Perjanjian Lama 2022
22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150: “Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup”


“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150: “Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk Yang Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“22–28 Ogos. Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2022

Kristus berjubah merah dikelilingi orang ramai yang sedang berlutut

Every Knee Shall Bow (Setiap Lutut Akan Bertekuk), oleh J. Kirk Richards

22–28 Ogos

Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150

“Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk yang Hidup”

Mazmur 119:105 mengajarkan bahawa firman Tuhan adalah “cahaya yang menerangi jalan [anda].” Semasa anda membaca Mazmur, catatkan frasa dan idea yang mengilhami anda dan membantu menerangi jalan anda kembali kepada Bapa Syurgawi.

Mencatat Tanggapan Anda

Nama Yahudi tradisional untuk kitab Mazmur adalah perkataan Ibrani yang bermaksud “memuji.” Perkataan itu, Tehillim, juga dikaitkan dengan seruan “hallelujah” (yang bermaksud “memuji Yehovah” atau “memuji Tuhan”). Sekiranya anda harus memilih satu perkataan untuk menyimpulkan pesanan utama Mazmur, “pujian” adalah pilihan yang baik. Sebahagian Mazmur berisi jemputan langsung untuk “memuji Tuhan” (lihat terutamanya Mazmur 146–50), dan kesemuanya dapat mengilhami perasaan penyembahan dan pujian. Mazmur menjemput kita untuk merenungkan kuasa Tuhan, belas kasihan-Nya, dan hal-hal hebat yang Dia telah lakukan. Kita tidak pernah dapat membalas-Nya untuk semua ini, tetapi kita dapat memuji-Nya. Pujian itu berbeza untuk setiap orang—ia mungkin melibatkan nyanyian, berdoa, atau memberikan kesaksian. Ini sering membawa kepada komitmen yang lebih mendalam kepada Tuhan dan untuk mengikuti ajaran-ajaran-Nya. Bagaimanapun “puji Tuhan” dalam hidup anda, anda dapat memperoleh lebih banyak ilham untuk melakukannya ketika anda membaca dan merenungkan Mazmur.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Mazmur 102–3116

Tuhan dapat menghiburkan saya dalam penderitaan saya.

Perhatikan bagaimana Mazmur 102:1–11 menggambarkan perasaan kegelisahan dan terasing yang sering berlaku ketika penderitaan. Mungkin anda pernah mengalami perasaan seperti itu, dan gambaran ini membantu anda memahami pengalaman anda dengan lebih baik. Atau ayat-ayat ini dapat membantu anda memahami perasaan orang lain yang sedang menderita.

Semasa anda membaca Mazmur 102:12–28; 103116, cari frasa yang memberi anda keyakinan bahawa anda boleh “bersyukur kepada-Nya” dalam percubaan anda (Mazmur 116:13). Anda boleh menandakan, menghafal, atau berkongsi dengan orang lain frasa yang memberi anda harapan kepada-Nya.

Lihat juga Yesaya 25:8; 2 Korintus 1:3–7; Ibrani 2:17–18; Alma 7:11–13; Evan A. Schmutz, “Tuhan akan Menyapu Segala Air Mata,” Liahona, Nov. 2016, 116–18.

Yesus menyembuhkan

Healing (Penyembuhan), oleh J. Kirk Richards

Mazmur 110118

Mazmur dapat menunjukkan saya kepada Juruselamat.

Mazmur mengandungi ayat-ayat yang menunjukkan kepada kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus. Ini adalah beberapa contoh:

Apakah kebenaran yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang Yesus Kristus? Bagaimanakah pengetahuan tentang kebenaran ini memberkati anda?

Semasa anda membaca Mazmur minggu ini, teruskan membuat catatan tentang ayat-ayat lain yang mengajar anda tentang Juruselamat. Anda juga boleh membaca atau mendengar lagu rohani kegemaran anda yang membantu anda untuk mengingati tentang Dia.

Mazmur 119

Firman Tuhan akan membantu saya kekal pada jalan-Nya.

