Perjanjian Lama 2022
11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25: “[Dia] Percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel”


“11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25: ‘[Dia] Percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“11–17 Julai. 2 Raja-Raja 17–25,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
orang meninggalkan bandar yang telah musnah

The Flight of the Prisoners (Pelarian Tawanan), oleh James Tissot dan lain-lain

11–17 Julai

2 Raja-Raja 17–25

“‘[Dia] Percaya kepada Tuhan, Tuhan Israel”

Semasa anda merancang aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak, ingatlah bahawa aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil dalam panduan ini boleh disesuaikan untuk kanak-kanak yang lebih besar dan sebaliknya.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan nama setiap kanak-kanak pada kertas, dan letakkan dalam sebuah bekas. Pada permulaan kelas, minta kanak-kanak bergilir memilih satu nama. Apabila nama kanak-kanak dicabut, jemput kanak-kanak itu untuk kongsi sesuatu yang dia telah pelajari tentang injil atau tentang Yesus Kristus baru-baru ini. Teruskan sehingga setiap kanak-kanak berpeluang untuk berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Raja-Raja 18:3, 5

Saya boleh mempercayai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Teladan Hizkia dalam 2 Raja-Raja 18:3, 5 dapat membantu kanak-kanak untuk percaya kepada Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Namakan beberapa hal seorang raja yang baik lakukan dan beberapa hal seorang raja yang tidak baik lakukan. Minta kanak-kanak berdiri dan bersorak untuk hal-hal baik dan duduk untuk hal-hal buruk. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa Israel mempunyai banyak raja, ada yang soleh dan ada yang tidak. Jemput kanak-kanak untuk mendengar apa yang membuat Hizkia seorang raja yang baik semasa anda membacakan 2 Raja-Raja 18:3, 5. Bantu mereka memikirkan cara-cara kita boleh tunjukkan bahawa kita mempercayai Tuhan seperti Hizkia telah lakukan.

  • Bantu kanak-kanak memahami maksud mempercayai seseorang. Ceritakan tentang orang yang anda percaya, dan minta kanak-kanak turut berkongsi. Tunjukkan gambar Yesus Kristus. Mengapakah kita boleh mempercayai Yesus Kristus? Nyatakan kepercayaan anda bahawa Yesus Kristus mengasihi kita dan akan membantu kita kembali untuk hidup selamanya bersama Bapa Syurgawi.

2 Raja-Raja 22:8–11; 23:2

Kitab suci adalah satu berkat.

Meskipun kanak-kanak yang lebih muda mungkin tidak dapat membaca atau memahami semua yang ada dalam tulisan suci, mereka dapat diberkati dengan kuasa tulisan suci. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka mempunyai hasrat untuk diberkati oleh firman Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sembunyikan satu salinan kitab suci di suatu tempat dalam bilik, dan jemput kanak-kanak untuk mencarinya. Jelaskan pada zaman Raja Yosia, banyak orang tidak belajar dari tulisan suci sehingga seorang imam menemukan kitab Taurat di dalam bait suci (lihat 2 Raja-Raja 22:8–11). Apakah itu tulisan suci? Mengapakah kita memerlukan tulisan suci? Beritahu kanak-kanak mengapa anda gembira kerana kita mempunyai tulisan suci hari ini, dan mintabiarkan mereka berkongsi perasaan mereka tentang tulisan suci.

  • Baca 2 Raja-Raja 23:2 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengarkan apa yang raja lakukan dengan tulisan suci. Mengapakah ia penting bagi semua orang untuk mendengar apa yang tertulis dalam tulisan suci? Nyanyikan sebuah lagu tentang tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-anak, 66), dan minta kanak-kanak bercakap tentang perasaan mereka ketika mereka mendengar ajaran dan cerita dari tulisan suci.

    Imej
    keluarga sedang belajar tulisan suci

    Tulisan suci dapat membantu memalingkan hati kita kepada Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Raja-Raja 18:3–6; 19:14–19

