Perjanjian Lama 2022
26 September–2 Oktober. Yesaya 50–57: “Penderitaan Kitalah yang Ditanggung-Nya, Penyakit Kitalah yang Diderita-Nya”


“26 September–2 Oktober. Yesaya 50–57: ‘Penderitaan Kitalah yang Ditanggung-Nya, Penyakit Kitalah yang Diderita-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“26 September–2 Oktober. Yesaya 50–57,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Kristus memakai mahkota duri dan dipersenda-sendakan oleh tentera

The Mocking of Christ (Persendaan Kristus), oleh Carl Heinrich Bloch

26 September–2 Oktober

Yesaya 50–57

“Penderitaan Kitalah yang Ditanggung-Nya, Penyakit Kitalah yang Diderita-Nya”

Renungkan pandangan dari Yesaya 50–57 yang membantu anda lebih mendekati Juruselamat. Catat tanggapan yang anda terima.

Catat Tanggapan Anda

Sepanjang pelayanan, Yesaya berucap tentang pembebas amat berkuasa (lihat, misalnya, Yesaya 9:3–7). Nubuat-nubuat ini akan menjadi sangat berharga bagi orang Israel berabad-abad kemudiannya semasa mereka ditawan di Babel. Seseorang yang boleh meruntuhkan tembok Babel akan menjadi penakluk yang berkuasa. Namun, itu bukan jenis Mesias yang dijelaskan dalam bab 52–53: “Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia.… Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Tuhan baginya” (Yesaya 53:3–4). Dengan menghantar pembebas yang tidak dijangka, Tuhan telah mengajar kita tentang pembebasan yang sebenar. Untuk menyelamatkan kita daripada penindasan dan kesengsaraan, Tuhan telah mengutus Seseorang yang diri-Nya “diperlakukan dengan kasar”. Sesetengah orang telah menjangkakan singa, Dia telah menghantar anak domba (lihat Yesaya 53:7). Sudah pasti, jalan Tuhan bukan seperti jalan kita (lihat Yesaya 55:8–9). Yesus Kristus membebaskan kita bukan hanya dengan membuka penjara tetapi dengan mengambil tempat kita di sana. Dia melepaskan kita daripada belenggu penderitaan dan kesakitan dengan menanggung penderitaan dan kesakitan itu Sendiri (lihat Yesaya 53:4–5, 12). Dia tidak menyelamatkan kita dari jauh. Dia menanggung penderitaan bersama kita, melalui tindakan “mengasihi kamu selama-lamanya” dan “tidak akan berhenti mengasihi kamu” (Yesaya 54:8, 10).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yesaya 50–52

Masa depan adalah cerah bagi umat Tuhan.

Walaupun orang Israel menghabiskan bertahun-tahun dalam penawanan—dan walaupun penawanan itu merupakan hasil daripada pilihan mereka sendiri yang buruk—Tuhan mahu mereka melihat ke masa hadapan dengan penuh harapan. Apakah pesanan penuh harapan yang anda peroleh dalam Yesaya 50–52? Apakah yang Tuhan ajar kepada kita tentang diri-Nya dalam bab-bab ini dan mengapakah hal ini memberi anda harapan? (lihat, misalnya, Yesaya 50:2, 5–9; 51:3–8, 15–16; 52:3, 9–10).

Anda juga boleh menyenaraikan semua dalam bab 51–52 yang Tuhan menjemput orang Israel lakukan agar masa depan penuh harapan ini menjadi kenyataan. Apakah yang anda rasakan Tuhan menjemput anda untuk lakukan melalui firman-firman ini? Sebagai contoh, pada pendapat anda, apakah maksudnya “bangkitlah” dan “gunakanlah kuasa”? (Yesaya 51:9; lihat juga Yesaya 52:1; Ajaran dan Perjanjian 113:7–10). Mengapakah pada pendapat anda, jemputan untuk “dengar” (atau “dengarkan dengan niat untuk taati”) begitu kerap diulangi? (Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia”, Liahona, Mei 2020, 89).

Lihat juga Mosia 12:20–24; 15:13–18; 3 Nefi 20:29–46.

arca Kristus memegang palang salib

Because of Love (Kerana Kasih), oleh pengarca Angela Johnson

Yesaya 53

Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya semua dosa dan kesakitan saya.

Beberapa bab dalam kitab suci menggambarkan misi penebusan Yesus Kristus secara lebih indah berbanding dengan Yesaya 53. Luangkan masa untuk merenungkan firman-firman ini. Pada setiap ayat, berhenti sebentar untuk merenungkan perkara yang dialami oleh Juruselamat—“penderitaan”, “kesakitan” dan “pelanggaran” yang ditanggung-Nya—untuk semua orang dan terutamanya untuk anda. Anda boleh menggantikan perkataan seperti “kami” dengan “saya” apabila anda membaca. Apakah perasaan atau pemikiran yang ayat-ayat ini mengilhami anda? Pertimbangkan untuk mencatat perasaan dan pemikiran ini.

