“19–25 September. Yesaya 40–49: ‘Hiburkanlah Umat-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“19–25 September. Yesaya 40–49,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
19–25 September
Yesaya 40–49
“Hiburkanlah Umat-Ku”
Yesaya sering menggunakan bahasa simbolik. Perhatikan fikiran dan perasaan yang dilambangkan oleh lambang ini ke dalam minda dan hati anda. Ini boleh membantu anda lebih memahami perkara yang diajarnya.
Catat Tanggapan Anda
“Hiburkan” ialah perkataan yang pertama dalam Yesaya bab 40. Ini menandakan permulaan nada yang berbeza, penekanan yang berbeza dalam pesanan nabi. Tulisan Yesaya terdahulu memberi peringatan kepada orang Israel dan Yehuda tentang kehancuran dan penawanan yang akan datang disebabkan dosa mereka, nubuat-nubuat yang kemudiannya ini bertujuan menghiburkan orang Yahudi lebih daripada 150 tahun pada masa akan datang—setelah Yerusalem dihancurkan, bait suci ditahbiskan dan rakyat ditawan oleh Babilon. Walau bagaimanapun, nubuat-nubuat ini menjangkau lebih jauh ke masa akan datang daripada orang Israel yang telah kalah dan kecewa. Mereka bercakap dengan kita, yang kadang-kadang turut berasa kalah, kecewa dan bahkan sesat.
Pesanan Yesaya kepada mereka dan kita mudah sahaja: “Janganlah takut” (Yesaya 43:1). Semuanya tidak akan sesat. Tuhan belum melupakan anda, dan Dia mempunyai kuasa ke atas situasi yang kelihatan di luar kawalan anda. Bukankah Tuhan “yang menciptakan … langit, dan … Dia yang membentuk bumi, dan … Dia yang memberikan nyawa dan nafas kepada manusia”? (Yesaya 42:5). Bukankah Dia yang lebih berkuasa daripada Babilon, daripada dosa, daripada apa pun yang menawan anda? “Kembalilah kepada-Ku”, Dia meminta, “kerana Akulah yang menyelamatkan kamu” (Yesaya 44:22). Dia boleh menyembuhkan, memulihkan, menguatkan, mengampunkan dan menghiburkan—apa sahaja yang diperlukan untuk anda, dalam situasi anda, untuk ditebus.
Untuk pelajari tentang cara Nefi dan Yakub mengibaratkan Yesaya 48–49 kepada bangsa mereka, lihat 1 Nefi 22 dan 2 Nefi 6.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Yesus Kristus boleh menghiburkan saya dan memberi saya harapan.
Orang Israel pasti berasa kecewa, bahkan binasa apabila mendapati mereka menjadi orang tawanan di Babilon. Ramai yang mungkin tertanya-tanya sama ada mereka telah kehilangan tempat sebagai umat perjanjian terpilih Tuhan buat selamanya. Apabila anda membaca Yesaya 40–49, cari petikan yang mungkin telah memberi hiburan dan harapan. Bagi setiap petikan yang anda temui, renungkan dan catat perkara yang Tuhan mungkin sedang katakan kepada anda dalam ayat-ayat ini. Berikut ialah beberapa ayat yang anda boleh mulakan:
Bagaimanakah anda boleh berkongsi pesanan ini dengan seseorang yang memerlukan galakan atau harapan? (lihat Yesaya 40:1–2).
Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Kecerahan Harapan yang Sempurna”, Ensign atau Liahona, Mei 2020, 81–84.
Yesaya 40:3–8, 15–23; 42:15–16; 47:7–11
Kuasa Tuhan lebih besar daripada kuasa duniawi.
Yesaya berulang kali memberi peringatan kepada umatnya akan kuasa Tuhan yang tiada bandingannya, bahkan dibandingkan dengan kuasa duniawi yang menindas, yang mengelilingi mereka. Cari pesanan ini apabila anda membaca Yesaya 40:3–8, 15–23; 42:15–16; dan 47:7–11 (beri perhatian bahawa bab 47 ditujukan kepada penawan orang Israel, Babilon). Apakah yang petikan-petikan ini ajarkan anda tentang hal-hal duniawi? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda mengenai Tuhan? Renungkan mengapa pesanan ini berharga bagi orang Yahudi semasa dalam penawanan. Mengapakah pesanan ini bernilai bagi anda?
