Perjanjian Lama 2022
8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46: “Tuhan ialah Gembalaku”


“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46: ‘Tuhan ialah Gembalaku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2022

Yesus berjalan dengan domba

The Lord Is My Shepherd (Tuhan ialah Gembalaku), oleh Yongsung Kim, havenlight.com

8–14 Ogos

Mazmur 1–2; 8; 19–33; 4046

“Tuhan ialah GembalaKu”

Jangan merasa terbatas pada pemilihan Mazmur atau asas yang disarankan dalam panduan ini. Biarkan Roh membimbing anda kepada kebenaran yang membantu anda merasa lebih dekat dengan Tuhan.

Mencatat Tanggapan Anda

Kita tidak tahu dengan pastinya siapa yang menulis Mazmur. Sesetengah dikaitkan dengan Raja Daud, tetapi kebanyakannya, para penulisnya tidak dikenali. Namun setelah membaca Mazmur, kita mungkin merasa seolah-olah kita mengetahui hati para Pemazmur, walaupun kita tidak mengetahui nama mereka. Apa yang kita tahu adalah Mazmur adalah bahagian penting dari penyembahan di kalangan orang Israel, dan kita tahu bahawa Juruselamat sering memetiknya. Dalam Mazmur, kita dapat memahami dengan jelas jiwa orang-orang kuno Tuhan. Kita melihat bagaimana perasaan mereka terhadap Tuhan, apa yang mereka bimbangkan, dan bagaimana mereka mendapat kedamaian. Sebagai penganut hari ini, di seluruh dunia, kita masih menggunakan kata-kata ini dalam penyembahan kita kepada Tuhan. Para penulis Mazmur sepertinya memiliki jendela jiwa kita dan sepertinya telah menemui cara untuk menyatakan bagaimana perasaan kita terhadap Tuhan, apa yang kita bimbangkan, dan bagaimana kita mendapat kedamaian.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Mazmur, lihat “Mazmur” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Mazmur 1; 23; 26–2846

Mazmur mengajar kita untuk mempercayai Tuhan.

Anda mungkin menyedari ketika anda membaca Mazmur, para penulis kerap mengungkapkan ketakutan, kesedihan, atau kegelisahan. Perasaan seperti itu adalah perkara biasa, bahkan bagi orang yang beriman. Tetapi apa yang membuat Mazmur memberi ilham adalah penyelesaian yang mereka tawarkan, termasuk kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan. Pertimbangkan pesanan-pesanan berilham ini semasa anda membaca Mazmur 1; 23; 26–2846. Perhatikan yang berikut, dan tulis apa yang anda temui:

  • Jemputan untuk mempercayai Tuhan:

  • Perkataan yang menggambarkan Tuhan:

  • Perkataan yang menggambarkan kedamaian, kekuatan, dan berkat lain yang Dia berikan:

  • Perkataan yang menggambarkan mereka yang mempercayai-Nya:

Mazmur 222

Mazmur mengarahkan fikiran kita kepada kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus.

Beberapa Mazmur menunjukkan kehidupan fana Yesus Kristus. Orang Kristian pada zaman Perjanjian Baru melihat hubungan ini juga—contohnya, mereka mengakui Mazmur 2 merujuk kepada pengadilan Yesus di hadapan Raja Herodes dan Pontius Pilatus (lihat Kisah Rasul-Rasul 4:24–30). Pertimbangkan membaca Mazmur 2 dan 22 serta Matius 27:35–46; Lukas 23:34–35; dan Yohanes 19:23–24. Carilah hubungan antara kata-kata dalam mazmur ini dan kehidupan Juruselamat, dan terus cari yang serupa ketika anda mempelajari buku Mazmur sepanjang beberapa minggu seterusnya.

Bayangkan bahawa anda seorang Yahudi pada zaman Yesus yang mengenali Mazmur dan melihat kaitannya dengan kehidupan Juruselamat. Bagaimanakah pengetahuan ini boleh menjadi berkat bagi anda?

Lihat juga Mazmur 31:5; 34:20; 41:9; Lukas 24:44; Ibrani 2:9–12.

Mazmur 8; 1933

“Seluruh bumi penuh dengan kasih Tuhan.”

