Perjanjian Lama 2022
Fikiran untuk Direnungkan: “Yesus Berseru, ‘Israel Mari Pulang’”


“Fikiran untuk Direnungkan: ‘Yesus Berseru, “Israel Mari Pulang,”’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Fikiran untuk Direnungkan: ‘Yesus Berseru, “Israel Mari Pulang,”’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2022

ikon fikiran

Fikiran untuk Direnungkan

“Yesus Berseru, ‘Israel Mari Pulang’”

Di gurun Sinai, Musa mengumpulkan anak-anak Israel di kaki gunung. Di situ Tuhan menyatakan bahawa Dia ingin mengubah kumpulan yang baru bebas daripada perhambaan ini menjadi orang yang perkasa. “Kamu akan menjadi,” kata Tuhan, “umat yang ditahbiskan, … [dan] imam [kepada-Ku]” (Keluaran 19:6). Dia menjanjikan bahawa mereka akan berkembang dan makmur, bahkan ketika dikelilingi oleh musuh yang lebih besar dan lebih berkuasa (lihat Ulangan 28:1–14).

Semua ini berlaku bukan kerana bilangan orang Israel banyak atau kuat ataupun mahir. Ia akan terjadi, Tuhan menjelaskan, “jika kamu taat kepada-ku dan setiap kepada perjanjian-Ku” (Keluaran 19:5). Ia adalah kuasa Tuhan, bukan kuasa mereka, yang akan menjadikan mereka hebat.

Tetapi orang Israel tidak selalu mematuhi suara-Nya, dan lama-kelamaan mereka berhenti mentaati perjanjian-Nya. Ramai yang mula menyembah tuhan-tuhan lain dan mengamalkan amalan budaya di sekitar mereka. Mereka menolak hal-hal yang menjadikan mereka bangsa yang berbeza dari orang lain—hubungan perjanjian mereka dan Tuhan. Tanpa kuasa Tuhan melindungi mereka (lihat 2 Raja-Raja 17:6–7), tidak ada apa-apa yang dapat menghentikan musuh mereka (lihat 2 Tawarikh 36:12–20).

Pencerai-beraian

Beberapa kali di sekitar tahun 735 dan 720 SM, orang-orang Assyria menyerang Kerajaan Israel Utara, tempat tinggal sepuluh dari dua belas suku, dan menawan ribuan orang Israel ke berbagai bahagian Empayar Assyria (lihat 2 Raja-Raja 17:1–7).1 Orang Israel ini dikenali sebagai “suku yang hilang,” sebahagiannya kerana mereka dipindahkan dari tanah air mereka dan tercerai-berai di kalangan bangsa-bangsa lain. Tetapi mereka juga hilang dalam pengertian yang lebih dalam: lama kelamaan, mereka kehilangan pengertian identiti mereka sebagai umat perjanjian Tuhan.

Kerana Kerajaan Yehuda Selatan, pada masa itu, lebih soleh daripada Kerajaan Utara, mereka bertahan lebih lama.2 Tetapi akhirnya bangsa itu turut berpaling dari Tuhan. Orang Assyria menyerang dan menakluki sebahagian besar Kerajaan Selatan; hanya Yerusalem yang secara ajaibnya terpelihara (lihat 2 Raja-Raja 19; Yesaya 10:12–13). Kemudian, antara tahun 597 dan 580 SM, orang Babilonia menghancurkan Yerusalem, termasuk bait suci, dan menawan banyak penduduk kota (lihat 2 Raja-Raja 24–25; 2 Tawarikh 36; Yeremia 3952). Kira-kira 70 tahun kemudian, Yehuda yang selebihnya dibenarkan kembali ke Yerusalem dan membina semula bait suci. Bagaimanapun, banyak yang tinggal di Babilon.3

Semasa generasi berlalu, orang Israel dari semua suku “seperti angin ribut [ter]selerak … terpaksa tinggal di negeri asing” (Zakharia 7:14; lihat juga Amos 9:8–9). Sesetengah telah dipimpin oleh Tuhan ke negeri yang lain (lihat 2 Nefi 1:1–5; Omni 1:15–16). Sesetengah telah meninggalkan Israel untuk lari dari penawanan (lihat 2 Raja-Raja 25:22–26; Yeremia 42:13–19; 43:1–7) atau atas tujuan politik dan ekonomi.4

Kita menggelar peristiwa ini pencerai-beraian Israel. Dan ia penting untuk tahu tentang sebab-sebab pencerai-beraian ini. Satu sebabnya, ini adalah topik utama dari Perjanjian Lama: Banyak nabi Perjanjian Lama telah menjadi saksi kepada penurunan rohani yang menyebabkan pencerai-beraian Israel. Mereka telah meramalkan pencerai-beraian ini dan memberi amaran tentangnya, dan sesetengah mereka bahkan hidup pada masa itu.5 Ia berguna untuk diingati semasa anda membaca kitab Yesaya, Yeremia, Amos, dan banyak kitab lain di bahagian terakhir Perjanjian Lama. Dengan mempertimbangkan konteks ini, apabila anda membaca nubuat mereka tentang Assyria dan Babilon, penyembahan berhala dan penawanan, kemusnahan dan pemulihan akhirnya, anda akan mengetahui apa yang mereka bicarakan.