Saya boleh mempercayai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Ketika orang Asyur mengancam Yerusalem, Raja Hizkia yang soleh berpaling kepada Tuhan dalam iman. Teladan Hizkia boleh membantu anda dan kanak-kanak bercakap tentang bagaimana kita dapat menunjukkan iman kepada Tuhan, walaupun ketika ia dicabar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Peta-Peta Alkitab 3, “Pembahagian 12 Suku,” jelaskan secara ringkas kepada kanak-kanak bahawa Kerajaan Israel Utara ditakluki oleh bangsa yang dipanggil orang Asyur. Jelaskan bahawa orang Asyur kemudiannya berusaha menakluki Kerajaan Yehuda Selatan. Jemput kanak-kanak untuk membayangkan perasaan mereka jika mereka tinggal di Yehuda dan tahu bahawa orang Asyur akan datang menghancurkan kota itu. Minta kanak-kanak membaca 2 Raja-Raja 18:3, 5–6 untuk mengetahui mengapa Hizkia, raja Yehuda, dapat jadi berani ketika orang Asyur datang.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 2 Raja-Raja 19:14–19, carilah apa yang Hizkia lakukan ketika orang Asyur mengancam kerajaannya. Bagaimanakah melakukan hal-hal ini menunjukkan dia mempercayai Tuhan? Apakah yang kita dapat lakukan untuk menunjukkan kepercayaan kita kepada Tuhan ketika kita memerlukan bantuan?

2 Raja-Raja 22:8–13; 23:2–3

Tulisan suci mengajar saya bagaimana untuk mengikuti Yesus Kristus.

Setelah bertahun-tahun kegelapan rohani, orang Yahudi memperbaharui komitmen mereka kepada Tuhan. Ini berlaku kerana Raja Yosia menemukan semula kitab Taurat dan membacanya kepada rakyatnya. Laporan ini dapat membantu kanak-kanak memahami mengapa tulisan suci sangat berharga.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa Raja Yosia mengarahkan rakyatnya untuk memperbaiki bait suci, dan semasa mereka melakukannya, mereka menemui sesuatu yang sangat berharga. Jemput kanak-kanak baca 2 Raja-Raja 22:8–11 untuk mengetahui jawapan. Jelaskan bahawa kitab yang mereka temui mengandungi perjanjian dan perintah yang anak-anak Israel tidak tahu. Apakah yang mungkin berlaku kepada kita jika kita tidak mempunyai tulisan suci? Tanyakan kanak-kanak mengapakah mereka bersyukur kerana memiliki tulisan suci. Mengapakah ia menjadi lebih sukar untuk mengikuti Juruselamat jika kita tidak mempunyai tulisan suci?

  • Berikan setiap kanak-kanak sekeping kertas, dan minta mereka untuk mengoyakkannya. Jelaskan bahawa pada zaman Raja Yosia, orang kadangkala menanggalkan, atau “mengoyakkan,” pakaian mereka ketika mereka susah hati. Minta kanak-kanak untuk cari perkataan “mengoyakkan” dalam 2 Raja-Raja 22:11. Mengapakah Yosia bersusah hati? Bantu kanak-kanak mencari jawapan dalam ayat 13. Mengapakah penting bagi kita untuk membaca tulisan suci secara kerap?

  • Baca 2 Raja-Raja 23:2–3 bersama, dan minta kanak-kanak mencari bagaimana tulisan suci membantu Yosia dan rakyatnya. Kongsi dengan kanak-kanak satu tulisan suci yang telah mengilhami anda “untuk taat kepada [Tuhan]” (ayat 3), dan jemput kanak-kanak untuk turut berkongsi.

2 Raja-Raja 23:3

Saya akan mentaati perjanjian saya dengan Tuhan.

Ketika Yosia dan rakyatnya mempelajari perintah-perintah Tuhan, mereka membuat perjanjian untuk mentaatinya. Anda boleh membantu kanak-kanak untuk kekal setia terhadap perjanjian yang mereka buat semasa pembaptisan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak baca 2 Raja-Raja 23:3 dan cari perkataan atau frasa yang menunjukkan perasaan orang-orang itu tentang perintah-perintah Tuhan. Minta mereka untuk berdiri dan bercakap tentang maksud untuk “berpegang kepada perjanjian itu.” Jemput mereka berjalan dan bercakap tentang maksud untuk “taat kepada [Tuhan].” Jemput mereka untuk meletakkan tangan mereka pada dada dan mencadangkan cara-cara kita dapat mematuhi perintah “dengan segenap hati [kita].”

  • Bantu kanak-kanak membuat senarai janji-janji yang mereka telah buat semasa pembaptisan (lihat Mosia 18:10; Ajaran dan Perjanjian 20:37, 77, 79). Apakah yang Tuhan janjikan jika kita mentaati perjanjian kita? Apakah yang kita pelajari dari 2 Raja-Raja 23:3 tentang mentaati perjanjian kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan ahli keluarga satu ayat suci atau cerita dari tulisan suci yang telah memberkati mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bina keyakinan kanak-kanak. Salah satu cara untuk membantu kanak-kanak memperoleh keyakinan adalah dengan memuji mereka ketika mereka melibatkan diri dalam kelas. Berjanji kepada kanak-kanak bahawa Roh Kudus akan membantu mereka semasa mereka belajar.

Cetak