Perjanjian Lama 2022
15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86: “Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”


“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86: ‘Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya Untuk Aku”,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Yesus memegang tanglung

Saving That Which Was Lost (Menyelamat Yang Hilang), oleh Michael T. Malm

15–21 Ogos

Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86

“Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”

Pertimbangkan nasihat daripada Elder David A. Bednar semasa anda buat persediaan untuk mengajar: “Hanya bercakap dan memberitahu bukanlah mengajar. [Mengajarkan] injil dengan cara Tuhan termasuklah memerhati dan mendengar dan memahami” (“Becoming a Preach My Gospel Missionary,” New Era, Okt. 2013, 6).

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Satu cara untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka baca minggu ini adalah untuk menulis pada papan tulis “Aku akan bersorak ketika memainkan kecapi” atau “Sepanjang hari aku akan mengisahkan kesetiaan-Mu” (Mazmur 71:23, 24). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka telah dapati yang menolong mereka “bersorak” atau “mengisahkan kesetiaan [Tuhan].”

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Mazmur; 85–86

“Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni.”

  • Mazmur 51 menggambarkan perasaan-perasaan yang kebanyakan kita rasa apabila kita ingin bertaubat dan diampuni. Untuk menolong ahli-ahli kelas lebih memahami pertaubatan dan diilhami untuk bertaubat, anda boleh cadangkan bahawa mereka baca Mazmur 51 dengan soalan ini dalam minda: Apakah erti bertaubat? Kemudian biarkan mereka berkongsi jawapan mereka.. (“Sumber Tambahan” mengandungi pandangan yang boleh menolong. Mengapakah kadangkala pertaubatan nampaknya tidak diingini? Apakah yang kita dapati dalam mazmur ini yang boleh menjadikan pertaubatan satu kegembiraan?

  • Bagaimanakah kita menggambarkan perasaan untuk menerima keampunan dosa melalui kuasa tebusan Yesus Kristus? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pendapat mereka, dan galakkan mereka untuk mencarikan ayat-ayat dalam Mazmur 51; 85–86 yang menggambarkan kesan pembersihan keampunan-Nya dalam hidup kita (sebagai contoh, lihat Mazmur 51:1–2, 7–12; 85:2–9). Pertimbangkan untuk paparkan gambar-gambar atau objek untuk menolong ahli-ahli kelas menggambarkan ayat-ayat ini. Kemudian ahli-ahli kelas boleh berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat Yesus Kristus dan kerelaan-Nya untuk menebus dosa kita supaya kita boleh diampuni. Anda boleh juga nyanyikan satu lagu rohani tentang korban tebusan Juruselamat, seperti “‘Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 82).

  • Untuk bertaubat, kita perlukan iman bahawa Yesus Kristus bukan sahaja boleh membersihkan kita tetapi Dia akan akan buat demikian. Ahli-ahli kelas mungkin dapat mencari ayat-ayat dalam Mazmur 51; 85–86 minggu ini yang memperkuatkan iman mereka kepada kerelaan Tuhan untuk mengampuni. Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Anda juga boleh tunjukkan mereka ke Mazmur 86:5, 13, 15 dan tanya mereka apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang Tuhan. Apakah ertinya Dia “sentiasa sabar, baik, dan setia”? (ayat 15). Mengapakah ia penting untuk kita mengetahui ini?

Mazmur 66:5–20

Kesaksian kita tentang Yesus Kristus boleh menolong orang lain datang kepada Dia.

  • Salah satu berkat berkumpul bersama di Sekolah Minggu ialah kesempatan untuk memperoleh kekuatan dari iman dan kesaksian pengikut Yesus Kristus yang lain. Untuk memberikan kesempatan ini kepada kelas anda, anda boleh minta ahli-ahli kelas untuk membaca Mazmur 66:16 dan merenungkan soalan ini: Jika anda ingin “menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk [anda],” apakah yang anda akan ceritakan? Semasa mereka merenung, mereka boleh baca ayat 5–20 untuk idea-idea. Biarkan mereka catatkan jawapan mereka. Kemudian jemput mereka untuk “menceritakan” kepada satu sama lain—dalam kumpulan kecil atau kepada seluruh kelas—apakah yang telah Yesus Kristus lakukan untuk jiwa mereka.

    dua orang pemuda berbual dengan satu sama lain

    Kita boleh berkongsi dengan orang lain kesaksian kita tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk kita.

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Pertaubatan bererti perubahan.

Presiden Russell M. Nelson menggambarkan pertaubatan dalam cara ini:

“Apabila Yesus meminta anda dan saya untuk “bertaubat,” Dia menjemput kita untuk mengubah minda, pengetahuan, roh kita—bahkan cara kita nafas. Dia meminta kita untuk mengubah cara kita menyayangi, melayani, menggunakan masa, memperlakukan isteri, mengajar anak-anak, dan menjaga badan kita.

“Tiada apa-apa pun yang lebih membebaskan, lebih memuliakan, mahupun lebih penting bagi kemajuan individu kita daripada fokus harian yang tetap tentang pertaubatan. Pertaubatan bukanlah sebuah peristiwa tetapi sebuah proses. Ia merupakan kunci kepada kegembiraan dan kedamaian minda. Ketika digabungkan dengan iman, pertaubatan membuka akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus. …

“Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia. Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!” (“Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan yang menyentuh hati dan minda. “Minta para pelajar berkongsi bagaimana mereka rasa tentang satu ayat tulisan suci, bagaimana orang dari tulisan suci mungkin rasa, atau bagaimana kebenaran dalam ayat itu berkaitan dengan kehidupan kita” (Teaching in the Savior’s Way, 31).