Memahami pencerai-beraian Israel akan membantu anda memahami Kitab Mormon dengan lebih baik, kerana Kitab Mormon adalah catatan dari cabang Israel yang tercerai-berai itu (lihat 1 Nefi 15:12). Catatan ini bermula dengan keluarga Lehi melarikan diri dari Yerusalem kira-kira 600 SM, sebelum orang Babilonia menyerang. Lehi adalah salah seorang nabi yang bernubuat tentang pencerai-beraian Israel.6 Dan keluarganya membantu memenuhi nubuat tersebut, membawa cabang bani Israel dan tinggal di bahagian lain di dunia, di Benua Amerika.

orang ramai meninggalkan kota yang terbakar

The Destruction of Jerusalem by Nebuzar-adan (Kemusnahan Yerusalem oleh Nebuzaradan, oleh William Brassey Hole, © Providence Collection/lesen dari goodsalt.com

Pengumpulan

Pencerai-beraian Israel, bagaimanapun, hanya sebahagian dari cerita itu. Tuhan tidak melupakan umat-Nya, Dia tidak juga sepenuhnya meninggalkan mereka, bahkan ketika umat-Nya meninggalkan-Nya. Banyak nubuat bahawa Israel akan dicerai-beraikan disertai dengan banyak janji bahawa Tuhan akan mengumpulkan mereka suatu hari nanti.7

Masa itu adalah sekarang—zaman kita. Pengumpulan telah pun bermula. Pada tahun 1836, ribuan tahun setelah Musa mengumpulkan anak-anak Israel di kaki Gunung Sinai, Musa muncul di Bait suci Kirtland untuk menganugerahkan Joseph Smith “kunci-kunci pengumpulan Israel dari empat bahagian bumi” (Ajaran dan Perjanjian 110:11). Sekarang, di bawah arahan mereka yang memegang kunci-kunci ini, suku-suku Israel dikumpulkan dari setiap bangsa di mana hamba-hamba Tuhan dapat pergi.

Presiden Russell M. Nelson telah mengelar pengumpulan ini “yang terpenting pada masa ini di bumi. Tidak ada yang lain sebanding dengan kebesarannya, tidak ada yang sebanding dengan kepentingannya, tidak ada yang sebanding dengan keagungannya. Dan jika anda memilih untuk, jika anda ingin, anda boleh menjadi bahagian besar darinya.”8

Bagaimanakah anda melakukannya? Apakah maksudnya untuk mengumpulkan Israel? Adakah ia bermaksud memulihkan dua belas suku ke negeri asal mereka? Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang lebih besar, yang lebih abadi. Seperti Presiden Nelson menjelaskan:

“Ketika kita berbicara tentang pengumpulan, kita hanya menyatakan kebenaran asas ini: setiap dari anak-anak Bapa Syurgawi kita, di kedua-dua belah tirai, berhak untuk mendengar pesanan injil pemulihan Yesus Kristus. …

Apabila anda lakukan sebarang perkara yang membantu sesiapa pun—pada kedua-dua belah tirai—mengambil langkah terhadap membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima tatacara pembaptisan dan tatacara bait suci mereka, anda menolong untuk mengumpul Israel. Ia semudah itu.”9

Ini terjadi, seperti Yesaya katakan, “seorang demi seorang” (Yesaya 27:12) atau, seperti Yeremia jangkakan, “seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak” (Yeremia 3:14).

Pengumpulan Israel bermaksud membawa anak-anak Tuhan kembali pada-Nya. Ia bermaksud memulihkan mereka kepada hubungan perjanjian mereka dengan Tuhan. Ia bermaksud mendirikan semula “umat yang ditahbiskan” seperti yang Tuhan ingin dirikan lama dahulu (Keluaran 19:6).

Mari Pulang

Sebagai pemegang perjanjian, anda adalah sebahagian dari bani Israel.10 Anda telah dikumpulkan, dan anda adalah seorang pengumpul. Cerita panjang abad yang bermula dengan perjanjian di antara Tuhan dan Abraham membina ke kemuncaknya, dan anda adalah kunci tersebut. Inilah masanya ketika “Yesus berseru, “Israel mari pulang.’”11

Ini adalah pesanan para pengumpul: Mari pulang kepada perjanjian. Mari pulang ke Sion. Mari pulang kepada Yesus Kristus, Yang Kudus dari Israel, dan Dia akan membawa anda pulang kepada Tuhan, Bapa anda.