“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35: ‘Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
12–18 September
Yesaya 13–14; 24–30;35
“Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”
Presiden Bonnie H. Cordon mengajar, “Ayat suci menerangi minda, menyuburkan roh, menjawab soalan, meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan, dan bantu memusatkan hidup kita kepada-Nya” (“Percaya kepada Tuhan dan Jangan Bersandar,” Liahona, Mei 2017, 7).
Catat Tanggapan Anda
Salah satu perkara yang Tuhan minta para nabi lakukan adalah untuk memberi peringatan tentang akibat dosa. Bagi nabi Perjanjian Lama, ini sering kali bermaksud memberitahu para pemerintah kerajaan yang kuat bahawa mereka harus bertaubat atau dimusnahkan. Itu tugas yang bahaya, tetapi Yesaya tidak takut dan peringatannya kepada kerajaan pada zamannya—termasuk Israel, Yehuda dan negara-negara di sekitar—amat berani (lihat Yesaya 13–23).
Walau bagaimanapun, Yesaya juga memberi pesanan harapan. Walaupun kemusnahan yang dinubuat akhirnya menimpa kerajaan-kerajaan ini, Yesaya telah bernubuat peluang untuk pemulihan dan pembaharuan. Tuhan akan menjemput umat-Nya untuk kembali kepada-Nya. Dia akan membuatkan “pasir yang panas … menjadi kolam air, tanah yang gersang menjadi sumber air”. (Yesaya 35:7). Dia akan melaksanakan “pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban” (Yesaya 29:14), memulihkan kepada orang Israel berkat yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka. Baik Yesaya mahupun orang lain yang masih hidup pada masa itu hidup untuk melihat kerja yang menakjubkan ini. Tetapi kita sedang lihat perlaksanaan muktamad peristiwa itu pada hari ini. Sebenarnya, kita merupakan sebahagian daripada peristiwa itu!
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Yesaya 13:1–11, 19–22; 14:1–20
Kerajaan dan pemerintah mereka yang jahat akan mengalami kejatuhan.
Yesaya 13–14 digelar “perkhabaran” (pesanan nubuat tentang) Babel(Yesaya 13:1). Babel, sebuah kerajaan dengan pemerintah yang sangat berkuasa pada suatu ketika dahulu, kini dianggap sebagai sejarah purbakala. Jadi mengapakah pesanan kepada Babel penting bagi kita pada hari ini? Dalam kitab suci, Babel melambangkan keangkuhan, keduniawian serta dosa dan pada hari ini, kita dikelilingi dengan kesemua ini. Fikirkan tentang simbolisme ini apabila anda membaca Yesaya 13:1–11, 19–22; 14:1–20. Anda juga boleh mempertimbangkan soalan-soalan seperti ini:
-
Bagaimanakah peringatan Yesaya kepada Babel serupa dengan nubuat tentang dunia sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat? (lihat Yesaya 13:1–11; Ajaran dan Perjanjian 45:26–42).
-
Apakah persamaan yang anda lihat antara keangkuhan raja orang Babel dan keangkuhan Setan? (lihat Yesaya 14:4–20; Musa 4:1–4). Apakah peringatan yang anda dapat cari dalam ayat-ayat ini untuk diri anda sendiri?
-
Bagaimanakah Juruselamat membantu “mengakhiri kesakitan dan penderitaan [anda]”? (Yesaya 14:3).
Yesaya 24:21–23; 25:6–8; 26:19; 28:16
Tulisan Yesaya membimbing saya kepada Yesus Kristus.
Ajaran Yesaya sering merujuk pada misi Juruselamat, termasuk korban penebusan, Kebangkitan dan Kedatangan Kedua-Nya. Apakah aspek misi-Nya yang terlintas dalam fikiran anda apabila anda membaca ayat-ayat yang berikut: Yesaya 24:21–23; 25:6–8; 26:19; 28:16? Apakah petikan lain yang anda dapati yang mengingatkan anda tentang Juruselamat?
Lihat juga Yesaya 22:22–25.
