“25–31 Julai. Ester: ‘Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“25–31 Julai. Ester,” Ikutah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
25–31 Julai
Ester
“Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah”
Semua kitab suci bersaksi tentang Yesus Kristus Renungkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak melihat pengaruh Juruselamat dalam cerita Ester.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Edarkan gambar Ester (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Semasa kanak-kanak memegang gambar, jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu tentang cerita Ester.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh melayani keluarga saya.
Ketika ibu bapa Ester meninggal, sepupunya Mordekhai menjaganya. Anda boleh menggunakan pengalaman mereka sebagai peluang untuk bercakap tentang melayani ahli keluarga kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Pada papan tulis, lukiskan bentuk orang yang mewakili Ester, ibu bapanya, dan sepupunya Mordekhai. Jelaskan bahawa ibu bapa Ester meninggal, jadi Ester memerlukan seseorang untuk menjaganya. Bacakan Ester 2:7 kepada kanak-kanak, dan minta kanak-kanak mendengar apa yang Mordekhai telah lakukan. Bantu kanak-kanak memikirkan keperluan yang mungkin ahli keluarga mereka miliki yang mereka boleh bantu.
-
Jemput beberapa kanak-kanak untuk melakonkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk melayani seseorang dalam keluarga mereka, dan minta kanak-kanak lain meneka apa yang mereka sedang lakukan. Jemput mereka untuk membicarakan perkara yang mereka lakukan untuk memberkati keluarga mereka, dan anda turut berkongsi.
-
Nyanyikan sebuah lagu tentang membantu keluarga kita, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 108). Kongsi kesaksian anda bahawa membantu keluarga kita boleh membuat kita gembira.
Saya boleh jadi berani.
Kanak-kanak yang anda ajar akan menghadapi situasi ketika mereka memerlukan bantuan Tuhan untuk menjadi berani. Bagaimanakah anda akan membantu mereka belajar dari keberanian Ester?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu maksud menjadi berani? Kongsi definisi mudah, seperti “Menjadi berani bermaksud melakukan perkara yang benar walaupun anda takut.” Kongsi cerita Ester (lihat “Permaisuri Ester” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), dan bantu kanak-kanak melihat keberanian Ester. Minta kanak-kanak menggunakan bentuk orang pada halaman aktiviti minggu ini untuk menceritakan semula.
-
Tunjukkan gambar Ester (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang keberanian, seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 85). Tunjukkan perkataan dan frasa dalam lagu yang menggambarkan Ester, dan bersaksi bahawa Juruselamat dapat membantu kanak-kanak menjadi berani.
-
Beritahu kanak-kanak tentang masa-masa ketika Yesus Kristus berani; contohnya, ketika Dia menderita kerana dosa-dosa kita, di Getsemani dan di atas kayu salib (lihat Matius 26:36–39; 27:33–35). Minta kanak-kanak untuk menceritakan pengalaman ketika mereka berani (pertimbangkan untuk menghubungi keluarga mereka terlebih dahulu untuk tahu beberapa contoh). Apakah yang membantu mereka menjadi berani? Beritahu kanak-kanak bagaimana Tuhan telah membantu anda menjadi berani ketika anda takut.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya boleh menjadi alat di tangan Tuhan.
Ketika Ester takut, Mordekhai menggalakkan dia dengan mengajarnya bahawa mungkin Tuhan telah menjadikannya permaisuri “untuk saat-saat seperti inilah” (Ester 4:14). Renungkan bagaimana Tuhan menyediakan kanak-kanak yang anda ajar peluang untuk mereka memberkati orang lain.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seseorang untuk memainkan lagu dengan alat muzik, atau memaparkan gambar seseorang memainkan alat muzik. Ceritakan maksud menjadi alat di tangan Tuhan. Kaji semula cerita Ester bersama kanak-kanak, (lihat Permaisuri Ester” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), dan jemput mereka untuk bercakap tentang bagaimana Ester adalah alat bagi Tuhan untuk memenuhi tujuan-Nya. Bagaimanakah kita boleh dapat menjadi alat Tuhan?
-
Setelah mengkaji cerita Ester, lekatkan satu kad dengan nama salah satu watak dari cerita itu pada bahagian belakang setiap kanak-kanak. Jemput kanak-kanak untuk cuba meneka nama watak pada belakang mereka dengan menanya soalan kepada kanak-kanak lain seperti “Adakah orang ini soleh?” atau “Adakah orang ini seorang wanita?” Kemudian bincangkan bagaimana Mordekhai dan Ester adalah alat Tuhan untuk menyelamatkan orang Yahudi.
Bapa Syurgawi membantu saya mempunyai keberanian ketika saya takut.
Bilakah anda pernah melihat kanak-kanak yang anda ajar menjadi berani? Apakah pengalaman yang anda dapat kongsi ketika anda memerlukan bantuan Tuhan untuk menjadi berani?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tuliskan pada papan tulis Mordekhai menunjukkan keberanian dengan … dan Ester menunjukkan keberanian dengan … Jemput beberapa kanak-kanak untuk baca Ester 3:1–11 dan yang lain untuk baca Ester 4:10–17. Minta mereka menggunakan apa yang mereka baca untuk melengkapkan ayat pada papan tulis. Kemudian tuliskan Saya akan menunjukkan keberanian dengan … dan jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan hal-hal yang Bapa Syurgawi mahu mereka lakukan yang memerlukan keberanian. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti Mordekhai dan Ester?
-
Jemput kanak-kanak untuk memikirkan situasi yang mereka hadapi yang mungkin sukar untuk melakukan perkara yang benar. Tuliskan pada papan tulis kata-kata berani Ester “saya akan menghadap raja, … jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati” (Ester 4:16). Bantu kanak-kanak menggunakan kata-kata Ester dengan menggantikan “menghadap raja” dengan pilihan yang soleh tetapi sukar yang mereka perlu lakukan. Kemudian jemput mereka untuk menggantikan “mati” dengan sesuatu yang tidak menyenangkan yang mungkin timbul dari melakukan apa yang benar. Mengapakah lebih baik melakukan melakukan perkara yang benar, bahkan jika akibatnya sukar?
Berpuasa dapat membantu saya dan memberkati orang lain.
Dalam masa keperluan, Ester dan orang Yahudi berpuasa. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami berkat rohani berpuasa?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai perkara yang mereka boleh berpuasa. Kemudian minta mereka baca Ester 4:1–3, 10–17 untuk mengetahui mengapa orang Yahudi dan Ester berpuasa. Galakkan kanak-kanak untuk memikirkan sebab mereka mungkin memerlukan bantuan khas daripada Tuhan, dan cadangkan mereka menjadikan itu sebahagian dari puasa mereka pada hari Ahad puasa berikutnya.
-
Jemput kanak-kanak untuk berlakon menjelaskan kepada kawan mengapa mereka berpuasa. Apakah yang mereka akan katakan? Rujukkan mereka kepada Panduan Tulisan suci, “Puasa, Berpuasa” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) jika mereka memerlukan bantuan. Kongsi satu pengalaman ketika anda berpuasa untuk menerima bantuan Tuhan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman berpuasa mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Nyanyikan sebuah lagu tentang asas yang anda pelajari di kelas hari ini (lihat indeks topik dalam Buku Nyanyian Anak-anak untuk idea.) Jemput kanak-kanak menyanyikan lagu itu bersama keluarga mereka.