Lihat juga “Tinggal Denganku!” Nyanyian Rohani, no.69.
Yesaya 41:8–13; 42:1–7; 43:9–12; 44:21–28; 45:1–4; 48:10; 49:1–9
“Engkau adalah hamba-Ku.”
Dalam Yesaya 40–49 Tuhan berucap tentang “hamba” Dia dan “saksi” Dia. Dalam sesetengah petikan, perkataan-perkataan ini seolah-olah merujuk kepada Yesus Kristus (lihat Yesaya 42:1–7), yang lainnya merujuk kepada bani Israel (lihat Yesaya 45:4) dan ada juga yang merujuk kepada Raja Kores, yang telah membenarkan orang Yahudi kembali ke Yerusalem dan membina bait suci (lihat 44:26–45:4). Dalam setiap situasi, walau bagaimanapun, anda juga boleh mempertimbangkan cara petikan ini bersesuaian untuk anda sebagai hamba dan saksi Tuhan. Contohnya, renungkan soalan seperti berikut:
Yesaya 41:8–13; 42:6; 44:21. Apakah yang Tuhan telah panggil anda lakukan? Pertimbangkan panggilan Gereja rasmi dan juga tanggungjawab lain perjanjian untuk melayani-Nya. Bagaimanakah Dia menyokong anda dan “menugaskan engkau” (Yesaya 42:6) apabila anda melayani? Bagaimanakah Dia “menguji” anda untuk menjadi hamba-Nya? (lihat juga Yesaya 48:10).
Yesaya 43:9–12. Bagaimanakah anda menjadi saksi kepada Yesus Kristus? Apakah pengalaman dalam hidup anda yang telah menunjukkan kepada anda bahawa Dia ialah Juruselamat?
Yesaya 49:1–9. Apakah pesanan yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang boleh membantu apabila usaha dan pelayanan anda seolah-olah “telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa”? (ayat 4).
Lihat juga Mosia 18:9.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Yesaya 40:3–4.Untuk meneroka maksud “mempersiapkan … jalan Tuhan”, keluarga anda boleh meluruskan sesuatu yang bengkok, membersihkan lantai yang berselerak atau mewujudkan jalan yang jelas di atas tanah yang berbatu-bata. Anda juga boleh menunjukkan gambar Yohanes Pembaptis dan Joseph Smith (lihat Buku Seni Injil, no. 35, 87). Bagaimanakah mereka mempersiapkan jalan untuk kedatangan Tuhan? (lihat Lukas 3:2–18; Ajaran dan Perjanjian 135:3). Bagaimanakah kita membantu mempersiapkan jalan untuk-Nya? (contohnya, lihat Ajaran dan Perjanjian 33:10).
-
Yesaya 40:28; 43:14–15; 44:6.Apakah nama atau gelaran Yesus Kristus yang kita peroleh dalam ayat-ayat ini? Apakah yang setiap nama ini ajarkan kita mengenai Dia?
-
Yesaya 41:10; 43:2–5; 46:4.Ayat-ayat ini digambarkan dalam lagu rohani “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no.28). Keluarga anda mungkin berseronok menyanyikan lagu rohani bersama-sama dan mencari frasa di dalam lagu-lagu ini yang serupa dengan frasa dalam ayat-ayat ini. Apakah yang frasa-frasa ini ajarkan anda tentang Yesus Kristus?
-
Yesaya 44:3–4; 45:8.Setelah membaca ayat-ayat ini, keluarga anda boleh menyiram pokok sambil anda menceritakan tentang berkat-berkat yang Tuhan telah curahkan kepada mereka. Apakah yang berlaku apabila kita menyiram pokok itu? Apakah yang Tuhan harapkan daripada kita apabila Dia memberkati kita?
-
Yesaya 48:17–18.Pertimbangkan untuk menunjukkan gambar atau video sungai dan ombak laut. Bagaimanakah kedamaian boleh diibaratkan sebagai sungai? Bagaimanakah kesolehan boleh diibaratkan sebagai ombak?
Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu yang dicadangkan: “Teguhlah Landasan”, Nyanyian Rohani, no.28.