“5–11 September. Yesaya 1–12: ‘Tuhan ialah Penyelamatku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“5–11 September. Yesaya 1–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
5–11 September
Yesaya 1–12
“Tuhan ialah Penyelamatku”
Kata-kata Yesaya mungkin sukar difahami. Semasa anda pertimbangkan bagaimana untuk mengajar kanak-kanak tentang Yesaya, tumpukan pada kebenaran yang dapat memperkuat iman mereka kepada Yesus Kristus.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak berkongsi sesuatu yang mereka lakukan baru-baru ini untuk menjalankan injil, seperti berdoa, berbuat baik, atau mematuhi perintah-perintah lain.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Dalam bait suci kita pelajari tentang Yesus Kristus.
Yesaya meramalkan suatu saat ketika bait suci, “bukit tempat Rumah Tuhan,” akan menarik orang dari “semua bangsa.” Anda boleh gunakan nubuat ini untuk membantu kanak-kanak menantikan masa mereka dapat pergi ke bait suci.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak lukiskan gambar rumah mereka. Kemudian baca bersama Yesaya 2:2, dan minta mereka lukiskan “rumah Tuhan,” iaitu bait suci. Baca ayat 3 bersama, dan minta mereka menambah pada lukisan mereka orang ramai yang datang ke bait suci, termasuklah keluarga mereka. Mengapakah kita mahu pergi ke rumah Tuhan? Kongsi kesaksian anda tentang berkat-berkat yang datang ketika kita belajar tentang Tuhan di rumah-Nya.
-
Minta seorang kanak-kanak memegang gambar bait suci, dan minta yang lain bincangkan apa yang mereka lihat dalam gambar itu. Tanyakan mereka apa yang mereka suka tentang bait suci. Baca bersama Yesaya 2:2–3 dan perhatikan sebab-sebab lain kita suka bait suci. Beritahu kanak-kanak mengapa anda suka bait suci.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak,99). Bantu mereka mencari perkataan dan frasa dalam lagu yang mengajar apakah bait suci dan apa yang kita lakukan di sana.
-
Lukiskan sebuah jalan di papan tulis, dan letakkan gambar bait suci atau Juruselamat di hujungnya (lihat Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-Kanak, 2–3). Minta kanak-kanak bergilir-gilir melukis diri mereka berjalan di jalan itu. Semasa mereka melakukannya, jemput mereka mengulangi frasa dari Yesaya 2:3: “Kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya.” Apakah yang kita boleh lakukan untuk berjalan di jalan Tuhan?
Yesaya bernubuat tentang Yesus Kristus.
Semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus, termasuk mereka yang hidup sebelum Dia dilahirkan, seperti Yesaya. Pertimbangkan apa yang kanak-kanak dapat pelajari tentang Yesus dari nubuat Yesaya dalam Yesaya 9:6.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi cerita “Nabi Yesaya” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Berhenti sebentar supaya kanak-kanak dapat berbincang apa yang Yesaya tahu tentang Yesus Kristus sebelum Yesus dilahirkan. Baca kepada kanak-kanak Yesaya 9:6, dan jemput mereka untuk ulangi setiap “nama” gelaran Yesus Kristus yang Yesaya sebut.
-
Tulis di atas kepingan kertas beberapa gelaran Yesus Kristus yang terdapat dalam Yesaya 9:6 (lihat halaman aktiviti minggu ini). Jemput setiap kanak-kanak untuk memilih satu, dan bantu kanak-kanak membaca gelaran itu. Bincangkan dengan kanak-kanak tentang maksud setiap gelaran itu. Berikan gambar Kristus kepada salah seorang kanak-kanak, dan minta dia untuk berkongsi sesuatu tentang Yesus dan kemudian memberikan gambar itu kepada kawan lain. Ulangi aktiviti ini sehingga semua kanak-kanak berpeluang untuk berkongsi.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Kerana Yesus Kristus, saya boleh bertaubat dan menjadi bersih.
