“29 Ogos–4 September: Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12: ‘Untuk Memperoleh Pengetahuan, Pertamanya Kamu Mesti Hormat dan Takut kepada Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“29 Ogos–4 September: Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
29 Ogos–4 September.
Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12
“Untuk Memperoleh Pengetahuan, Pertamanya Kamu Mesti Hormat dan Takut kepada Tuhan”
Semasa anda mengkaji Amsal dan Pengkhutbah, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Apakah pesanan yang dapat membantu mereka merasa lebih dekat dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Lukiskan hal-hal yang disebutkan dalam kitab Amsal, seperti hati, cahaya, atau jalan. Bantu kanak-kanak membaca Amsal 3:5; 4:18,26, dan jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang hal-hal ini dari tulisan suci.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati saya.
Ketika kita percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati kita, kita beriman kepada-Nya dan tahu bahawa Dia akan membantu kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta seorang kanak-kanak memegang gambar Juruselamat semasa anda membaca Amsal 3:5. Beritahu kanak-kanak maksud mempercayai Tuhan bagi anda. Jemput kanak-kanak membuat hati dengan tangan mereka atau letakkan tangan di atas dada sambil mengulangi frasa “percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu” beberapa kali.
-
Lukis sebuah hati di papan tulis, dan bantu kanak-kanak fikirkan hal-hal yang boleh dilakukan untuk menunjukkan mereka mempercayai Tuhan. Jemput mereka melukis idea mereka di atas hati atau di atas sehelai kertas. Galakkan mereka untuk berkongsi idea-idea itu dengan keluarga mereka.
Saya boleh menggunakan kata-kata baik.
Dalam situasi tegang atau mendesak, kita mungkin tergoda untuk bertindak dengan kemarahan. Amsal 15:1,18 mengajar kita bagaimana kita dapat memalingkan kemarahan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Amsal 15:1 kepada kanak-kanak, dan jelaskan perkataan atau frasa yang mereka tidak tahu. Kongsi beberapa contoh situasi seseorang mungkin merasa marah (seperti bertengkar dengan adik beradik). Bantu mereka fikirkan “jawapan yang lembut,” atau kata-kata baik, yang mereka boleh gunakan. Bantu mereka berlatih mengucap hal-hal ini dengan lembut atau dengan suara yang tenang.
-
Nyanyikan lagu tentang kebaikan, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak,83). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang kebaikan?
-
Untuk bantu kanak-kanak fahami maksud menjadi “orang yang sabar” (Amsal 15:18), ceritakan kisah anda (atau seseorang yang anda kenali) yang merasa marah tetapi pilih untuk menjadi baik. Minta kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka sendiri. Bantu kanak-kanak fikirkan hal-hal yang mereka boleh lakukan daripada menjadi marah. Contohnya, mereka dapat fikir tentang Yesus, meminta Bapa Syurgawi membantu mereka, menyanyikan lagu Sekolah Primer, atau, jika dapat, tinggalkan tempat itu.
Saya boleh berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.
Kanak-kanak kecil boleh belajar membantu orang di sekitar mereka yang dalam keperluan. Bagaimanakah anda dapat mengilhami mereka untuk berkongsi dengan orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa gambar orang lain sedang melayani atau membantu orang yang memerlukan, termasuk gambar Juruselamat (seperti Buku Seni Injil, no. 42, 44,46). Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang sedang berlaku dalam setiap gambar. Baca kepada kanak-kanak Amsal 22:9. Jelaskan satu cara kita dapat melayani adalah dengan memberi “makanan kepada orang miskin,” tetapi ada banyak cara lain untuk membantu orang yang memerlukan. Jemput kanak-kanak lukiskan gambar diri mereka membantu seseorang.
-
Bawa ke kelas beberapa objek yang anda boleh kongsi dengan kanak-kanak, seperti gambar atau krayon. Semasa anda berikan satu kepada setiap kanak-kanak, katakan, “Saya akan berkongsi dengan [nama kanak-kanak].” Minta kanak-kanak bergilir berkongsi objek itu dengan satu sama lain. Apakah hal lain yang boleh kita kongsi dengan orang lain?
