Perjanjian Lama 2022
15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86: “Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”


“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86: ‘Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022

Imej
Yesus memegang tanglung

Saving That Which Was Lost (Menyelamat Yang Hilang), oleh Michael T. Malm

15–21 Ogos

Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86

“Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”

Teladan anda sebagai pengkaji injil dapat memberi pengaruh yang sangat berkuasa kepada kanak-kanak. Kongsikan pengalaman rohani anda ketika mempelajari injil.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kongsi dengan kanak-kanak satu ayat dari mazmur, lagu rohani, atau lagu kanak-kanak yang membantu anda merasakan kasih Juruselamat. Berikan setiap kanak-kanak peluang untuk berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mazmur 51:10

Apabila saya membuat pilihan yang salah, Yesus Kristus boleh membantu saya berubah.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa kesilapan adalah sebahagian dari kehidupan fana dan kita boleh menerima bantuan daripada Yesus Kristus untuk mengatasinya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita mudah, dari kehidupan anda atau dari Friend atau Liahona, tentang kanak-kanak yang membuat pilihan yang salah tetapi menerima bantuan dari Juruselamat untuk menjadi lebih baik. Baca Mazmur 51:10, dan kongsi kegembiraan yang anda rasakan ketika Juruselamat membantu anda miliki “hati yang murni” dan “[roh] teguh.”

  • Tunjukkan kanak-kanak halaman aktiviti minggu ini. Tunjukkan setiap gambar, dan minta kanak-kanak menggambarkan apa yang mereka nampak. Baca kapsyen untuk membantu kanak-kanak belajar tentang pertaubatan dan keampunan.

Mazmur 71:8

Saya boleh memberitahu orang lain tentang Yesus Kristus.

Kata-kata yang penuh iman dari seorang kanak-kanak mempunyai kuasa unik untuk menyentuh hati. Beri keyakinan kepada kanak-kanak bahawa kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dapat membantu orang lain.

Imej
dua budak lelaki duduk bersama di sebuah kerusi

Kita boleh beritahu orang lain tentang apa yang Yesus telah lakukan untuk kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan Mazmur 71:8 kepada kanak-kanak, dan lukis mulut yang besar pada papan tulis. Minta mereka untuk membantu anda “mengisi” mulut dengan hal-hal yang kita dapat beritahu orang lain tentang Yesus Kristus.

  • Edarkan satu gambar Yesus Kristus. Minta kanak-kanak bergilir-gilir memegang gambar itu dan mengatakan satu perkara yang mereka tahu tentang Dia. Apakah yang Dia telah lakukan untuk kita? (Gambar dalam Buku Seni Injil boleh menyediakan beberapa idea.)

Mazmur 86:7

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Kebanyakan mazmur seumpama doa kepada Tuhan untuk bantuan, bimbingan, atau perlindungan. Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak membina iman mereka bahawa Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab mereka ketika mereka berdoa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana mereka bercakap dengan orang yang tinggal jauh. Tunjukkan kepada mereka benda yang kita dapat gunakan untuk berkomunikasi, seperti telefon atau surat. Bacakan mereka Mazmur 86:7. Bagaimanakah kita “berseru” kepada Bapa Syurgawi? Bagaimana Dia menjawab kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk lakonkan perkara yang mereka lakukan setiap hari, seperti bangun tidur, makan sarapan pagi, pergi ke sekolah, atau tidur. Bantu mereka mencari masa di siang hari ketika mereka boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi. Bersaksi bahawa kita boleh berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa, dan Dia akan selalu mendengar kita.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6). Ceritakan tentang suatu masa ketika Tuhan telah menjawab doa anda.

Mazmur 77:11

“Aku akan mengingat perbuatan [Tuhan].”

Tulisan suci dapat membina iman kita kepada Yesus Kristus dengan membantu kita mengingati “keajaiban yang [Dia] lakukan pada zaman dahulu.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan Mazmur 77:11 kepada kanak-kanak, dan beritahu mereka bagaimana anda cuba untuk “mengingat perbuatan [Tuhan],” termasuk perbuatan-Nya dalam kehidupan anda. Jemput kanak-kanak melukis gambar-gambar untuk bantu mereka mengingati hal-hal hebat yang Dia telah lakukan.

