Perjanjian Lama 2022
8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46: “Tuhan Ialah Gembalaku”


“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46: ‘Tuhan Ialah Gembalaku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“8–14 Ogos. Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Yesus berjalan dengan domba

The Lord Is My Shepherd (Tuhan Ialah Gembalaku), oleh Yongsung Kim, havenlight.com

8–14 Ogos

Mazmur 1–2; 8; 19–33; 4046

“Tuhan Ialah Gembalaku”

Panduan ini menunjukkan beberapa petikan indah dalam Mazmur yang akan memberkati kanak-kanak, tetapi jangan terbatas oleh ini. Ikuti bimbingan Roh.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa hari sebelumnya, jemput beberapa kanak-kanak untuk membawa lukisan ke kelas yang mewakili perkara yang mereka dan keluarga mereka baca dalam Mazmur pada minggu ini, seperti seorang gembala (lihat Mazmur 23:1), cawan (lihat Mazmur 23:5), atau hati (lihat Mazmur 24:4). Jemput mereka untuk bercakap tentang lukisan mereka dan satu ayat dari Mazmur yang menyebut tentangnya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mazmur 19:1; 33:5

“Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Tuhan.”

Mazmur 19 dan 33 mengajarkan bahawa kita dapat menemukan bukti kemuliaan dan kebaikan Tuhan di sekeliling kita dalam ciptaan-Nya yang indah. Bantu kanak-kanak belajar untuk melihat tangan Tuhan di dunia sekeliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa gambar ciptaan Tuhan yang indah, atau melihat ke luar tingkap untuk melihat ciptaan ini. Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka suka tentang ciptaan Bapa Syurgawi. Baca sama ada Mazmur 19:1 atau 33:5, dan tanyakan kanak-kanak bagaimana perasaan mereka terhadap Bapa Syurgawi ketika mereka melihat ciptaan-Nya.

  • Nyanyi bersama lagu tentang penciptaan Tuhan, seperti “Dunia Yang Indah” (Buku Nyanyian Anak-anak, 123). Jemput kanak-kanak untuk memilih sesuatu yang Tuhan ciptakan (misalnya sesuatu yang disebut dalam lagu) dan lukiskannya untuk dikongsi dengan keluarga mereka.

Mazmur 23

“Tuhan ialah gembalaku.”

Jika kanak-kanak dapat belajar pada usia muda bahawa Tuhan adalah gembala mereka, mereka akan lebih cenderung untuk mengikuti-Nya “di jalan yang benar.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak satu salinan halaman aktiviti minggu ini, atau berikan setiap mereka satu gambar dari halaman aktiviti. Jemput mereka untuk mendengar semasa anda membacakan Mazmur 23. Minta mereka menunjukkan atau memegang gambar ketika mereka mendengar ia disebutkan dalam mazmur. Berikan kesaksian anda bahawa Yesus menjaga kita, sama seperti seorang gembala menjaga domba-dombanya.

  • Beritahu kanak-kanak beberapa cara anda mengetahui bahawa Juruselamat mengasihi anda. Jemput kanak-kanak untuk berdiri satu demi satu dan kongsi beberapa cara mereka tahu bahawa Yesus mengasihi mereka. Nyanyi bersama lagu yang dapat memberi mereka idea, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-anak, 42).

Mazmur 30:5

Yesus Kristus dapat mengubah kesedihan menjadi kegembiraan.

Renungkan bagaimana anda akan bantu kanak-kanak memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang kegembiraan yang Yesus Kristus tawarkan ketika kita sedang bersedih.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menangis semasa anda membaca Mazmur 30:5, “Air mata mungkin mengalir pada waktu malam.” Kemudian minta mereka bergembira semasa anda membaca, “Tetapi fajar membawa kegembiraan.” Ulangi frasa ini beberapa kali, dan bersaksi kepada kanak-kanak bahawa kerana Yesus Kristus, kesedihan yang kita rasakan dalam hidup ini dapat diganti dengan kegembiraan.

  • Tunjukkan gambar Juruselamat, dan beritahu kanak-kanak tentang beberapa perkara yang Dia telah lakukan untuk anda yang membawa anda kegembiraan Berikan setiap kanak-kanak giliran untuk memegang gambar dan kongsi apa yang Yesus telah lakukan yang menggembirakan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mazmur 23; 27–28; 3246

Tuhan memberikan saya kedamaian, kekuatan, dan bimbingan.

