Perjanjian Lama 2022
25–31 Julai. Ester: “Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah”


“25–31Julai. Ester: ‘Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“25–31Julai. Ester,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Ester sedang berdoa

Esther (Ester), oleh James Johnson

25–31 Julai

Ester

“Kamu Sudah Dipilih … untuk Saat-saat Seperti Inilah”

Semasa anda membaca Ester, carilah ilham daripada Roh, dan catatkan tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Banyak peristiwa dalam kitab Ester mungkin kelihatan seperti nasib baik atau kebetulan. Bagaimana lagi anda boleh menjelaskan bagaimana seorang gadis Yahudi menjadi permaisuri Persia pada waktu yang tepat untuk menyelamatkan bangsanya dari disembelih? Apakah kemungkinan sepupu Ester, Mordekhai kebetulan mendengar rancangan untuk membunuh raja? Adakah ini kebetulan, atau itu sebahagian dari rancangan ilahi? Elder Ronald A. Rasband mengatakan: “Apa yang dilihat sebagai satu kebetulan, sebenarnya diawasi oleh Bapa di Syurga. … Tuhan berada di dalam butiran kecil hidup kita” (“Dengan Rancangan Ilahi,” Liahona, Nov. 2017, 56). Kita mungkin tidak sering menyedari pengaruh Tuhan dalam “butiran kecil” ini. Namun kita pelajari dari pengalaman Ester bahawa Tuhan dapat membimbing jalan kita dan menyediakan kita “untuk saat-saat” (Ester 4:14) di mana kita dapat menjadi alat dalam tangan-Nya untuk memenuhi tujuan-Nya.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Ester, lihat “Ester” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ester

Tuhan boleh menjadikan saya alat untuk memberkati orang lain.

Sister Anne C. Pingree mengajarkan: “Untuk menjadi alat dalam tangan Tuhan adalah kesempatan besar dan tanggungjawab yang kudus. Di mana pun kita hidup, apa pun keadaan kita, tidak kira status perkahwinan atau umur kita, Tuhan perlukan setiap kita untuk memenuhi bahagian unik [kita] dalam membina kerajaan-Nya di zaman keagamaan terakhir ini” (“Knowing the Lord’s Will for You,” Liahona, Nov. 2005, 112).

Semasa anda membaca cerita Ester, renungkan bagaimana kenyataan ini berguna kepadanya. Carilah cara Tuhan membolehkan Ester menyelamatkan orang Yahudi, (lihat, contohnya, Ester 2:21–23; 3:10–14; 4:14–16). Kemudian renungkan bagaimana Dia tekah membimbing anda dalam kehidupan anda yang membolehkan anda memberkati orang lain. Apakah beberapa keadaan atau hubungan yang anda rasa Tuhan telah membimbing anda “justeru untuk saat-saat seperti inilah”? (Ester 4:14). Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, pertimbangkan untuk membacanya untuk mempelajari lebih tentang pekerjaan yang Tuhan ingin anda lakukan.

Ester 3; 5:9–147

Keangkuhan dan kemarahan boleh membawa kepada kejatuhan.

Dalam kitab Ester, kita pelajari dari kesetiaan Ester dan Mordekhai serta dari keangkuhan dan kemarahan Haman. Semasa anda membaca Ester 3; 5:9–14, perhatikan perasaan, kata-kata, dan tindakan Haman. Apakah yang ia ajarkan tentang Haman dan niatnya? Apakah kesan-kesan yang dia hadapi? (lihat Ester 7). Membaca tentang Haman boleh mendorong anda untuk menilai niat perasaan dan tindakan anda. Adakah anda diilhami untuk melakukan sebarang perubahan? Bagaimanakah anda boleh berpaling kepada Bapa Syurgawi untuk bantuan?

Lihat juga Amsal 16:32; Alma 5:28.

Ester 3–4; 5:2–3; 8:11–12

Berpuasa menunjukkan kebergantungan saya kepada Tuhan.

