Perjanjian Lama 2022
22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150: “Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup”


“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150: ‘Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Kristus berjubah merah dikelilingi oleh orang-orang yang berlutut

Setiap Lutut Akan Bertekuk, oleh J. Kirk Richards

22–28 Ogos

Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150

“Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup”

Sekiranya anda perlukan idea-idea tambahan semasa anda sedang bersiap untuk mengajar, lihat “Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak” dan “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” pada permulaan sumber ini.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan beberapa gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk nyatakan apa yang mereka lihat dalam gambar. Bantu mereka melihat hubungan antara gambar-gambar ini dan apa yang mereka pelajari dalam kitab Mazmur.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mazmur 119:105

Firman Tuhan seperti cahaya.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang dalam perjalanan kembali kepada Bapa Syurgawi. Firman Tuhan dapat membantu mereka terus berada di jalan itu sekarang dan sepanjang hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar perkara yang disebutkan dalam Mazmur 119:105, dan jemput kanak-kanak meletakkan gambar mengikut urutan semasa anda membaca ayat tersebut. Mintalah kanak-kanak mengulangi frasa dari ayat itu bersama anda semasa anda menunjukkan gambar.

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang bagaimana rasanya berada dalam kegelapan. Apakah perkara yang sukar dilakukan dalam kegelapan? Anda boleh menjemput kanak-kanak untuk melakukan sesuatu dengan mata tertutup, seperti melukis gambar. Mengapakah perkara ini lebih mudah dilakukan jika terdapat cahaya? Bantu kanak-kanak memahami bagaimana firman Tuhan, seperti yang terdapat dalam tulisan suci dan kata-kata nabi yang hidup, menerangi jalan kita kembali kepada Bapa Syurgawi.

Mazmur 139:1–3, 23

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengenali dan mengasihi saya.

Sepanjang hidup kita, kita perlu diingatkan bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mengenali kita secara peribadi. Mazmur 139 dapat membantu anda mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mengenali mereka dan mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buat senarai pendek perkara yang anda tahu tentang setiap kanak-kanak. Semasa anda membaca senarai satu demi satu, minta kanak-kanak meneka siapa yang anda sedang gambarkan. Baca Mazmur 139:1–3, dan bantu kanak-kanak memahami perkataan yang mereka mungkin tidak tahu. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mengenali mereka dengan baik—Tuhan tahu nama mereka, kegembiraan dan kesedihan mereka, dan perkara yang mereka lakukan dengan baik.

  • Baca Mazmur 139:23, dan jemput kanak-kanak meletakkan tangan di dada mereka semasa anda menyebut “hati” dan sentuh kepala mereka apabila anda menyebut “fikiran.” Kongsi suatu masa ketika anda merasakan Tuhan tahu hati dan fikiran anda.

Mazmur 146:1, 5–9

Saya boleh puji Tuhan.

Puji Tuhan bermaksud menyatakan kesyukuran dan kasih kita kepada-Nya. Bantu kanak-kanak belajar bahawa kita puji Tuhan-Nya ketika kita melakukan perkara-perkara seperti menyanyi, berdoa, dan mematuhi ajaran-ajaran-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika seseorang memuji mereka atau memberitahu mereka bahawa mereka melakukan kerja baik. Kongsi beberapa perkara baik dari Mazmur 146:6–9 yang Tuhan telah lakukan, dan jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang perkara lain yang Dia lakukan untuk kita. Bantu mereka memikirkan cara mereka dapat puji-Nya atas perkara tersebut.

  • Jelaskan bahawa bagi orang Israel sejak dahulu, Mazmur adalah seperti lagu-lagu yang kita nyanyikan hari ini untuk menyembah dan puji Tuhan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mazmur 102:1–2103

Tuhan memberikan saya penghiburan dan harapan.

Tuhan menyedari cubaan dan kesedihan kita, dan Dia ingin menghibur dan menggalakkan kita. Bantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Tuhan agar mereka berpaling kepada-Nya pada waktu memerlukan.

