Perjanjian Lama 2022
1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42: “Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya”


“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42: ‘Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42,” kutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

tiga lelaki bercakap dengan seorang lelaki di atas tanah

The Judgments of Job (Penghakiman Ayub), oleh Joseph Brickey

1–7 Ogos

Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–4042

“Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya”

Semasa anda mengkaji kisah Ayub, apakah pesanan yang anda temui untuk kehidupan anda sendiri? Pesanan manakah yang anda rasa sesuai untuk kanak-kanak yang anda ajar?

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Ayub (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tanyakan kanak-kanak bagaimanakah perasaan lelaki dalam gambar itu. Jemput mereka untuk berkongsi apa sahaja yang mereka tahu tentang Ayub.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ayub 1–2; 13:15

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu saya pada masa-masa sukar ketika saya beriman kepada Mereka.

Ayub mempercayai Tuhan dan dapat kekal beriman walaupun dia menghadapi cubaan yang sangat sukar. Cerita Ayub boleh membantu kanak-kanak menguatkan iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sehingga mereka boleh bersedia untuk menghadapi cubaan sukar mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Ayub, dan bantu mereka memahami apa yang berlaku kepadanya (lihat Ayub 1–2; “Ayub” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Tanyakan kanak-kanak bagaimana perasaan mereka jika mereka adalah Ayub. Siapakah yang dapat membantu kita apabila perkara-perkara sedih berlaku dalam hidup kita? Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan jelaskan bahawa iman Ayub kepada Tuhan membantunya semasa cubaannya (lihat Ayub 1:21).

  • Bacakan kanak-kanak kata-kata Ayub dalam Ayub 13:15: “Aku akan [mempercayai-Nya].” Untuk membantu kanak-kanak memahami maksud untuk mempercayai Tuhan, bincangkan tentang orang lain yang mereka percayai. Contohnya, apakah yang kita percaya tentang ibu bapa kita? Apakah yang kita percaya tentang pengajar kita? Apakah yang kita percaya tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Nyatakan kepercayaan anda terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, dan bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat menunjukkan kasih dan kepercayaan terhadap Tuhan.

Ayub 19:25

Yesus Kristus ialah Penebus saya.

Ayub mampu menahan cubaan dan penderitaannya kerana imannya kepada Tuhan. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Yesus Kristus, Penebus kita?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus di atas kayu salib atau dikebumikan di makam (lihat Buku Seni Injil, no. 5758). Minta kanak-kanak menerangkan apa yang sedang berlaku dalam gambar. Bacakan kanak-kanak kesaksian Ayub dalam Ayub 19:25. Tunjukkan gambar Juruselamat telah bangkit (lihat Buku Seni Injil, no. 5960; lihat juga halaman aktiviti minggu ini), dan bersaksi bahawa Yesus Kristus telah bangkit dan hidup hari ini. Mengapakah kita bersyukur kerana Yesus telah bangkit?

  • Tunjukkan gambar Ayub, dan jelaskan bahawa Ayub mengalami banyak kesakitan kerana kulitnya mengalami luka di seluruh badannya. Dia kehilangan rumahnya, dan anak-anaknya telah meninggal dunia. Tetapi Ayub tahu sesuatu yang sangat penting yang memberikannya penghiburan. Baca Ayub 19:25, dan tanya kanak-kanak apa yang Ayub tahu. Kongsi dengan kanak-kanak bagaimana anda tahu bahawa Yesus Kristus hidup, dan jemput mereka untuk berkongsi kesaksian mereka tentang-Nya.

    lelaki memandang ke atas

    Job (Ayub), oleh Gary L. Kapp

  • Minta kanak-kanak mewarnakan halaman aktiviti minggu ini. Semasa mereka lakukannya, mainkan atau nyanyikan lagu tentang Kebangkitan Yesus, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” atau “Yesus T’lah Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-anak, 45, 44). Minta mereka untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus, dan bantu mereka memahami bahawa kita boleh memiliki perasaan yang baik daripada Roh Kudus untuk membantu kita mengetahui bahawa Yesus Kristus itu nyata.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ayub 1–2; 1219

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu saya mengatasi cabaran semasa saya kerana saya beriman kepada Mereka.

