa ayat berikut untuk mengenal pasti beberapa tindak balas positif Ayub terhadap cabarannya: Ayub 1:21; 2:10; 12:9–10, 16; 13:15–16; 19:23–27. Apakah yang kita boleh pelajari dari tindak balas ini yang dapat membantu kita menjadi lebih kuat secara rohani apabila kita menghadapi cabaran? Mengapakah ia berbahaya untuk menganggap cabaran ialah hukuman untuk dosa?
-
Perisytiharan Ayub dalam Ayub 19:23–27 boleh mengilhami ahli-ahli kelas untuk merenungkan dan kongsikan keyakinan bahawa Penebus, Yesus Kristus, hidup. Anda boleh mulakan dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan kata-kata Ayub dalam ayat-ayat ini dengan senyap. Kemudian mereka boleh bincangkan soalan-soalan seperti: Mengapakah satu kesaksian tentang Penebus kita sangat bernilai semasa masa yang mencabar seperti penderitaan Ayub? Bagaimanakah kesaksian kita sudah menyokong kita dalam cabaran kita? Menyanyi atau membaca seni kata satu lagu rohani tentang Yesus Kristus, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no.53), boleh tambahkan pandangan dan kuasa rohani kepada perbincangan anda.
Perspektif Tuhan lebih besar daripada perspektif kita.
-
Kebanyakan kitab Ayub (bab 3–37) melibatkan Ayub dan sahabatnya berjuang dengan soalan “Mengapakah perkara buruk berlaku kepada orang yang soleh?” Walaupun Tuhan tidak jawab soalan ini dengan sepenuhnya dalam kitab Ayub, Dia berikan satu pesanan yang penting. Anda boleh bantu ahli-ahli kelas menemui pesanan ini dengan menjemput mereka untuk membaca soalan-soalan yang Tuhan tanya Ayub dalam Ayub 38:1–7, 18–24. Apakah yang kita pelajari daripada soalan-soalan ini?
-
Injil Yesus Kristus yang dipulihkan memberikan kita sudut pandangan yang unik yang boleh menolong kita memahami sebab-sebab penderitaan dunia ini. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi kebenaran yang mereka tahu kerana Pemulihan injil yang telah berikan mereka perspektif dan pemahaman lebih baik tentang penderitaan. Mereka boleh carikan kebenaran-kebenaran ini dalam tulisan suci dan pernyataan dalam “Sumber Tambahan.”
Sumber Tambahan
Pandangan zaman akhir tentang tujuan penderitaan.
Tulisan suci berikut memberikan pandangan zaman akhir tentang tujuan penderitaan:
Spencer W. Kimball mengajarkan:
“Jika kita anggapkan kefanaan sebagai segala kewujudan kita, kesakitan, kesedihan, kegagalan, dan hidup yang pendek akan menjadi malapetaka. Tetapi jika kita memandang hidup sebagai hal abadi yang jauh sebelum zaman pra-fana dan sampai masa depan abadi setelah kematian, lalu semua kejadian akan diletakkan dalam sudut pandangan yang sesuai.
“Adakah tiada bijaksana dalam Tuhan untuk berikan kita cabaran supaya kita boleh mengatasi ia, tanggungjawab yang mungkin kita capai, kerja untuk menguatkan otot kita, kesedihan untuk mencuba jiwa kita? Tidakkah kita didedahkah kepada godaan untuk menguji kekuatan kita, kesakitan supaya kita boleh belajar kesabaran, kematian supaya kita boleh menjadi baqa dan mulia? …
“Jika kebahagiaan dan kedamaian dan ganjaran diberikan dengan serta merta kepada orang yang melakukan perkara baik, tidak akan ada kejahatan—semua akan lakukan kebaikan tetapi bukan kerana kesolehan. Tidak akan ada ujian kekuatan, tidak akan ada perkembangan sikap, tidak akan ada peningkatan kuasa, tidak akan ada hak pilihan” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 15).