Membaca Mazmur 8; 19; dan 33 boleh mengilhami anda untuk mempertimbangkan banyak ciptaan Tuhan yang menakjubkan. Perhatikan fikiran dan perasaan anda semasa anda lakukan ini. Bagaimanakah ciptaan Tuhan “menyatakan kemuliaan Tuhan” kepada anda? (Mazmur 19:1).

Mazmur 19:7–1129

Firman Tuhan adalah berkuasa, “menggembirakan hati.”

Dalam Mazmur, perkataan seperti kesaksian, peraturan-peraturan, perintah, dan penghakiman boleh merujuk kepada firman Tuhan. Ingatlah ini semasa anda membaca Mazmur 19:7–11. Apakah yang ayat-ayat ini cadangkan kepada anda tentang firman Tuhan? Apakah yang Mazmur 29 ajarkan anda tentang suara-Nya? Dalam pengalaman anda, bagaimanakah firman atau suara Tuhan sesuai dengan gambaran ini?

Bait Suci Concepción Chile

Kita harus bersih dan murni secara rohani untuk memasuki hadirat Tuhan.

Mazmur 24; 26–27

Memasuki hadirat Tuhan memerlukan kemurnian.

Kerana bait suci di Yerusalem dibinakan di atas bukit, frasa “bukit Tuhan” (Mazmur 24:3) boleh merujuk kepada bait suci atau hadirat Tuhan. Bagaimanakah ini menambah pemahaman anda tentang Mazmur 24? Apakah maksudnya untuk memiliki “tulus tindakan dan fikiran”? (Mazmur 24:4).

Apakah yang Mazmur 26 dan 27 ajarkan anda tentang rumah Tuhan?

Lihat juga Mazmur 15.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Mazmur 22.Sementara seorang ahli keluarga membaca mazmur ini, yang lain boleh mencari persamaan dalam Matius 27:35–46. Kemudian mereka boleh berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk kita.

Mazmur 23.Mazmur 23 adalah ilham bagi beberapa lagu rohani, seperti “Tuhan Gembalaku” (Nyanyian Rohani, no. 39). Mungkin keluarga anda ingin menyanyikan lagu rohani ini dan mengenal pasti kata-kata dalam mazmur yang mungkin mengilhami liriknya. Keluarga anda boleh melukis sesuatu yang mereka temui dalam mazmur atau lagu rohani dan minta ahli keluarga meneka ayat atau lirik yang sesuai dengan gambar. Bagaimanakah Tuhan seperti seorang gembala kepada kita?

Mazmur 24:3–5.Untuk menekankan kepentingan memiliki tangan yang bersih dan hati yang suci, anda boleh membaca Mazmur 24:3–5 sementara ahli keluarga mencuci tangan mereka. Apakah maksud lambang tangan dalam mazmur ini? Apakah yang hati ini melambangkan? Apakah yang kita dapat lakukan untuk membersihkan tangan dan menyucikan hati kita secara rohani?

Mazmur 30:5, 11.Mazmur 30:5 mengandungi janji bahawa “air mata mungkin mengalir pada waktu malam, tetapi fajar membawa kegembiraan.” Bagaimanakah Tuhan telah menggantikan kesedihan kita dengan kegembiraan? Ahli keluarga boleh melakonkan apa yang ayat 11 gambarkan.

Mazmur 33.Perhatikan berapa kali kata semua digunakan dalam mazmur ini. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari penggunaan perkataan yang berulang ini, terutamanya dalam ayat 13–15?

Mazmur 46:10.Anda boleh melakukan sesuatu bersama-sama yang memerlukan ahli keluarga untuk “berhenti (diam).” Bagaimanakah berhenti (diam) membantu kita mengenali Tuhan? Apakah kesempatan yang kita ada untuk berhenti (diam) dan mengenali Tuhan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Tuhan Gembalaku,” Nyanyian Rohani, no. 39.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Jadilah kreatif. Tulisan suciseperti Mazmur sering mengilhami orang-orang untuk memuji Tuhan dengan cara yang kreatif. Sekiranya anda merasa teruja untuk menyatakan kasih anda melalui muzik, puisi, seni visual, atau cara lain, bertindaklah atas perasaan tersebut. Pertimbangkan untuk berkongsi apa yang anda cipta untuk membantu orang lain membina iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Yesus memikul domba di bahu-Nya

The Good Shepherd (Gembala yang Baik), oleh Ken Spencer