Yesaya hidup pada masa ketika banyak bangsanya telah berpaling daripada Tuhan. Tetapi Tuhan berjanji kepada mereka bahawa dosa-dosa mereka dapat diampuni jika mereka bertaubat. Dia turut membuat janji ini kepada kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak membaca Yesaya 1:2–4 dan bincangkan beberapa sebab Tuhan tidak senang hati dengan bangsa Yehuda. Kemudian baca Yesaya 1:16–19 bersama untuk tahu apakah jemputan Tuhan kepada orang-orang untuk lakukan. Jika diperlukan, bantulah kanak-kanak fahami perkataan dan frasa yang sukar. Untuk bantu mereka menggambarkan ayat 18, paparkan sesuatu yang berwarna merah terang dan sesuatu yang putih murni. Apakah yang kita pelajari tentang belas kasihan Yesus Kristus dari ayat-ayat ini? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang kurnia keampunan Yesus Kristus, dan juga berkongsi perasaan anda.
-
Bantu kanak-kanak hafal Yesaya 1:18. Tuliskan ayat itu di papan tulis, dan jemput kanak-kanak membacanya beberapa kali, memadamkan satu perkataan setiap kali sehingga mereka dapat membacanya dari ingatan. Anda juga boleh gunakan helaian kertas dengan perkataan dari ayat yang tertulis di atasnya. Mengapakah ia penting untuk selalu mengingati apa yang ayat ini ajarkan? Bincangkan bagaimana dibaptis dan mengambil sakramen menjadikan janji ini tersedia bagi kita.
Dalam bait suci kita pelajari tentang Yesus Kristus.
Nubuat Yesaya tentang “bukit rumah Tuhan” mengungkapkan beberapa berkat yang datang kerana menyembah di bait suci, dan juga berkat-berkat lain yang datang pada zaman akhir. Renungkan bagaimana anda akan mengilhami kanak-kanak untuk mencari berkat-berkat ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk membaca apa yang Yesaya nampak dalam Yesaya 2:2–3 dan lukiskan apa yang dilihat itu. Jelaskan bahawa Yesaya menggelar bait suci sebagai “bukit tempat Rumah Tuhan.” Mengapakah gunung adalah lambang yang baik untuk bait suci?
-
Jemput kanak-kanak membaca Yesaya 2:2–3,5 dan mencari sesuatu dalam ayat-ayat ini yang mengilhami mereka untuk pergi ke bait suci suatu hari nanti. Kemudian baca ayat 4 bersama, dan bincangkan bagaimana bait suci membawa kedamaian. Bantu mereka fikirkan cara mereka boleh bersedia ke bait suci suatu hari nanti.
Yesaya bernubuat tentang Yesus Kristus.
Yesaya bernubuat tentang kelahiran seorang anak yang akan duduk di takhta Daud dan mendirikan kerajaan yang tidak akan berakhir. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak fahami nubuat-nubuat tentang Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak berikan contoh gelaran seseorang, seperti gelaran yang berkaitan dengan pekerjaan, panggilan, pasukan, atau keluarga. Apakah gelaran ini katakan tentang orang yang memegangnya? Bantu kanak-kanak mencari gelaran Yesus Kristus dalam Yesaya 7:14 dan 9:6–7. Apakah yang setiap gelaran ini ajarkan kita tentang Dia? Apakah lagi yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari ayat-ayat ini?
-
Baca bersama Matius 1:21–23 dan Lukas 1:31–33, dan bincangkan bagaimana nubuat Yesaya dalam Yesaya 7:14; 9:6–7 dipenuhi ketika Yesus Kristus lahir.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Minta kanak-kanak fikirkan sesuatu yang mereka pelajari tentang Juruselamat yang mereka boleh berkongsi dengan keluarga mereka, seperti salah satu nama-Nya.