Anda mungkin mahu menyemak Mosia 14; 15:1–13 untuk melihat cara nabi Abinadi menggunakan firman Yesaya untuk mengajar tentang Juruselamat.

Yesaya 54; 57:15–19

Yesus Kristus menjemput saya untuk datang kepada-Nya.

Kita semua ada masanya merasa jauh daripada Tuhan kerana dosa atau kelemahan kita. Bahkan ada yang telah berputus asa yang Dia akan mengampuni mereka. Yesaya 54 dan 57 merupakan bab-bab yang hebat untuk dibaca tentang kepastian semula dan galakan sepanjang waktu-waktu seperti itu. Terutamanya dalam Yesaya 54:4–10; 57:15–19, apakah yang anda pelajari tentang belas kasihan Juruselamat dan perasaan-Nya terhadap anda? Apakah perbezaan dalam hidup anda untuk mengetahui perkara-perkara ini tentang-Nya?

Bagaimanakah berkat yang digambarkan dalam Yesaya 54:11–17 bersesuaian untuk anda?

Yesaya 55–56

Tuhan menjemput semua orang untuk “berpegang teguh pada perjanjian-Ku”.

Generasi demi generasi, orang Israel telah dikenal pasti sebagai umat perjanjian Tuhan. Namun, rancangan Tuhan sentiasa termasuk lebih daripada sebuah negara, kerana “setiap orang yang haus” dijemput untuk “minumlah air yang tersedia” (Yesaya 55:1). Ingat hal ini apabila anda membaca Yesaya 55 dan 56 serta renungkan maksud untuk menjadi umat Tuhan. Apakah pesanan Tuhan kepada mereka yang merasa “bukan sebahagian” daripada-Nya? (Yesaya 56:3). Pertimbangkan untuk menandakan ayat-ayat yang menjelaskan tingkah laku dan tindakan mereka yang “berpegang teguh pada perjanjian-Ku” (lihat Yesaya 56:4–7).

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Yesaya 51–52.Apabila anda membincangkan jemputan Tuhan dalam bab-bab ini, anda boleh menjemput ahli keluarga untuk melakonkan jemputan itu. Misalnya, bagaimanakah rasanya untuk “pandanglah langit dan lihatlah bumi”, “bangunlah dan bangkitlah” atau “kebaskanlah debu yang melekat padamu”? (Yesaya 51:6, 17; 52:2). Apakah yang frasa-frasa ini ajarkan kita tentang mengikuti Yesus Kristus?

Yesaya 52:9.Setelah membaca ayat ini, keluarga anda boleh berseronok dengan “bernyanyi bersama” sebuah lagu rohani atau lagu kanak-kanak. Apakah janji dalam Yesaya 52 yang mendorong kita untuk “Bersorak-soraklah”?

Yesaya 52:11; 55:7.Ayat-ayat ini boleh mendorong perbincangan tentang maksud frasa “Sucikanlah diri kamu”. Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, anda boleh menyemak topik dalam Untuk Kekuatan Remaja (buku, 2011) atau membaca tulisan suci tentang berkat apabila menjadi suci secara rohani (lihat 3 Nefi 12:8; Ajaran dan Perjanjian 121:45–46).

Yesaya 53.Untuk memperkenalkan gambaran Yesaya mengenai Juruselamat, keluarga anda boleh membincangkan cara cerita, filem dan media lain sering menggambarkan wira yang menyelamatkan orang. Anda boleh membandingkan penggambaran itu dengan gambaran Juruselamat yang anda baca dalam Yesaya 53. Anda boleh membincangkan tentang cara nubuat-nubuat dalam Yesaya 53 telah digenapi. Apakah penderitaan dan kesakitan yang ditanggung oleh Juruselamat untuk kita?

Yesaya 55:8–9.Bagaimanakah keadaan kelihatan berbeza apabila anda berada tinggi di atas permukaan tanah? Apakah maksudnya bagi anda bahawa jalan dan fikiran Tuhan adalah lebih tinggi daripada kita?

Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu yang dicadangkan: “Ku Berdiri Kagum”, Nyanyian Rohani, no.82.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Gunakan muzik. Lagu rohani mengajar asas injil secara berkesan. Pertimbangkan untuk mendengar atau membaca lagu rohani sakramen demi membantu anda memahami kebenaran tentang Korban Tebusan yang diajar oleh Yesus Kristus dalam Yesaya 53. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 22.)

potret Kristus

His Light (Cahaya-Nya), oleh Michael T. Malm