Setiap orang mengalami hari-hari yang sukar, dan beberapa orang mengalami percubaan dalam tempoh yang lama. Iman Ayub kepada Tuhan menyokongnya melalui cubaannya. Pertimbangkan bagaimana ceritanya dapat membantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus supaya mereka dapat menghadapi cubaan mereka, sekarang dan di masa depan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita Ayub. Apakah perwatakan dia? Apakah yang telah berlaku kepada dia? Bagaimanakah dia bertindak balas terhadap cabarannya? Arahkan mereka kepada ayat-ayat dalam Ayub 1–2 untuk membantu mereka menjawab (lihat Ayub 1:1, 13–22; 2:7–10; lihat juga “Ayub” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pesanan utama cerita Ayub.

  • Tunjukkan beberapa gambar Yesus Kristus berinteraksi dengan orang lain, dan tanyakan kanak-kanak apa yang gambar-gambar ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus dan perwatakan-Nya. Apakah lagi yang kita tentang Dia? Jemput kanak-kanak baca beberapa ayat berikut untuk mengetahui perkara yang Ayub tahu tentang Tuhan: Ayub 12:10, 13, 16; 19:25–27. Mengapakah penting untuk tahu perkara-perkara ini tentang Juruselamat?

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Ayub 19:14–19, dan tanyakan mereka apakah yang ayat-ayat ini katakan tentang bagaimana orang lain memperlakukan Ayub. Bagaimanakah perasaan kita jika ini berlaku kepada kita? Jemput kanak-kanak baca Ayub 19:23–27 untuk mengetahui bagaimana Ayub menemui penghiburan dalam keadaan ini. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kepada kita tentang Juruselamat? Mengapakah penting untuk tahu bahawa Dia hidup dan mengasihi kita? (lihat Yohanes 17:3).

  • Nyanyi bersama sebuah lagu yang bersaksi tentang Yesus Kristus, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53). Apakah yang lagu itu cadangkan tentang pentingnya memiliki kesaksian bahawa Yesus Kristus hidup? Beritahu kanak-kanak bagaimana anda mengetahui Juruselamat hidup dan mengapa anda bersyukur dengan pengetahuan itu. Galakkan mereka untuk berkongsi perasaan dan kesaksian mereka juga.

Ayub 19:13–19; 22:5

Kawan baik saling menaikkan semangat dan menggalakkan satu sama lain.

Ketika Ayub sedang bersusah, kawan-kawannya mengatakan bahawa Tuhan menghukumnya kerana dia telah melakukan dosa. Cerita ini dapat membantu anda mengajar kanak-kanak cara yang lebih baik untuk bertindak balas apabila kawan mereka menghadapi cabaran (lihat Ayub 16:1–5).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk mengkaji kesukaran yang berlaku pada Ayub (lihat Ayub 1:13–19; 2:7). Baca bersama Ayub 19:14, 19, mencari reaksi kawan-kawan Ayub terhadap cubaannya (lihat juga Ayub 22:1–5). Jemput kanak-kanak untuk membayangkan bahawa mereka adalah kawan Ayub—bagaimanakah mereka akan berusaha untuk membantunya? Galakkan mereka untuk fikirkan seorang kawan yang mungkin melalui masa yang sukar dan rancang sesuatu untuk menunjukkan kasih dan sokongan kepada kawan mereka.

  • Minta kanak-kanak senaraikan beberapa sifat kawan yang baik dan menamakan kawan yang mempunyai sifat-sifat ini. Tunjukkan gambar Yesus Kristus. Dalam cara apakah Yesus ialah kawan yang baik kepada kita? Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan-Nya?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan satu cara Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu ketika mereka mengalami masa yang sukar.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila Tuhan memberikan satu perintah, Dia sering menjanjikan berkat jika mematuhi perintah itu. Apabila anda menjemput kanak-kanak Sekolah Primer untuk menjalani asas tertentu, kongsi janji-janji Tuhan melalui para nabi kepada mereka yang menjalankan asas itu. Anda juga boleh memberikan kesaksian tentang berkat-berkat yang anda telah terima kerana mematuhi asas tersebut.