“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35: ‘Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
12–18 September
Yesaya 13–14; 24–30;35
“Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”
Selepas mengkaji Yesaya 13–14; 24–30;35, rancang aktiviti untuk membantu kanak-kanak belajar. Idea aktiviti berikut boleh digunakan untuk mana-mana umur.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk berdiri jika mereka ingin berkongsi sesuatu yang mereka baru pelajari tentang injil di rumah atau di gereja. Berikan setiap kanak-kanak peluang untuk berkongsi.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Terjadi sebuah perang di syurga.
Sebelum dunia diciptakan, Bapa Syurgawi memilih Yesus Kristus untuk menjadi Juruselamat kita. Yesaya 14:12–14 menggambarkan keangkuhan Setan di Majlis pra-fana di Syurga.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan “Pengenalan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 1–3) untuk ceritakan kepada kanak-kanak tentang Perang di Syurga sebelum kita dilahirkan. (Semasa anda lakukan itu, sertakan frasa dari Yesaya 14:12–14 yang menggambarkan Setan.) Kemudian jemputlah kanak-kanak bergilir menceritakan kembali cerita itu kepada anda. Tekankan bahawa Yesus Kristus mengikuti rancangan Bapa Syurgawi dan menjadi Juruselamat kita.
-
Di papan tulis, lukiskan sebuah hati dengan perkataan Setan dan wajah sedih di dalamnya. Jelaskan Setan berkata di dalam hatinya, “[Aku akan] menempatkan takhta [aku] di atas bintang-bintang yang tertinggi” (Yesaya 14:13), yang bermaksud dia ingin menjadi lebih baik daripada Bapa Syurgawi. Jemputlah seorang kanak-kanak untuk melukis hati yang lain, hati ini ditulis perkataan Yesus dan wajah gembira di dalamnya. Bantu kanak-kanak fahami bahawa Yesus ingin melakukan kehendak Bapa Syurgawi terhadap-Nya (lihat Musa 4:1–2). Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan Yesus?
Yesus Kristus telah bangkit.
Yesus Kristus dapat menghiburkan dukacita yang kita rasakan tentang kematian. Kerana Dia memperoleh kemenangan atas kematian, kita semua akan dibangkitkan juga.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Kebangkitan Yesus Kristus, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang gambar itu. Jika perlu, kongsi dengan mereka tentang cerita kebangkitan Yesus (lihat “Yesus Bangkit,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 139–44). Mainkan atau nyanyikan lagu tentang Kebangkitan, seperti “Yesus T’lah Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-anak,44), dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus bangkit dari kematian.
-
Beritahu kanak-kanak tentang seseorang yang anda kenal yang telah meninggal dunia. Bagaimanakah perasaan kita apabila seseorang yang kita kasihi meninggal dunia? Jemput kanak-kanak untuk melukis wajah seseorang sedang menangis. Kemudian bacakan Yesaya 25:8 kepada mereka. Apakah yang Yesus akan lakukan terhadap air mata kita ketika kita merindui seseorang yang telah meninggal? Jemput kanak-kanak untuk melukis wajah gembira. Kongsi kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus telah bangkit, kita dapat merasa penghiburan ketika seseorang meninggal dan tahu bahawa kita semua akan dibangkitkan suatu hari nanti.
Tuhan memulihkan Gereja-Nya melalui Joseph Smith.
Pemulihan injil adalah “suatu pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban” (2 Nefi 27:26). Kongsi kepada kanak-kanak beberapa hal menakjubkan yang Tuhan lakukan—dan terus lakukan—untuk memulihkan injil-Nya di zaman kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang Joseph Smith. Jika perlu, kongsi dengan mereka “Penglihatan Pertama Joseph Smith” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian Perjanjian, 9–12). Baca Yesaya 29:12, dan jelaskan bahawa meskipun Joseph Smith tidak dianggap “terpelajar” oleh banyak orang, Yesus Kristus memulihkan injil melalui dia.
