“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42: ‘Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“1–7 Ogos. Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
1–7 Ogos
Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42
“Namun Aku Akan [Mempercayai]-Nya”
Semasa anda membaca tentang Ayub, Roh akan membimbing anda untuk menemukan kebenaran penting yang relevan untuk anda. Tuliskan apa yang anda temui, dan renungkan bagaimana kebenaran ini berguna untuk anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Ia adalah biasa untuk persoalkan mengapa hal buruk berlaku pada orang baik—atau dalam hal ini, mengapa hal baik berlaku pada orang jahat. Mengapakah Tuhan, yang adil, mengizinkannya? Soalan seperti ini diterokai melalui pengalaman Ayub, salah seorang orang baik yang menerima hal buruk. Kerana percubaan Ayub, teman-temannya tertanya-tanya jika dia benar-benar orang yang baik. Ayub pertahankan kesolehannya dan tertanya-tanya jika Tuhan benar-benar adil. Tetapi di sebalik penderitaan dan persoalannya, Ayub mempertahankan integriti dan imannya kepada Yesus Kristus. Dalam kitab Ayub, iman dipersoalkan dan diuji tetapi tidak pernah ditinggalkan sepenuhnya. Itu tidak bermaksud semua soalan telah dijawab. Tetapi kitab Ayub mengajarkan bahawa sehingga soalan-soalan itu dijawab, pertanyaan dan iman wujud bersama, dan tidak kira apa yang terjadi, kita dapat katakan tentang Tuhan kita, “Namun aku akan [mempercayai-]Nya” (Ayub 13:15).
Untuk gambaran keseluruhan kitab Ayub, lihat “Ayub” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kepercayaan saya kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu saya kekal setia dalam semua keadaan.
Bab-bab pembukaan Ayub bertujuan untuk menekankan peranan Setan sebagai musuh atau penuduh kita, bukan untuk menggambarkan bagaimana Tuhan dan Setan benar-benar berinteraksi. Semasa anda membaca tuduhan Setan tentang Ayub (lihat Ayub 1:9–11; 2:4–5), anda boleh merenungkan jika hal yang sama dapat dikatakan tentang anda. Anda boleh tanyakan diri anda, Apakah sebab-sebab saya untuk kekal setia kepada Tuhan? Renungkan percubaan Ayub dan tindakan Ayub (lihat Ayub 1:20–22; 2:9–10). Apakah yang anda pelajari daripada dia yang mungkin dapat membantu anda menangani cabaran anda?
Meskipun Ayub berusaha untuk kekal setia, cubaan dan penderitaannya terus berlanjut (perhatikan tangisannya dalam bab 3). Malah, penderitaannya kelihatan semakin meningkat, dan teman-temannya menyatakan bahawa Tuhan sedang menghukumnya (lihat Ayub 4–5; 8; 11). Semasa anda membaca tindak balas Ayub dalam bab 12–13, pertimbangkan apa yang Ayub tahu tentang Tuhan yang membolehkannya untuk terus percaya, walaupun dia menderita dan pertanyaan yang tidak dijawab. Apakah yang anda ketahui tentang Tuhan yang membantu anda menghadapi cabaran? Bagaimanakah anda dapat mengetahui kebenaran ini, dan bagaimana ia menguatkan iman anda?
Yesus Kristus ialah Penebus saya.
Kadang-kadang kebenaran terpenting dinyatakan kepada kita di tengah penderitaan kita yang paling dalam. Renungkan cubaan Ayub yang digambarkan dalam Ayub 19:1–22 dan kebenaran yang dia nyatakan dalam Ayub 19:23–27. Kemudian renungkan bagaimana anda mengetahui bahawa Penebus anda hidup. Apakah perbezaan yang pengetahuan ini ada ketika anda mengalami percubaan yang sukar?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 121:1–12; 122.
“Namun Tuhan tahu setiap langkahku; jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.”