Perhatikan keadaan yang membimbing Ester dan orang Yahudi yang lain berpuasa (lihat Ester 3:13; 4:1–3, 10–17). Bagaimanakah berpuasa menjadi berkat kepada mereka? (lihat Ester 5:2–3; 8:11–12). Mengapakah Tuhan meminta kita untuk berpuasa? Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk menjadikan puasa suatu berkat besar dalam kehidupan anda.

Lihat juga Yesaya 58:6–12; Matius 4:1–4; 17:14–21.

2:41

Ester 3:1–11; 4:10–17; 5:1–4

Melakukan hal yang benar sering memerlukan keberanian yang besar.

Ketika Mordekhai dan Ester memperjuangkan kepercayaan mereka, mereka mempertaruhkan nyawa mereka. Pilihan kita mempunyai kesan yang mungkin tidak teruk, tetapi melakukan hal yang benar masih memerlukan keberanian. Apakah yang anda pelajari dari Ester 3:1–4; 4:10–17 tentang memiliki keberanian untuk melakukan hal yang benar? Perhatikan perbezaan kesan-kesan yang Mordekhai dan Ester alami selepas menunjukkan keberanian (lihat Ester 3:5–11; 5:1–4). Apakah yang seseorang perlu tahu tentang Tuhan untuk membuat pilihan seperti Ester dan Mordekhai—untuk melakukan apa yang benar tanpa mengira kesannya?

Lain kali semasa anda mempertimbangkan kesan melakukan apa yang benar, anda boleh gunakan kata-kata Ester dalam Ester 4:16 ke dalam keadaan anda. Contohnya, anda boleh berkata pada diri sendiri, “Ketika saya memilih yang benar, jika saya [kehilangan kawan], saya [kehilangan kawan].”

Ester dan Raja

Esther before the King (Ester di hadapan Raja), oleh Minerva K. Teichert

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ester 1–10.Selepas menyemak cerita Ester (lihat “Permaisuri Ester” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, keluarga anda boleh membuat boneka mudah bagi watak-watak tersebut (lihat halaman aktiviti minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer). Mereka boleh menggunakan boneka tersebut untuk menceritakan cerita tersebut. Anda juga boleh menyanyikan lagu tentang menjadi berani dan benar, seperti (Buku Nyanyian Anak-anak, 80) atau “Hal yang Benar” (Nyanyian Rohani, no. 114). Apakah perkataan dalam lagu yang mengingatkan kita tentang Esther?

2:3

Ester 2:5–7.Apakah yang kita boleh pelajari dari teladan Mordekhai tentang membantu ahli keluarga dalam masa percubaan? Siapakah dalam keluarga yang memerlukan sokongan kita? Buat rancangan untuk membantu mereka.

Ester 4:15–17.Keberanian Ester boleh mengilhami keluarga anda untuk membincangkan bagaimana untuk mengembangkan keberanian untuk memperjuangkan kebenaran dalam keadaan yang mereka hadapi. Apakah Ester maksudkan dengan “Jika saya harus mati, biarlah saya mati”? Bagaimanakah kata-katanya berguna kepada kita ketika kita perlu menjadi berani?

3:19

Ester 9:26–32.Perayaan Yahudi Purim diadakan untuk memperingati cerita Ester. Pada waktu makan minggu ini, pertimbangkan untuk berkongsi cerita tentang masa ahli keluarga anda, termasuk nenek moyang anda, telah memberkati orang lain dengan memperjuangkan hak seperti yang Ester lakukan.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-anak, 80.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengikut kehidupan Juruselamat. “Kekuatan Juruselamat untuk mengajar dan mengangkat orang lain datang dari cara Dia menjalani hidup dan orang macam apa Dia adanya. Semakin tekun anda berusaha untuk hidup seperti Yesus Kristus, semakin mampu anda mengajar seperti Dia” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Ester

Queen Esther (Permaisuri Ester), oleh Minerva K. Teichert, © William and Betty Stokes