Yesaya 24:1–12; 28:7–8; 29:7–10; 30:8–14
Kemurtadan bermaksud berpaling daripada Tuhan dan para nabi-Nya.
Untuk memberi peringatan tentang akibat berpaling daripada Tuhan dan menolak nabi-Nya, Yesaya telah menggunakan pelbagai metafora. Ini termasuk bumi yang tandus (Yesaya 24:1–12), terhuyung-hayang (Yesaya 28:7–8), kelaparan dan kehausan (Yesaya 29:7–10), dan dinding atau bejana yang hancur (Yesaya 30:8–14). Berdasarkan perkara yang anda baca dalam ayat-ayat ini, mengapakah ia penting untuk mematuhi perjanjian kita? Pertimbangkan perkara yang anda lakukan untuk kekal setia kepada Tuhan dan para hamba-Nya.
Lihat juga M.Russell Ballard, “Tinggal di Perahu dan Berpegang!” Liahona, Nov. 2014, 89–92; Panduan Tulisan Suci, “Kemurtadan”.
Tuhan boleh memulihkan benda yang hilang atau rosak.
Apabila orang ramai atau masyarakat berpaling daripada Tuhan, Setan mahu kita memikirkan bahawa akibatnya tidak boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, Yesaya menggambarkan beberapa perkara menakjubkan yang Tuhan akan lakukan apabila orang ramai bertaubat dan berpaling kepada-Nya. Apakah yang anda pelajari daripada Yesaya 29:13–24; 30:18–26;35 tentang Tuhan, kasih-Nya dan kuasa-Nya?
Salah satu cara Tuhan telah menyatakan kuasa-Nya di zaman kita adalah melalui Pemulihan injil-Nya. Yesaya 29 mengandungi beberapa petikan yang selari dengan peristiwa Pemulihan itu. Sebagai contohnya:
-
Bandingkan Yesaya 29:11–12 dengan 2 Nefi 27:6–26 dan Joseph Smith—Sejarah 1:63–65.
-
Bandingkan Yesaya 29:13–14 dengan Ajaran dan Perjanjian 4 dan Joseph Smith—Sejarah 1:17–19.
-
Bandingkan Yesaya 29:18–24 dengan halaman tajuk Kitab Mormon.
Apakah pandangan atau tanggapan anda tentang Pemulihan injil apabila anda membaca petikan ini?
Lihat juga “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Yesaya 25:4–9.Adakah keluarga anda pernah mendapat berkat tempat perlindungan yang selamat semasa ribut atau tempat berteduh pada hari yang panas semasa musim panas? (lihat ayat 4). Bincangkan tentang perkara ini apabila anda membaca ayat-ayat ini dan gambaran lain tentang Tuhan, yang boleh didapati dalam Yesaya 25:4–9. Bagaimanakah Tuhan menyukai perkara-perkara ini?
-
Yesaya 25:8–9; 26:19.Dengan menunjukkan gambar Juruselamat di Getsemani, di atas salib dan selepas Kebangkitan, anda boleh membantu keluarga anda melihat hubungan antara ayat-ayat ini dan Yesus Kristus (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57, 58,59). Jemput keluarga anda berkongsi sebab mereka “gembira kerana dia telah menyelamatkan kita” (Yesaya 25:9).
-
Yesaya 29:11–18.Ayat-ayat ini boleh membantu keluarga anda membincangkan “pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban” (ayat 14) Pemulihan injil dan kemunculan Kitab Mormon. Mengapakah perkara-perkara ini menakjubkan dan mengagumkan bagi kita? Jemput ahli keluarga untuk mencari objek di rumah anda yang mewakili berkat Pemulihan yang menakjubkan.
-
Yesaya 35.Keluarga anda boleh berseronok melukis gambar dalam bab ini yang membantu kita memahami cara Yesus Kristus membangunkan Sion pada zaman kita. Apakah yang kita pelajari daripada gambar-gambar ini? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu membina Sion?
Untuk mendapatkan idea lanjut untuk mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu yang dicadangkan: “Pada Musim Semi”, Buku Nyanyian Anak-anak, 57.