  • Tunjukkan gambar-gambar dari buku ini atau dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk mengingatkan kanak-kanak cerita-cerita yang mereka telah pelajari dalam Perjanjian Lama tentang hal-hal hebat yang Tuhan telah lakukan untuk umat-Nya. Tanyakan mereka cerita mana yang paling mereka suka dan sebabnya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mazmur 51

Pertaubatan adalah perubahan hati.

Mazmur 51 mengandungi beberapa kebenaran mengenai pertaubatan. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak menemui kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca salah satu rujukan tulisan suci di halaman aktiviti minggu ini. Minta mereka mencari kata-kata yang mengajar mereka sesuatu tentang pertaubatan. Minta mereka menulisnya pada papan tulis. Setelah semua orang telah berkongsi, tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka akan menjawab jika seorang kawan bertanya, “Apakah maksud bertaubat?”

  • Lukiskan hati pada papan tulis. Minta kanak-kanak menamakan beberapa dosa yang Setan goda kita untuk lakukan. Tuliskan dosa-dosa itu dalam hati. Minta kanak-kanak untuk mencari perkataan hati dalam Mazmur 51:10, 17. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang pertaubatan? (lihat juga ayat 6). Bantu kanak-kanak memahami meskipun kita berhenti melakukan dosa, hati kita perlu berubah untuk bertaubat. Minta kanak-kanak untuk padamkan dosa-dosa dalam hati pada papan tulis dan menulis kata-kata baharu yang menggambarkan perubahan dalam hati kita ketika kita bertaubat. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan boleh “cipta [dalam kita] hati yang murni” ketika kita bertaubat (ayat 10).

Mazmur 66:16; 77:11; 78:7

“Aku akan mengingat perbuatan [Tuhan].”

Orang Israel mengajarkan anak-anak mereka tentang mukjizat-mukjizat yang Tuhan telah lakukan untuk mereka agar anak-anak “juga akan berharap kepada Tuhan” (Mazmur 78:7).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk kongsi beberapa cerita tulisan suci kegemaran mereka (gambar dari Buku Seni Injil boleh membantu mereka memikirkan cerita tersebut). Mengapakah mereka menyukai cerita-cerita ini? Apakah yang cerita ini ajarkan kita tentang Tuhan? Baca bersama Mazmur 77:11; 78:7. Mengapakah ia penting untuk “mengingat perbuatan [Tuhan]”?

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Mazmur 66:16 dan memikirkan atau menulis jawapan bagi soalan “Apakah yang Tuhan telah lakukan bagi jiwa saya?” Kemudian minta mereka berkongsi jawapan mereka, jika mereka mahu. Apakah yang kita boleh lakukan untuk “selalu mengingati” (Moroni 4:3; 5:2) apa yang Tuhan telah lakukan untuk kita?

Mazmur 86:5, 13, 15

Tuhan mahu mengampuni.

Ketika kita berdosa, Setan mahu kita berfikir bahawa Tuhan tidak akan pernah mengampuni kita. Bantu kanak-kanak membina iman bahawa Tuhan “suka mengampuni orang, [dan] mengasihi mereka” (Mazmur 86:5).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Juruselamat (seperti gambar dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan tanyakan kanak-kanak apakah perkataan yang mereka akan gunakan untuk menggambarkan Dia. Jemput mereka mencari perkataan yang menggambarkan Dia dalam Mazmur 86:5, 13, 15. Jika diperlukan, bantu mereka mencari maksud perkataan tersebut. Apakah yang kita boleh katakan kepada seorang rakan yang merasa bahawa Tuhan marah kepada mereka ketika mereka berdosa?

  • Nyanyi bersama sebuah lagu yang anda rasa akan membantu kanak-kanak memahami sifat pengampun Juruselamat, seperti “‘Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 82). Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus ingin mengampuni kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput setiap kanak-kanak untuk menyatakan satu sebab mengapa mereka mengasihi Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Galakkan mereka untuk berkongsi sebab itu dengan seseorang di rumah. Bersaksi bahawa kata-kata mereka akan memberkati orang itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyatakan keyakinan. “Jika [kanak-kanak] merasakan bahawa anda mempercayai mereka, keyakinan mereka terhadap potensi ilahi mereka akan berkembang. … Berkomunikasi dengan penuh kasih bahawa anda tahu mereka boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri” (Teaching in the Savior’s Way, 28).

Cetak