Banyak Mazmur bersaksi tentang berkat-berkat Tuhan dalam hidup kita. Anda boleh menggunakan Mazmur untuk membantu kanak-kanak belajar untuk mempercayai Dia dan berpaling kepada Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan pada papan tulis Tuhan ialah . Biarkan kanak-kanak memilih satu atau lebih tulisan suci berikut untuk dibaca: Mazmur 23:1; 27:1; 28:1; 28:7; 32:7; 46:1. Minta mereka melengkapkan ayat pada papan tulis dengan menggunakan apa yang mereka pelajari dari tulisan suci mereka. Bantu kanak-kanak bincangkan apa yang lambang ini ajarkan kepada kita tentang Tuhan.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu gambar anak domba. Minta mereka menamakan beberapa perkara yang anak domba perlukan untuk jadi selamat dan sihat, dan galakkan mereka untuk mencari dalam Mazmur 23:1–4 untuk idea. Kemudian tunjukkan satu gambar seorang kanak-kanak. Apakah yang kita perlukan untuk jadi selamat dan sihat secara rohani? Baca bersama Mazmur 23, dan tanyakan kanak-kanak bagaimana perkara gembala lakukan dalam mazmur ini dapat dibandingkan dengan apa yang Yesus Kristus lakukan untuk kita.

Bait suci Concepción Chile

Kita harus jadi bersih dan suci secara rohani untuk memasuki hadirat Tuhan.

Mazmur 24:3–4

Untuk memasuki bait suci, kita perlu “tulus tindakan dan [hati suci].”

Semasa kanak-kanak menantikan untuk pergi ke bait suci suatu hari nanti, bantu mereka memahami bahwa mereka dapat mempersiapkan diri dengan menjadi bersih secara rohani melalui Korban tebusan Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar bait suci. Jemput mereka untuk baca Mazmur 24:3 dan cari kata-kata yang mengingatkan mereka tentang bait suci. Kemudian baca bersama ayat 4 untuk mengetahui siapakah yang boleh memasuki bait suci (carikan maksud perkataan yang tidak dikenali). Bagaimanakah tangan kita kotor secara jasmani? Bagaimanakah tangan dan hati kita kotor secara rohani? Bagaimanakah kita membersihkan tangan secara ? Bagaimanakah Juruselamat membantu kita membersihkan tangan dan hati kita secara rohani? (Jika membantu, jelaskan bahawa “tangan” dalam ayat ini boleh mewakili tindakan kita dan “hati” boleh mewakili keinginan kita.)

  • Kaji semula bersama kanak-kanak syarat-syarat untuk menerima kad rekomen bait suci (lihat Russell M. Nelson, “Ucapan Penutup,” Liahona, Nov. 2019, 120–22; atau menjemput seorang ahli lembaga uskup untuk membincangkan syarat-syarat ini dengan kelas). Jemput kanak-kanak untuk memilih satu perkara yang mereka terilham untuk lakukan bagi mempersiapkan diri untuk layak memasuki bait suci.

Mazmur 46:10

“[Tenanglah], ketahuilah bahawa Aku ini Tuhan.”

Mengambil masa untuk menjadi takzim dan tenang, meskipun dalam kesibukan, dapat membantu kita membina kesaksian bahawa Tuhan hidup.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menghafal baris pertama dari Mazmur 46:10: “[Tenanglah], ketahuilah bahawa Aku ini Tuhan.” Beritahu mereka tentang maksud “tenanglah”, secara jasmani dan mental. Kongsi dengan kanak-kanak pengalaman di mana “tenang” menguatkan kesaksian anda tentang Bapa Syurgawi. Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang mereka pernah alami. Mengapakah menjadi tenang cara penting untuk mengetahui bahawa Tuhan hidup?

  • Jemput kanak-kanak untuk mengkaji bersama anda apa yang mereka lakukan pada hari biasa. Bantu mereka memikirkan saat-saat pada siang hari ketika mereka boleh berusaha untuk “tenang” dan merasa dekat dengan Bapa Syurgawi. Galakkan mereka menetapkan matlamat untuk menggunakan saat-saat seperti itu pada minggu yang akan datang untuk memperkuatkan kesaksian mereka tentang Bapa Syurgawi.

  • Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk mengetahui bahawa Bapa Syurgawi itu nyata dan Dia mengasihi kita. Jemput mereka untuk memilih sesuatu dari senarai yang mereka ingin lakukan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memilih ayat yang mereka suka dari mazmur yang telah dibincangkan hari ini. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat itu dengan ahli keluarga atau kawan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Fokus pada keperluan kanak-kanak. Sebagai seorang pengajar, anda berada dalam kedudukan yang unik untuk memahami keperluan mereka yang anda ajar. Pengalaman anda, keakraban anda dengan kanak-kanak, dan bimbingan Roh akan membantu anda mengetahui aktiviti pembelajaran yang paling membina iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.