-
Baca Yesaya 29:14 kepada kanak-kanak, dan kongsi kata-kata lain yang membawa maksud sama dengan “menakjubkan” dan “keajaiban.” Paparkan item yang mewakili beberapa pekerjaan Tuhan yang menakjubkan di zaman akhir, seperti gambar Penglihatan Pertama atau Joseph Smith menerima imamat (lihat Buku Seni Injil, no. 90, 93,94) atau salinan Kitab Mormon. Jemput kanak-kanak pilih satu item dan kongsi mengapa ia menakjubkan bagi mereka.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Yesaya 24:3–5; 29:7–10; 30:8–14
Kemurtadan bermaksud berpaling dari Tuhan dan para nabi-Nya.
Membaca peringatan Yesaya tentang bahaya kemurtadan dapat membantu kanak-kanak bertekad untuk kekal setia kepada Tuhan dan mengikuti nabi-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis perkataan kemurtadan di papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk mencari definisi dalam “Kemurtadan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jemput mereka membaca Yesaya 24:5; 30: 9–11 dan buat senarai hal yang orang zaman Yesaya lakukan yang menyebabkan kemurtadan. Kemudian jemput mereka untuk menukar item dalam senarai menjadi hal yang kita dapat lakukan untuk kekal setia kepada Tuhan.
-
Bahagikan kelas kepada berpasangan, dan tugaskan setiap pasangan untuk membaca salah satu petikan berikut: Yesaya 24:3–5; Yesaya 29:7–10; atau Yesaya 30:8–14. Jemput mereka melukis gambar yang mewakili apa yang mereka baca. Semasa mereka berkongsi lukisan, bantu mereka membincangkan ajaran Yesaya tentang mengapa kita harus kekal setia kepada Tuhan
Pemulihan injil adalah suatu “pekerjaan yang menakjubkan.”
Bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak fahami mereka adalah sebahagian dari “pekerjaan yang menakjubkan” (Yesaya 29:14) pada zaman akhir?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar beberapa peristiwa menakjubkan yang berlaku ketika injil dipulihkan (lihat Buku Seni Injil, no. 90–95, atau halaman aktiviti minggu ini). Baca bersama Yesaya 29:14, 18,24, dan jemput kanak-kanak untuk mencari perkataan dan frasa yang berkaitan dengan peristiwa dalam gambar tersebut. Tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka dapat membantu dalam “pekerjaan [Tuhan] yang menakjubkan” (ayat 14).
-
Kongsi pengalaman ringkas untuk membantu kanak-kanak fahami maksud pemulihan . Contohnya, bercakap tentang sesuatu yang hilang dan bagaimana anda menjumpainya. Bantu kanak-kanak membandingkannya dengan Pemulihan injil. Menurut Yesaya 29:13–15, mengapakah kita perlukan Pemulihan? Apakah pekerjaan menakjubkan yang Tuhan lakukan untuk memulihkan injil-Nya?
Ajaran Yesaya mengarahkan saya kepada Yesus Kristus.
Ajaran Yesaya dapat mengarahkan kanak-kanak kepada Juruselamat dan membantu mereka ingat hal-hal yang Dia telah lakukan untuk mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis rujukan tulisan suci berikut pada kepingan kertas yang berasingan: Yesaya 14:3; Yesaya 25:8; Yesaya 28:16; Matius 11:28–30; 1 Korintus 15:53–57; Helaman 5:12. Berikan kanak-kanak kertas, dan jemput mereka tulis kebenaran yang mereka pelajari dari ayat-ayat itu dan bersama memadankan ayat-ayat yang mengajar kebenaran serupa. Menurut ayat-ayat ini, hal-hal besar apakah yang Tuhan telah lakukan untuk kita?
-
Minta kanak-kanak untuk pilih satu frasa dari Yesaya 14:3; 25:8; atau 28:16 yang mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus. Jemput mereka untuk menulis frasa itu pada sehelai kertas dan lukiskan gambar Juruselamat agar mereka dapat paparkan di rumah mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak menulis nota atau melukis gambar sesuatu yang mereka telah pelajari di kelas hari ini. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan keluarga mereka atau ahli kelas yang tidak menghadiri Sekolah Primer hari ini.