-
Nyanyikan lagu tentang pelayanan, seperti “B’rilah, Kata Riam” (Buku Nyanyian Anak-Anak,116). Tanyakan perasaan kanak-kanak ketika mereka membantu orang lain.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Amsal 1:7; 2:5; 15:33; 16:6; Pengkhutbah 12:13
“Takut Tuhan” bermaksud mengasihi dan mematuhi-Nya.
Salah satu pesanan penting dalam Amsal dan Pengkhutbah adalah “hormatilah (takut) Tuhan, dan taatilah segala perintah-Nya (Pengkhutbah 12:13). Renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak fahami maksud takut Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa hal yang orang-orang mungkin takuti. Kemudian minta mereka membaca Amsal 1:7 dan Pengkhutbah 12:13. Apakah maksud takut kepada Tuhan? Untuk menjawab soalan ini, minta seorang kanak-kanak membaca ayat ini semula, menggantikan perkataan “takut” dengan perkataan “hormat.” Ulangi aktiviti ini dengan perkataan seperti “kasihi,” “patuhi,” atau “taati.” Bagaimana ini mengubah pemahaman kita tentang perkataan takut Tuhan?
-
Jemput setiap kanak-kanak untuk memilih salah satu ayat berikut untuk dibaca, dan cari perkataan “takut”: Amsal 1:7; 2:5; 15:33; 16:6. Mintalah kanak-kanak berkongsi apa yang ayat itu ajarkan tentang berkat-berkat yang datang ketika kita takut kepada Tuhan, yang bermaksud kita tunjukkan ketakziman dan rasa hormat kepada-Nya (lihat juga Amsal 14:26–27). Bagaimanakah kita dapat tunjukkan Tuhan bahawa kita mengasihi dan menghormati-Nya?
“Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu.”
-
Baca bersama Amsal 3:5–7, dan jemput kanak-kanak untuk senaraikan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak harus dilakukan. Tanyakan mereka maksud setiap hal ini. Apakah kualiti yang kita temui pada orang yang kita percayai? Apakah kualiti yang Tuhan miliki yang membantu kita mempercayai-Nya?
-
Untuk tunjukkan makna “jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri,” minta kanak-kanak cuba menyandarkan tongkat atau pensel pada pelbagai objek, seperti buku atau selembar kertas. Objek mana yang paling sesuai? Mengapakah penting untuk “percayalah Tuhan” dan tidak bergantung pada “pengertian [kita] sendiri”?
“Jawapan yang lembut meredakan kemarahan.”
Bercakap dalam keadaan marah sering membuat keadaan tegang menjadi lebih teruk. Ayat-ayat ini mengajarkan bahawa kata-kata dan sikap kita dapat memalingkan kemurkaan atau kemarahan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tuliskan kata-kata kemurkaan dan pertengkaran di papan tulis, dan kongsi contoh perselisihan yang kanak-kanak mungkin hadapi. Kemudian minta kanak-kanak baca Amsal 15:1,18; 16:32 dan cari nasihat yang diberikan tentang pertengkaran. Setiap kali kanak-kanak berkongsi idea, jemput mereka untuk memadam sebahagian perkataan di papan tulis. Jemput mereka untuk mengganti kata-kata itu dengan kata lain yang menggambarkan sifat-sifat seperti Kristus yang membawa kedamaian.
-
Bantu kanak-kanak fikirkan cerita-cerita dalam tulisan suci ketika Juruselamat memberi contoh tentang ajaran dalam Amsal 15:1,18; 16:32. Untuk idea, mereka boleh mencari dalam Yohanes 8:1–11; 18:1–11. Nyanyikan sebuah lagu tentang teladan Juruselamat, contohnya “Ku Mau Jadi Seperti Yesus,”” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40-41). Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan Yesus semasa kita berinteraksi dengan ahli keluarga, rakan, dan orang lain?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bantu kanak-kanak memilih satu ayat yang mereka suka. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat itu dengan keluarga dan beritahu apa yang mereka pelajari darinya.