“19–25 September. Yesaya 40–49: ‘Hiburkanlah Umat-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“19–25 September. Yesaya 40–49,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
19–25 September
Yesaya 40–49
“Hiburkanlah Umat-Ku”
Banyak petikan dalam Yesaya 40–49 dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kasih dan iman mereka kepada Tuhan. Cari bimbingan Roh untuk mencari petikan-petikan itu semasa anda mengkaji.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Baca Yesaya 40:9 bersama kanak-kanak, dan jemput mereka berlakon mendaki ”gunung yang tinggi” dan kemudian bergilir berseru tentang sesuatu yang mereka pelajari dari tulisan suci baru-baru ini—sama ada di rumah atau di gereja.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menjadi saksi Tuhan.
Tuhan mengingatkan orang Israel bahawa mereka telah menyaksikan banyak hal besar yang Dia telah lakukan untuk mereka. Dia mahu mereka (dan kita semua) menjadi saksi-Nya, membantu orang lain tahu tentang kuasa dan kebaikan-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak tentang sesuatu yang anda telah saksikan. Bantu mereka fikirkan hal-hal yang mereka alami yang mereka boleh kongsi atau menjadi “saksi”—misalnya, makanan lazat yang mereka makan, tempat yang mereka lawati, atau orang yang mereka kenal. Bacakan kanak-kanak Yesaya 43:10: “Kamulah saksi-Ku, Aku memilih kamu menjadi hamba-Ku.” Beritahu kanak-kanak ketika kita dibaptiskan kita berjanji untuk menjadi saksi Yesus Kristus (lihat Mosia 18:9). Apakah maksudnya menjadi saksi Tuhan?
-
Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Tunjukkan mereka gambar untuk memberi mereka idea (misalnya, gambar Kebangkitan Juruselamat, Kitab Mormon, bait suci, dan nabi hidup). Jemput mereka untuk bincangkan apa yang dapat mereka kongsi kepada orang lain sebagai seorang saksi Tuhan.
“Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.”
Hanya Yesus Kristus yang dapat menyelamatkan kita dari dosa dan kematian. Renungkan bagaimana anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk meletakkan kepercayaan kepada-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak membayangkan situasi di mana mereka mungkin memerlukan bantuan (seperti sakit atau terperangkap dalam ribut). Tunjukkan beberapa objek (atau gambar objek), ada yang akan membantu mereka dalam keadaan itu dan yang lain tidak. Contohnya, payung akan membantu dalam ribut, tetapi segelas air dan pencil tidak akan membantu. Mintalah kanak-kanak memilih objek yang akan membantu dalam keadaan itu. Tunjukkan gambar Juruselamat untuk membantu kanak-kanak membincangkan bagaimana Dia membantu kita.
-
Bacakan kanak-kanak Yesaya 43:11, dan minta mereka untuk tunjuk ke arah gambar Yesus ketika mereka mendengar perkataan “Tuhan [Juruselamat].” Bersaksi bahawa kerana Yesus Kristus menderita dan mati bagi kita dan telah bangkit, Dia adalah satu-satunya yang dapat menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita dan dari kematian.
Mentaati perintah Tuhan membawa kedamaian.
Tuhan menjanjikan kedamaian seperti “sungai” dan kebenaran seperti “ombak laut” kepada mereka yang mentaati perintah-perintah-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacakan kanak-kanak Yesaya 48:18. Jemput mereka menggerakkan tangan dan lengan seperti sungai dan ombak. Bincangkan bagaimana mematuhi perintah Tuhan telah membantu anda merasa damai seperti sungai atau kuat seperti ombak.
-
Lukiskan sungai di atas papan tulis. Bantu kanak-kanak fikirkan perintah yang Tuhan berikan kepada kita. Tuliskan perintah-perintah itu di atas kepingan kertas (atau lukiskan gambar yang mudah), dan minta kanak-kanak bergilir-gilir melampirkan perintah-perintah itu ke sungai pada papan tulis. Bantu kanak-kanak tahu bagaimana mentaati perintah membawa kedamaian.
-
Nyanyikan sebuah lagu tentang perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 146–47). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang mengapa kita harus mematuhi perintah-perintah Tuhan?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya boleh membantu menyediakan “jalan bagi Tuhan.”
Kita membantu memenuhi nubuat dalam Yesaya 40:3–5 dengan membantu orang lain menerima Tuhan dalam hidup mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta seorang kanak-kanak bacakan Yesaya 40:3 sementara kanak-kanak yang lain membaca salah satu petikan berikut dan mencari perkataan dan frasa yang serupa: Markus 1:3–4 (Yohanes Pembaptis); Alma 7:9 (Alma); Ajaran dan Perjanjian 33:10–11 (penginjil zaman akhir). Bantu mereka mengenal pasti siapa yang mempersiapkan “jalan bagi Tuhan” dalam setiap petikan. Bagaimana orang-orang ini mempersiapkan jalan Tuhan? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu?
-
Lukiskan sebuah jalan di papan tulis, dan baca bersama kanak-kanak Yesaya 40:3–5. Mintalah kanak-kanak senaraikan rintangan yang mungkin menghalang orang-orang daripada mengikuti Juruselamat, dan jemput mereka lukiskan halangan itu pada jalan. Minta mereka padamkan rintangan semasa anda membincangkan cara kita dapat membantu orang lain mengatasinya.
Tuhan menyertai saya dalam percubaan saya.
Ketika kita membuat perjanjian dengan Tuhan, Dia membuat janji untuk menyertai kita—bahkan semasa cubaan kita. Bantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai sebahagian dari umat perjanjian Tuhan dan sebagai penerima janji-janji-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis di papan tulis Aku… dan Aku akan… Jemput kanak-kanak untuk baca Yesaya 41:10 dan Yesaya 43:1–5 untuk tahu siapa Tuhan dan apa janji yang Tuhan kata Dia akan lakukan. Apakah frasa lain yang diulangi dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah pesanan ini dapat memberi kita penghiburan dan harapan pada masa-masa sukar?
-
Baca Yesaya 48:10 bersama, dan bincangkan apa itu relau dan cara penggunaannya yang berbeza. Jelaskan bahawa logam disucikan dalam relau. Mengapa relau adalah kaedah yang baik untuk menggambarkan kesengsaraan? Bagaimanakah kesengsaraan kita menyucikan kita? (lihat Alma 62:41).
Tuhan tidak akan melupakan saya.
Apabila kita merasa jauh dari Tuhan kerana dosa, cubaan, atau sebab lain, pesanan Yesaya 49:14–16 dapat membawa penghiburan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak baca Yesaya 49:14. Apakah yang mungkin membuat orang merasa dilupai atau ditinggalkan? Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain tahu bahawa Tuhan tidak melupakan mereka? Bagaimanakah kita tahu bahawa Dia tidak melupakan kita?
-
Jemput kanak-kanak bercakap tentang seseorang yang mereka kenal yang mereka tidak akan lupakan, seperti ahli keluarga atau rakan. Bincangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang penuh kasih terhadap anak-anaknya dan bagaimana perasaan Tuhan terhadap kita. Kemudian minta kanak-kanak untuk baca Yesaya 49:15–16. Menurut ayat ini, mengapakah Tuhan tidak akan melupakan kita? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk fikirkan sesuatu yang mereka pelajari hari ini dan mereka ingin pelajari lebih lanjut. Bantu mereka menulis soalan yang boleh mereka tanyakan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.