“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86: ‘Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“15–21 Ogos. Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2022
15–21 Ogos
Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86
“Aku Akan Menceritakan Apa yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”
Panduan ini mengenal pasti beberapa topik ajaran yang dibahas dalam mazmur. Semasa anda mengkaji,beberapa perkataan, gambar, atau idea tertentu mungkin menonjol bagi anda. Apakah yang anda rasa Tuhan cuba ajarkan kepada anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Para penulis Mazmur berkongsi perasaan yang sangat peribadi dalam puisi mereka. Mereka menulis tentang perasaan berputus asa, ketakutan, dan penyesalan. Kadang-kadang, mereka bahkan merasa ditinggalkan oleh Tuhan, dan beberapa mazmur membawa nada kekecewaan atau berputus asa. Sekiranya anda pernah mempunyai perasaan seperti ini, membaca Mazmur dapat membantu anda mengetahui bahawa anda bukan bersendirian. Tetapi anda akan juga temui mazmur yang dapat mendorong anda ketika anda mengalami perasaan seperti itu, kerana para pemazmur juga memuji Tuhan atas kebaikan-Nya, mengagumi kuasa-Nya, dan bersukacita dalam belas kasihan-Nya. Mereka tahu bahawa dunia dibebani oleh kejahatan dan dosa tetapi Tuhan itu “baik dan suka mengampuni orang” (Mazmur 86:5). Mereka memahami bahawa beriman kepada Tuhan tidak bermaksud bahawa anda tidak akan pernah bergelut dengan kegelisahan, dosa, atau ketakutan. Ini bermaksud bahawa anda tahu kepada Siapa anda harus berpaling ketika anda merasa demikian.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Penebusan hanya datang melalui Yesus Kristus.
Mazmur 49 mempunyai pesanan untuk “baik orang biasa mahupun orang terkemuka, baik orang miskin mahupun orang kaya” (ayat 2). Menurut anda apakah pesanan ini? Apakah yang anda rasa Mazmur 62:5–12 tambahkan kepada pesanan itu?
Membaca mazmur dapat mendorong anda untuk merenungkan cara-cara yang membuat orang mempercayai sesuatu selain daripada penebusan Tuhan (lihat Mazmur 49:6–7). Bagaimanakah kehidupan anda dipengaruhi oleh kesaksian anda bahawa “Tuhan akan menyelamatkan [anda] daripada kuasa maut”? (ayat 15).
Lihat juga Amsal 28:6; Alma 34:8–17.
Kerana belas kasihan Juruselamat, dosa-dosa saya boleh diampuni.
Rayuan untuk belas kasihan dalam Mazmur 51 dikaitkan dengan Raja Daud, yang bersalah melakukan penzinaan dan pembunuhan (lihat 2 Samuel 11). Walaupun dosa kita kurang serius, kita boleh mengaitkan dengan keperluan belas kasihan yang dinyatakan dalam mazmur ini. Kita juga dapat mempelajari sesuatu tentang apakah makna untuk bertaubat. Contohnya, apakah perkataan atau frasa dalam Mazmur 51 yang mengajar anda tentang sikap yang kita perlu untuk bertaubat? Apakah yang anda pelajari tentang kesan Korban tebusan Juruselamat dalam hidup anda?
Anda mungkin tertanya soalan yang sama semasa anda membaca Mazmur 85–86. Anda juga boleh mencari frasa yang menggambarkan Tuhan. Bagaimanakah frasa ini menguatkan iman anda bahawa Dia akan mengampuni anda? (Lihat, contohnya, Mazmur 86:5, 13, 15).
Lihat juga Alma 36; Russell M. Nelson, “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67–69; Carole M. Stephens, “Tuan Penyembuh,” Liahona, Nov. 2016, 9–12.
Mazmur 51:13–15; 66:16–17; 71:15–24
Kesaksian saya tentang Yesus Kristus boleh membantu orang lain datang kepada-Nya.
