Perjanjian Lama 2022
29 Ogos–4 September. Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12: “Untuk Memperoleh Pengetahuan, Pertamanya Kamu Mesti Hormat dan Takut kepada Tuhan”


“29 Ogos–4 September. Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12: “Untuk Memperoleh Pengetahuan, Pertamanya Kamu Mesti Hormat dan Takut kepada Tuhan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“29 Ogos–4 September. Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2022

seorang lelaki sedang mengkaji tulisan suci

29 Ogos–4 September

Amsal 1–4; 15–16; 22; 31; Pengkhutbah 1–3; 11–12

“Untuk Memperoleh Pengetahuan, Pertamanya Kamu Mesti Hormat dan Takut kepada Tuhan”

Pertimbangkan bagaimana cara anda mengkaji Amsal dan Pengkhutbah boleh membantu anda “dengarlah apa yang bijaksana dan cubalah memahaminya” (Amsal 2:2).

Catat Tanggapan Anda

Dalam bab pertama kitab Amsal, kita melihat firman ini: “Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu.” (Amsal 1:8). Amsal boleh dilihat sebagai koleksi perumpamaan bijaksana daripada ibu bapa yang penyayang, yang pesanan utama mereka adalah bahawa berkat kedamaian dan kemakmuran datang kepada mereka yang mencari kebijaksanaan—terutamanya jenis kebijaksanaan yang Tuhan persembahankan. Namun, Amsal disusuli dengan kitab Pengkhutbah, yang seolah-olah mengatakan bahawa, “Ia tidak semudah itu”. Penulis yang dipetik dalam Pengkhutbah memerhatikan bahawa “bertekad untuk mengetahui perbezaan antara pengetahuan dan kebodohan” tetapi masih mendapati ia “seperti mengejar angin sahaja” serta “banyak penderitaan” (Pengkhutbah 1:17–18). Melalui pelbagai cara, kitab itu bertanya, “Adakah terdapat makna yang nyata di dunia yang semuanya kelihatan sia-sia, sementara dan tidak pasti?”

Namun, sementara kedua-dua kitab ini melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza, kitab-kitab ini mengajar kebenaran yang serupa. Pengkhutbah mengatakan: “Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Tuhan, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan” (Pengkhutbah 12:13). Ini ialah asas yang sama, yang boleh didapati dalam Amsal: “Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu. … Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya: taatlah kepada Tuhan” (Amsal 3:5,7). Tanpa mengira pegangan hidup, walaupun kelihatannya mengelirukan dan rambang, ia selalunya lebih baik apabila kita mempercayai Tuhan Yesus Kristus.

Untuk gambaran keseluruhan kitab-kitab ini, lihat “kitab Amsal” dan “Pengkhutbah” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Amsal 1–4; 15–16

“Dengarlah apa yang bijaksana dan cubalah memahaminya.”

Kitab Amsal mengandungi pelbagai pandangan tentang kebijaksanaan. Pertimbangkan untuk menandai perkataan “kebijaksanaan” dan perkataan yang berkaitan, seperti “pengetahuan” dan “pemahaman”, sambil anda melihat perkataan ini dalam bab 1–4 dan 15–16. Bagaimanakah bab-bab ini mempengaruhi fikiran anda tentang kebijaksanaan? Berdasarkan perkara yang anda dapati, bagaimanakah anda menjelaskan kebijaksanaan yang “Tuhan berikan”? (Amsal 2:6). Pertimbangkan cara anda meminta bantuan Tuhan agar menjadi “yang bijak terpuji kerana pengertiannya” (Amsal 16:21). Apakah berkat-berkat yang diperoleh daripada kebijaksanaan Tuhan?

Lihat juga Amsal 8–9; Matius 7:24–27; 25:1–13.

Amsal 1:7; 2:5; 16:6; 31:30; Pengkhutbah 12:13

Apakah itu “ketakutan pada Tuhan”?

Elder David A. Bednar menjelaskan: “Tidak seperti ketakutan duniawi yang mencipta cemas dan risau, ketakutan kepada Tuhan adalah satu sumber kedamaian, keselamatan, dan keyakinan. … [Ketakutan ini] berisi perasaan takzim, hormat, dan kagum yang mendalam untuk Tuhan Yesus Kristus, kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya dan penuh harapan akan Penghakiman Akhir dan keadilan pada tangan-Nya. … Ketakutan pada Tuhan adalah mengasihi dan mempercayai Dia” (“Oleh Kerana Itu Mereka Mendiamkan Rasa Takut Mereka”, Liahona, Mei 2015, 48–49).

Lihat juga Amsal 8:13.

Amsal 4

“Buatlah rancanganmu dengan teliti.”