Semasa anda membaca lebih banyak perbahasan antara Ayub dan teman-temannya mengenai sebab-sebab di sebalik penderitaan Ayub, anda boleh renungkan bagaimana anda akan menjawab soalan perbahasan mereka: Mengapakah orang soleh kadang-kadang menderita dan orang jahat kadang-kadang tidak dihukum? Fikirkan tentang ini semasa anda membaca Ayub 21–24. Apakah yang anda tahu tentang Bapa Syurgawi dan rancangan-Nya yang dapat membantu menyediakan jawapan? Lihat, contohnya, 2 Nefi 2:11–13; Mosia 23:21–23; 24:10–16; Abraham 3:22–26; Dallin H. Oaks, “Pertentangan dalam Segala Hal,” Liahona, Mei 2016, 114–17.
Lihat juga L. Todd Budge, “Kepercayaan yang Konsisten dan Kuat,” Liahona, Nov. 2019, 47–49.
Pandangan Tuhan lebih besar dari pandangan saya.
Kecewa dengan tuduhan rakan-rakannya (lihat Ayub 16:1–5; 19:1–3), Ayub berulang kali berseru kepada Tuhan untuk penjelasan atas penderitaannya (lihat Ayub 19:6–7; 23:1–9; 31). Elder Neal A. Maxwell memerhatikan bahawa “ketika kita tidak sabar dengan waktu Tuhan yang maha mengetahui,” seperti Ayub, “kita benar-benar menunjukkan bahawa kita tahu apa yang terbaik. Aneh, bukan—kita yang memakai jam tangan berusaha menasihati Dia yang mengawasi jam dan kalendar” (“Hope through the Atonement of Jesus Christ,” Ensign, Nov. 1998, 63). Renungkan kata-kata ini semasa anda membaca jawapan Tuhan terhadap Ayub bab 38 dan 40. Apakah kebenaran yang Dia ajarkan kepada Ayub? Mengapakah kebenaran ini penting untuk kita tahu semasa kita berjuang menghadapi kesukaran dan persoalan di sini dalam kefanaan? Apakah yang mengagumkan anda tentang jawapan Ayub dalam Ayub 42:1–6?
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Ayub 1:20–22.Untuk memahami bagaimana perasaan Ayub, seperti yang digambarkan dalam ayat-ayat ini, keluarga anda boleh membaca “Ayub” di Cerita-cerita Perjanjian Lama atau lakonkan Ayub 1:13–22. Apakah yang kita boleh pelajari dari teladan Ayub?
-
Ayub 14:14.Bagaimanakah kita akan menjawab soalan Ayub dalam ayat ini? Bagaimanakah Alma 11:42–44 dapat membantu kita?
-
Ayub 16:1–5.Adakah kita seperti teman-teman Ayub, yang menilai dan mengkritik Ayub ketika dia memerlukan penghiburan? (lihat Ayub 16:1–4; lihat juga Yohanes 7:24). Bagaimanakah kata-kata kita dapat menguatkan orang lain ketika mereka sedang bersedih? (lihat Ayub 16:5).
-
Ayub 19:23–27.Selepas membaca ayat-ayat ini, ahli keluarga boleh berkongsi bagaimana mereka tahu bahawa Penebus kita hidup. Anda boleh bekerjasama untuk memasukkan kata-kata kesaksian anda (atau lukisan kanak-kanak tentang Juruselamat) dalam sebuah buku, seperti jurnal keluarga (lihat ayat 23). Anda juga boleh menyanyikan satu lagu yang bersaksi tentang Juruselamat, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53), dan kongsi frasa yang menguatkan iman anda kepada-Nya.
-
Ayub 23:8–11.Apakah maknanya untuk “terbukti” dari percubaan kita “[tentang] kemurnian”? Siapakah yang kita kenal telah lakukan ini? Kanak-kanak boleh membuat sesuatu dengan kata-kata dari ayat 10 yang tertulis padanya. Anda juga boleh membincangkan bagaimana Yesus Kristus mengatasi percubaan-Nya (lihat Lukas 22:41–44; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19).
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu Cadangan: “Penebusku Hidup,” Nyanyian Rohani, no. 52.