Renungkan bagaimana anda memperoleh kesaksian anda tentang Yesus Kristus dan kuasa penebusan-Nya. Kemudian, semasa anda membaca Mazmur 51:13–15; 66:16–17; 71:15–24, fikirkan bagaimana anda dapat menjemput orang lain untuk “marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Tuhan”(Mazmur 66:5). Apakah maksudnya untuk anda “sepanjang hari mengisahkan kesetiaan [Tuhan]”? (Mazmur 71:24). Bagaimanakah anda memberitahu orang lain “apa yang telah dilakukan-Nya untuk [anda]”? (Mazmur 66:16).
Lihat juga Mosia 28:1–4; Alma 26.
Tuhan akan membantu saya pada masa yang saya sangat memerlukan.
Beberapa mazmur menggambarkan, dalam bahasa yang jelas, bagaimana rasanya jauh daripada Tuhan dan sangat memerlukan bantuan-Nya. Anda boleh pertimbangkan untuk mencari gambaran itu dalam Mazmur 63:1, 8; 69:1–8, 18–21; 77:1–9. Apakah yang anda temui dalam Mazmur 63; 69; 77–78 yang memberi para penulis mazmur ini jaminan?
Ketika anda merasa tertekan, bagaimanakah ia membantu anda untuk “mengingat perbuatan [Tuhan]” dan “keajaiban yang [Tuhan] lakukan pada zaman dahulu”? (Mazmur 77:11). Beberapa keajaiban tersebut digambarkan dalam Mazmur 78. Semasa anda membaca tentangnya, renungkan apa yang membantu anda “berharap kepada Tuhan” (ayat 7). Apakah pengalaman dari sejarah keluarga anda yang mengilhami anda?
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Mazmur 51:17.Pertimbangkan bagaimana anda dapat mengajar keluarga anda maksud memiliki hati yang hancur. Contohnya, ahli keluarga secara bergilir-gilir membuka sesuatu yang mempunyai tempurung keras, seperti telur atau kacang. Bagaimanakah hati kita kadang-kadang seperti tempurung itu? Bagaimanakah kita dapat membuka hati kita kepada Tuhan? Membaca Mazmur 51 bersama boleh menyediakan beberapa idea.
-
Mazmur 61:2–3.Ahli keluarga boleh melukis gambar-gambar lambang dalam ayat-ayat ini dan bincangkan bagaimana Yesus Kristus seperti “batu [tempat perlindungan],” “pelindung [kita]”, dan “pertahanan yang kuat.”
-
Mazmur 71:17; 78:5–7.Apakah yang Tuhan ingin anda “mengajarkan … kepada anak-anak [anda]”? (Mazmur 78:5). Mungkin setiap ahli keluarga boleh berkongsi contoh “perbuatan [Tuhan] yang menakjubkan,” seperti cerita tulisan suci, pengalaman, atau kesaksian peribadi, yang membantu mereka “berharap kepada Tuhan” (Mazmur 71:17; 78:7).
-
Mazmur 72.Mazmur 72 telah ditulis oleh Daud tentang puteranya Salomo, tetapi ia juga boleh merujuk kepada Yesus Kristus. Ketika keluarga anda membaca mazmur ini, mereka boleh mengangkat gambar Juruselamat ketika mereka terbaca ayat-ayat yang mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus. Bagaimana kita dapat menolong memenuhi hasrat agar “seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya”? (Mazmur 72:19; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 65:2).
-
Mazmur 85:11.Ayat ini dapat mengilhami perbincangan mengenai peristiwa Pemulihan injil—bagaimanakah Kitab Mormon adalah kebenaran yang “[keluar] dari bumi” dan bagaimana para utusan syurgawi “turun dari syurga” (lihat juga Musa 7:62).
3:39
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu Cadangan: “‘Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat,” Nyanyian Rohani, no. 36.