Mazmur ini mengandungi banyak frasa yang membandingkan kehidupan kita kepada perjalanan kembali ke Bapa Syurgawi. Semasa anda membaca, cari perkataan seperti berjalan, jalan, cara, kaki, dan menyimpang. Renungkan perjalanan hidup anda sendiri—di mana anda pernah berada, di mana anda berada sekarang, dan ke mana arah anda sedang menuju. Apakah yang anda pelajari dari mazmur ini tentang perjalanan anda pulang ke rumah? Menurut mazmur, apakah yang Tuhan telah sediakan untuk membantu anda kekal pada jalan yang benar?

Anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa dalam bahasa Ibrani asli, lapan ayat pertama dalam Mazmur 119 bermula dengan huruf pertama dalam abjad Ibrani. Lapan ayat berikutnya bermula dengan huruf berikutnya, dan seterusnya hingga akhir abjad.

Lihat juga Yesaya 42:16; 2 Nefi 31:17–21; Alma 7:19–20.

Mazmur 134–36

Tuhan lebih berkuasa dari sebarang patung pujaan.

Perhatikan sebab-sebab yang dinyatakan dalam Mazmur 135:15–18 tentang mengapa ia adalah bodoh untuk percaya tuhan-tuhan palsu. Apakah yang anda mungkin tergoda untuk percaya dengan benda berhala yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini?

Anda boleh membuat senarai hal-hal hebat yang Tuhan dapat lakukan, seperti yang digambarkan dalam Mazmur 134–36. Apakah hal-hal berkuasa yang Dia telah lakukan untuk anda?

Mazmur 146–50

“Pujilah Tuhan.”

Semasa anda membaca mazmur pujian terakhir ini, fikirkan sebab-sebab anda harus memuji Tuhan. Mengapakah ia penting untuk memuji-Nya? Apakah cara anda dapat memuji-Nya?

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Mazmur 119:105.Mungkin keluarga anda dapat membuat jalan dan berjalan di dalam kegelapan, menggunakan cahaya untuk menerangi jalan di hadapan. Semasa anda berjalan, anda boleh menanya soalan seperti “Dalam hidup kita apakah yang seperti kegelapan ini?” atau “Bagaimanakah firman Tuhan itu seperti cahaya?” Menyanyikan lagu mengenai cahaya Tuhan, seperti “Ajar ‘Ku Jalan Dalam KasihNya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 70), dapat membantu anda mengukuhkan asas yang diajar dalam Mazmur 119:105.

Mazmur 127–28.Apakah maksudnya untuk Tuhan membantu kita “mendirikan rumah [kita]”? (Mazmur 127:1). Bagaimana kita dapat dengan lebih baik melibatkan Tuhan dalam usaha kita untuk mendirikan rumah yang soleh? Untuk membantu keluarga anda menjawab soalan ini, anda boleh melukis sebuah rumah di atas sehelai kertas dan mengguntingnya menjadi kepingan teka-teki. Di bahagian belakang setiap bahagian, ahli keluarga boleh menulis atau melukis cara menjadikan Tuhan sebahagian rumah anda. Kemudian anda dapat mencantumkan teka-teki itu. Apakah lagi yang kita temui dalam mazmur yang mengilhami kita untuk berjalan di jalan Tuhan?

Mazmur 139.Selepas membaca ayat 1–4, ahli keluarga dapat bincangkan bagaimana mereka tahu bahawa Tuhan mengenali mereka secara peribadi (lihat juga ayat 14–15, 23–24).

Mazmur 146–50.Anda boleh menjemput keluarga anda membaca beberapa ayat Mazmur 146–50 dengan lantang, cuba sampaikan perasaan penulis. Bagaimanakah kita dapat menyatakan pujian kita kepada Tuhan? Ahli keluarga boleh menulis mazmur pujian mereka sendiri dan berkongsi dengan satu sama lain.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Buku Nyanyian Anak-anak, 70.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan rakaman audio Semasa anda mengajar keluarga anda, pertimbangkan untuk mendengarkan versi audio dari tulisan suci, yang terdapat di ChurchofJesusChrist.org atau dalam aplikasi Gospel Library. Mendengar mazmur boleh menjadi sangat berkuasa kerana ia bertujuan untuk dibacakan dengan lantang.

jalan di hutan

“Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu, kerana perintah-Mu menggembirakan aku.” (Mazmur 119:35).