“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150: ‘Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
22–28 Ogos
Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150
“Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup”
Manakah dari ajaran-ajaran dalam Mazmur anda rasa akan paling membantu ahli-ahli kelas anda? Semasa anda mengkaji minggu ini, renungkan bagaimana anda boleh menolong ahli-ahli kelas mencari makna dalam kata-kata mazmur.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Berikan para ahli kelas beberapa minit untuk kaji semula mazmur yang mereka baca minggu ini, dan jemput beberapa orang untuk berkongsi satu ayat yang mereka suka. Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang Roh telah ajarkan mereka. Bagaimanakah Kitab Mazmur memperkayakan penyembahan peribadi kita kepada Tuhan?
Mengajar Ajaran
Tuhan boleh menghiburkan kita dalam penderitaan kita.
-
Pernahkah ahli-ahli kelas anda rasakan apa yang penulis Mazmur rasakan? Bagaimanakah kita boleh berpaling kepada Tuhan apabila kita rasa kecewa dan susah hati? Semasa mereka mengkaji Mazmur 102, 103, dan 116 di rumah minggu ini, ahli-ahli kelas mungkin dapat cari frasa-frasa yang mengilhami mereka untuk berpaling kepada Tuhan dalam cubaan mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui, atau carikan frasa-frasa yang mengilhami bersama sebagai satu kelas. Ahli-ahli kelas juga boleh berbincang tentang bagaimana Tuhan telah menyokong mereka dalam masa kesusahan.
-
Ahli-ahli kelas juga boleh tuliskan mazmur diri sendiri tentang bagaimana Tuhan sudah menolong mereka pada masa cubaan. Ini tidak perlu panjang atau kompleks—hanya pertunjukan iman, kesyukuran, dan pujian yang mudah. Ahli-ahli kelas boleh bekerja secara bersendirian atau dalam pasangan, dan mereka boleh kaji semula Mazmur 102, 103, dan 116 untuk idea-idea. Jemput beberapa orang untuk berkongsi mazmur mereka, jika mereka sudi. Anda juga boleh nyanyikan lagu rohani tentang bagaimana Tuhan menghiburkan kita, seperti “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra?” (Nyanyian Rohani, no. 46).
Firman Tuhan akan mengekalkan kita pada jalan-Nya.
-
Untuk memulakan satu perbincangan tentang Mazmur 119, anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk berbincang tentang suatu masa ketika mereka mengikut satu jalan untuk mencapai satu destinasi (mungkin ia adalah lebih baik untuk menghubungi seorang dahulu dan minta mereka untuk sedia berucap tentang hal ini). Apakah pengalaman yang menjadikan ia susah untuk kekal pada jalan? Apakah yang membantu mereka kekal pada jalan? Kemudian anda boleh lukiskan satu jalan pada papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan frasa-frasa dari Mazmur 119 yang menghuraikan apa yang Tuhan telah lakukan untuk menolong kita kekal pada jalan perjanjian-Nya. Pertimbangkan untuk kongsi petikan oleh Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber Tambahan” sebagai sebahagian daripada perbincangan anda.
-
Ahli-ahli kelas anda boleh bermanfaat dari membandingkan apa yang diajar oleh Mazmur 119 mengenai kekal pada jalan Tuhan dengan tulisan suci lain yang mengajarkan kebenaran-kebenaran yang serupa. Pertimbangkan untuk membahagikan kelas kepada kumpulan dan minta setiap kumpulan untuk mengkaji semula ayat-ayat suci seperti: Mazmur 119:33–40, 105; Amsal 4:11–19; 1 Nefi 8:20–28; 11:25; 2 Nefi 31:17–21; Alma 7:9, 19–20. Jemput setiap kumpulan untuk berkongsi hal yang mereka telah pelajari. Berikan masa bagi ahli-ahli kelas untuk merenungkan apa yang mereka diilhami untuk lakukan berdasarkan apa yang mereka telah pelajari.
Tuhan tahu hati kita.
-
Mengetahui bahawa Tuhan sedar tentang kita—fikiran dan tindakan kita, kekuatan dan kelemahan kita—dan bahawa Dia mengasihi kita boleh ada satu pengaruh yang berkuasa ke atas pilihan yang kita buat. Anda boleh jemput kelas untuk mencarikan frasa-frasa dalam Mazmur 139 yang mengajarkan kebenaran yang penting ini. Bagaimanakah kehidupan kita dipengaruhi dengan mengetahui kebenaran ini? Ahli-ahli kelas boleh bincangkan cara kita boleh jemput Tuhan untuk “selidikilah aku, ya Tuhan, dan selamilah hatiku” (ayat 23).
Sumber Tambahan
Lorong Sempit dan Kecil.
Presiden Russell M. Nelson berkata:
“Jika perjalanan kita dalam hidup ini adalah untuk berjaya, kita perlu ikut arahan ilahi. Tuhan berfirman, ‘Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut’ [Ajaran dan Perjanjian 6:36]. Ini tertulis dalam Mazmur, ‘Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku’ [Mazmur 119:105]. …
“Dalam perjalanan hidup anda, anda menemui banyak halangan dan buat kesilapan. Bimbingan tulisan suci menolong anda untuk mengenali kesilapan dan buat pembetulan yang diperlukan. Anda berhenti menuju ke arah yang salah. Anda mengkaji peta rohani dengan berhati-hati. Kemudian anda terus dengan pertaubatan dan pemulihan untuk berjalan pada ‘lorong sempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan kekal’ [2 Nefi 31:18]” (“Living by Scriptural Guidance,” Ensign, Nov. 2000, 17).