Yesus menyembuhkan

Healing (Penyembuhan), oleh J. Kirk Richards

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta salah seorang kanak-kanak membaca Mazmur 102:1–2. Bagaimanakah Tuhan dapat membantu kita semasa kita berada dalam kesusahan? Bagaimanakah kita meminta bantuan-Nya? Kongsi satu pengalaman ketika anda merasa bahawa Tuhan mendengar doa anda ketika anda memerlukan, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman dan kesaksian mereka.

  • Jemput kanak-kanak mencari kata-kata penghiburan dan harapan Mazmur 103. Bagaimanakah kata-kata ini dapat membantu orang yang menghadapi cabaran? Galakkan kanak-kanak untuk menulis frasa yang mereka rasa bermakna untuk mengingatkan mereka bahawa Tuhan dapat membantu ketika mereka mengalami cubaan.

Mazmur 119:105

Firman Tuhan membantu saya mengikuti jalan-Nya.

Walaupun kadangkala dunia kelihatan gelap, firman Tuhan dapat menerangi jalan kita dan membantu kita kembali kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis pada papan tulis sebuah cahaya (seperti lampu) dan kitab suci. Jemput kanak-kanak untuk baca Mazmur 119:105. Bagaimanakah cahaya membantu kita? Bagaimanakah firman Tuhan membantu kita? Minta kanak-kanak menulis jawapan mereka pada papan tulis di sebelah lukisan tersebut. Bagaimanakah firman Tuhan seperti cahaya? Bagaimanakah ia membantu kita terus kekal di jalan yang menuju kembali kepada Bapa Syurgawi?

  • Bahagikan kanak-kanak ke dalam pasangan, dan berikan setiap pasangan satu daripada petikan tulisan suci berikut: Mazmur 119:47–48; Mazmur 119:105; 1 Nefi 11:25; 2 Nefi 31:20. Jemput mereka untuk membaca petikan dan mencari apa yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita untuk membantu kita terus kekal di jalan kembali kepada-Nya. Jemput kanak-kanak untuk merenungkan dan berkongsi apa yang mereka rasa terilhami untuk lakukan kerana apa yang telah dipelajari.

  • Nyanyikan bersama lagu tentang mengikuti jalan Tuhan, seperti “Ajar ‘Ku Jalan dalam Kasih-Nya” (ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita pelajari dari lagu ini tentang bagaimana untuk terus kekal pada jalan yang benar?

Mazmur 139:23–24

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu saya mengetahui bagaimana untuk memperbaiki diri.

Mazmur 139 mengajarkan bahawa Tuhan tahu segalanya tentang kita, termasuk kekuatan dan kelemahan kita. Sekiranya kita berpaling kepada-Nya, Dia dapat mengajarkan kita apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi lebih seperti Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis kata-kata Mazmur 139:23–24 pada papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk gariskan kata-kata yang menggambarkan perkara yang Tuhan boleh lakukan untuk kita. Mengapakah kita mahu Tuhan melakukan perkara-perkara ini? Bagaimanakah kita dapat menjemput-Nya untuk “pimpinlah [kita] ke jalan yang abadi”?

  • Galakkan kanak-kanak untuk “selidikilah” kehidupan mereka sendiri untuk cara mereka dapat memperbaiki diri dalam empat bidang fokus dalam program Kanak-kanak dan Remaja—rohani, sosial, jasmani, dan intelektual. Ingatkan mereka bahawa Tuhan tahu bagaimana mereka dapat memperbaiki diri dalam setiap bidang ini, dan galakkan mereka untuk mencari bimbingan-Nya.

  • Nyanyikan satu lagu tentang bagaimana Bapa Syurgawi dapat membantu kita memperbaiki diri, seperti rangkap kedua “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Kongsi bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah membantu anda bertambah baik.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kadang-kala, anda boleh menjemput salah seorang kanak-kanak dan salah seorang ahli keluarganya untuk kongsi kepada kelas apa yang mereka lakukan untuk mempelajari injil di rumah. Galakkan kanak-kanak yang lain untuk berkongsi idea ini dengan keluarga masing-masing.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik. Lagu Sekolah Primer dan lagu rohani dapat membantu kanak-kanak memahami dan menghayati kebenaran injil dalam cara yang tidak dapat dilupakan. Menyanyi juga boleh membantu kanak-kanak melibatkan diri dalam pembelajaran dengan aktif. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 22.)