Amsal 4 menjelaskan kebijaksanaan dan kesolehan sebagai “jalan” atau “cara” (lihat juga Amsal 3:5–6). Sambil anda membaca bab ini, anda mungkin menemui petikan yang membantu anda merenungkan “rancanganmu” (ayat 26) dan cara langkah anda membawa anda lebih dekat kepada Tuhan. Misalnya, apakah yang diajar dalam ayat 11–12 dan 18–19 tentang berkat mengikuti jalan yang betul? Apakah maksud ayat 26 dan 27 bagi anda?

Lihat juga 2 Nefi 31:18–21.

Amsal 15:1–2, 4, 18,28; 16:24–32

“Jawapan yang lembut meredakan kemarahan.”

Sesetengah amsal dalam bab 15 dan16 mungkin mengilhami anda untuk menambah baik cara anda berkomunikasi dengan orang lain, terutamanya orang yang dikasihi. Misalnya, fikirkan tentang masa tertentu apabila anda boleh menggunakan “jawapan yang lembut” dan bukannya “kata-kata yang pedas” (Amsal 15:1). Bagaimanakah nasihat dalam Amsal 16:24–32 membantu anda memikirkan tentang perkataan yang anda gunakan?

Pertimbangkan pandangan ini daripada Elder W. Craig Zwick: “Satu ‘jawapan lembut’ terdiri daripada jawapan yang munasabah—kata-kata yang berdisiplin daripada hati yang rendah diri. Ia tidak bererti bahawa kita tidak dapat bercakap dengan terus terang atau kita mengkompromikan kebenaran ajaran kita. Kata-kata yang teguh dalam informasi boleh menjadi lembut secara roh” (“What Are You Thinking?Liahona, Mei 2014, 42).

seorang wanita sedang memberi makan kepada burung camar

Who Can Find a Virtuous Woman? (Siapakah yang Dapat Mencari Wanita yang Cekap?)II, oleh Louise Parker

Amsal 31:10–31

“Seorang wanita yang menghormati Tuhan harus dipuji.”

Amsal 31:10–31 menjelaskan “wanita yang cekap” atau wanita yang memiliki kekuatan, keupayaan dan pengaruh rohani. Anda boleh cuba merumuskan dalam kata-kata anda sendiri perkara yang dinyatakan pada setiap ayat ini berkenaan dengannya. Apakah beberapa sifatnya yang anda boleh ikuti?

Pengkhutbah 1–3;12

Kehidupan fana adalah sementara.

Mengapakah ia adalah berharga untuk anda mengingati bahawa apa-apa di dunia ini, seperti yang ditegaskan dalam Pengkhutbah 1–2 “sia-sia dan tidak berguna” (atau sementara dan lazimnya tidak penting)? Apakah yang anda temui dalam bab 12 yang memberi nilai kepada kehidupan yang abadi?

Ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Amsal.Keluarga anda boleh berseronok menghasilkan “buku Amsal” anda sendiri—koleksi nasihat bijak daripada tulisan suci dan para nabi zaman akhir.

Amsal 1:7; 2:5; 16:6; Pengkhutbah 12:13–14.Untuk membantu ahli keluarga memahami Amsal 1:7; 2:5; 16:6; Pengkhutbah 12:13, gantikan perkataan takut dengan perkataan seperti ketakziman, kasih atau kepatuhan mungkin membantu (lihat juga Ibrani 12:28). Bagaimanakah ini mempengaruhi cara kita memikirkan tentang ayat-ayat ini? Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita takut pada Tuhan?

Amsal 3:5–7.Untuk membantu ahli keluarga membayangkan perkara yang diajar dalam ayat-ayat ini, anda boleh mengajak mereka untuk bersandar pada sesuatu yang kukuh dan stabil, seperti dinding. Kemudian, mereka boleh cuba bersandar pada sesuatu yang tidak kukuh, seperti penyapu. Mengapakah kita harus “jangan bergantung kepada pengertian [kita] sendiri”? Bagaimanakah kita boleh menunjukkan bahawa kita mempercayai Yesus Kristus dengan sepenuh hati kita?

Amsal 15:1–2, 18; 16:24, 32.Bagaimanakah kata-kata kita mempengaruhi roh di rumah kita? Mungkin ahli keluarga boleh berlatih memberi “jawapan yang lembut” daripada “kata-kata yang pedas” dan cuba menggunakan perkara yang mereka telah pelajari dalam interaksi mereka dengan satu sama lain. Lagu seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-anak, 83) mungkin berguna untuk mengukuhkan asas ini.

Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu yang dicadangkan: “Di Mana Kasih Berada”, Buku Nyanyian Anak-anak, 76.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Tulisan suci adalah untuk semua. Sesetengah petikan ayat suci merujuk pada lelaki sahaja atau wanita sahaja (seperti Amsal 3:13; 31:10). Dalam kebanyakan keadaan, walau bagaimanapun, asas dalam petikan-petikan ini adalah untuk semua.

Yesus membimbing dua ekor domba di hutan

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu” (Amsal 3:6). He Leadeth Me (Dia Membimbing Aku), oleh Yongsung Kim, havenlight.com