“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46: ‘Tuhan Ialah Gembalaku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
8–14 Ogos
Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46
“Tuhan Ialah Gembalaku”
Rancangkan cara untuk membenarkan ahli kelas untuk berkongsi pengalaman rohani yang mereka alami semasa mereka mengkaji Mazmur.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka dapati dalam Mazmur boleh semudah seperti menanya soalan-soalan berikut: Apakah yang Roh telah ajar anda semasa anda membaca Mazmur minggu ini? Manakah Mazmur yang menolong anda rasa terutamanya dekat dengan Tuhan?
Mengajar Ajaran
Mazmur mengajar kita untuk mempercayai Tuhan.
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga cadangkan pembacaan Mazmur 1; 23; 26–28; 46 dan carikan berikut:
-
Jemputan untuk mempercayai Tuhan
-
Kata-kata yang menggambarkan Tuhan
-
Kata-kata yang menggambarkan kedamaian, kekuatan, dan berkat-berkat lain yang Dia sediakan
-
Kata-kata yang menggambarkan mereka yang mempercayai Dia
Anda boleh tuliskan frasa-frasa itu pada papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk menulis, di sebelah setiap frasa, sesuatu yang mereka dapati dalam Mazmur 1; 23; 26–28; atau 46. Jika mereka perlukan bantuan, anda boleh mengarah mereka ke ayat-ayat ini: Mazmur 1:1–4; 23:1–6; 26:1, 6–8, 12; 27:1, 3, 8, 14; 28:1, 7; 46:1–3, 10. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat semasa mereka membaca mazmur ini.
-
-
Kerana Mazmur adalah seperti lagu rohani untuk orang Israel, anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk mencadangkan lagu rohani yang mengingatkan mereka tentang mazmur yang mereka baca minggu ini. Mereka boleh rujuk kepada “Tulisan suci” dalam indeks pada belakang buku nyanyian rohani untuk cadangan (juga lihat senarai dalam “Sumber Tambahan”). Ahli-ahli kelas boleh nyanyikan beberapa lagu rohani dan mengenal pasti tema serupa dalam lagu-lagu rohani dan mazmur. Apakah pesanan kedamaian dan iman kepada Yesus Kristus dapat kita carikan?
Mazmur mengarahkan minda kita kepada hidup dan pelayanan Yesus Kristus.
-
Mengkaji Mazmur—terutamanya yang mengarah kepada hidup Juruselamat— boleh menjadi satu cara baik untuk memperkukuhkan iman kepada Yesus Kristus. Anda boleh bahagikan kelas kepada kumpulan dua orang atau lebih dan berikan setiap kumpulan salah satu pasangan rujukan ayat suci berikut: Mazmur 2:1–3 dan Kisah Rasul-Rasul 4:24–28; Mazmur 2:7 dan Kisah Rasul-Rasul 13:30–33; Mazmur 22:1 dan Matius 27:45–46; Mazmur 22:7–8 dan Matius 27:39–43; Mazmur 22:16 dan Lukas 23:32–33; Mazmur 22:18 dan Matius 27:35; Mazmur 31:5 dan Lukas 23:46. Minta setiap kumpulan untuk mencarikan bagaimana satu nubuat dalam Mazmur dipenuhi dalam hidup Juruselamat dan bincangkan bagaimana tulisan suci itu memperkuatkan kesaksian mereka tentang Juruselamat.
Atau anda boleh tuliskan rujukan ayat suci pada papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk memadankan satu ayat dari Mazmur dengan satu kejadian dari Perjanjian Baru.
Anda boleh juga menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi rujukan lain tentang Juruselamat yang mereka dapat cari dalam kajian Mazmur mereka (seperti Mazmur 34:20; 41:9; juga lihat Lukas 24:44).
Selepas ahli-ahli kelas membincangkan tulisan suci ini, mereka boleh berbincang tentang mengapa mazmur ini bererti kepada orang Yahudi yang mengetahui Juruselamat. Mengapakah mereka bermakna kepada kita?
“Tuhan ialah gembalaku.”
-
Untuk menolong ahli-ahli kelas membincangkan gambaran dan lambang dalam Mazmur 23, pertimbangkan untuk menunjukkan gambar-gambar yang berkait dengan idea-idea dalam mazmur, seperti yang ada dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Kemudian anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengenal pasti kata-kata atau frasa-frasa yang bermakna dalam mazmur dan bincangkan apa yang mereka wakili. Sebagai contoh, apakah erti frasa seperti “membaringkan aku di padang rumput yang hijau” atau “air yang tenang”? Apakah yang dilambangkan oleh “tongkat” dan “gada”? Apakah maksudnya “cawan” kita penuh? Apakah yang lambang-lambang ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus? Anda boleh mencadangkan bahawa ahli-ahli kelas membaca mazmur, gantikan beberapa lambang dengan maksud yang mereka bincangkan.
Sumber Tambahan
Lagu rohani yang berkait dengan Mazmur.
-
Mazmur 8:3–9; 9:1–2. “Betapa Agung Nama-Mu” (Nyanyian Rohani, no. 29)
-
Mazmur 23. “Tuhan Gembalaku,” (Nyanyian Rohani, no. 39)
-
Mazmur 27:1. “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30)
-
Mazmur 33:1–6; 95:1–6. “Untuk Indahnya Bumi” (Nyanyian Rohani, no. 31)
-
Mazmur 148. “Tiap Makhluk Ciptaan Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 19)