“3–9 Oktober. Yesaya 58–66: ‘[Penebus] Akan Datang ke [Sion],’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“3–9 Oktober. Yesaya 58–66,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
3–9 Oktober
Yesaya 58–66
“[Penebus] Akan Datang ke [Sion]”
Apabila anda mengkaji Yesaya 58–66, pertimbangkan cara firman Yesaya membawa kegembiraan dan harapan untuk masa depan.
Catat Tanggapan Anda
Pada awal pelayanan-Nya di bumi, Yesus Kristus mengunjungi sebuah saumaah di Nasaret, kampung di mana Dia dibesarkan. Di situ Dia telah berdiri untuk membaca daripada kitab suci, membuka kitab Yesaya dan membaca tulisan suci yang kita kenali sekarang sebagai Yesaya 61:1–2. Dia kemudiannya mengumumkan, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya.” Ini merupakan salah satu daripada pengumuman Juruselamat yang paling jelas dan mudah bahawa Dialah Yang Terpilih, yang akan “[menyembuhkan yang patah hati]” dan “mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan” (lihat Lukas 4:16–21). Tulisan suci ini memang digenapi pada hari itu. Selain itu, seperti banyak nubuat Yesaya yang lain, tulisan ini terus digenapi pada zaman kita. Juruselamat terus menyembuhkan semua yang patah hati, yang kembali kepada-Nya. Masih banyak lagi tawanan yang pembebasan mereka mesti dikhutbahkan. Di samping itu, terdapat masa depan gemilang untuk dibuat persediaan—masa apabila Tuhan akan “mencipta langit yang baru dan bumi yang baru” (Yesaya 65:17) dan “menyelamatkan umat-Nya, dan semua bangsa akan memuji Dia” (Yesaya 61:11). Apabila membaca Yesaya, kita menyedari akan perkara yang Tuhan telah lakukan, perkara yang Dia sedang lakukan dan perkara yang Dia akan lakukan untuk umat-Nya.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Berpuasa mendatangkan berkat.
Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa bagi ramai orang Israel purba, berpuasa lebih merupakan beban daripada berkat. Ramai daripada kita kadang-kadang mempunyai tanggapan yang serupa. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang maksud dan tujuan anda berpuasa, baca Yesaya 58:3–12 untuk mengetahui jawapan Tuhan kepada soalan “Mengapakah kita berpuasa?” Dalam pengalaman anda, bagaimanakah berpuasa boleh “tanggalkan belenggu penindasan” dan “bebaskan orang yang tertindas”? (Yesaya 58:6). Bagaimanakah berpuasa membawa berkat kepada anda seperti yang digambarkan dalam Yesaya 58:8–12? Bagaimanakah Yesaya 58:3–12 mempengaruhi cara anda berfikir tentang berpuasa?
Dalam pesanannya “Bukankah Ini Sumbangan Puasa yang Sudah Saya Pilih?” (Liahona, Mei 2015, 22–25), Presiden Henry B. Eyring telah berkongsi beberapa contoh mengenai cara orang ramai yang telah diberkati melalui berpuasa dan sumbangan puasa. Bagaimanakah anda telah melihat berkat yang serupa dalam kehidupan anda?
Yesaya 59:9–21; 61:1–3; 63:1–9
Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus saya.
Dalam Yesaya 58–66 anda akan menemukan pelbagai rujukan berkenaan dengan misi penebusan Yesus Kristus. Berikut ialah beberapa contoh, berserta dengan beberapa soalan untuk membantu anda merenungkan perkara ini.
-
Yesaya 59:9–21. Bagaimanakah anda akan merumuskan keadaan rohani orang ramai yang digambarkan dalam ayat 9–15? Apakah yang mengagumi anda mengenai gambaran “orang yang tertindas” dalam ayat 16–21 dan perjanjian yang Dia buat dengan mereka yang berpaling kepada-Nya?
-
Yesaya 61:1–3. Bagaimanakah Yesus Kristus telah memberkati anda melalui cara yang digambarkan dalam ayat-ayat ini? Apakah “khabar baik” yang Dia telah bawa kepada anda? Bagaimanakah Dia telah memberi anda kesukaan serta kegembiraan, sebagai pengganti kepada kedukaan?
-
Yesaya 63:7–9. Apakah “rahmat dan kasih Tuhan” yang anda boleh sebutkan? Apakah yang diilhami oleh ayat-ayat ini mengenai perasaan untuk Juruselamat di dalam hati anda?
Apakah rujukan lain kepada Juruselamat yang anda peroleh dalam Yesaya 58–66?
Lihat juga Mosia 3:7; Ajaran dan Perjanjian 133:46–53.
“Tuhan akan menjadi penerang abadi bagimu.”
Yesaya 60 dan 62 berucap tentang terang dan kegelapan, mata dan penglihatan, untuk mengajar tentang cara injil Yesus Kristus akan memberkati dunia pada hari-hari terakhir. Cari konsep ini terutamanya dalam Yesaya 60:1–5, 19–20; 62:1–2. Apabila anda membaca bab-bab ini, renungkan cara Tuhan mengumpulkan anak-anaknya daripada kegelapan ke arah cahaya-Nya. Apakah peranan anda dalam kerja ini?
Lihat juga 1 Nefi 22:3–12; 3 Nefi 18:24; Ajaran dan Perjanjian 14:9; Bonnie H. Cordon, “Agar Mereka Boleh Melihat”, Liahona, Mei 2020, 78–80.
Kristus akan memerintah di bumi sepanjang Zaman Seribu Tahun.
Yesaya berucap tentang hari apabila “penderitaan pada masa yang lalu telah dilupakan” (Yesaya 65:16). Walaupun terdapat beberapa penggenapan untuk nubuat ini, dalam pengertian yang sepenuhnya, hari itu masih belum tiba—apabila Yesus Kristus akan kembali ke bumi dan mewujudkan era kedamaian serta kebenaran yang disebut Zaman Seribu Tahun. Yesaya telah menjelaskan hari akan datang ini dalam Yesaya 64:1–5; 65:17–25; 66. Perhatikan berapa kerapkah dia menggunakan perkataan seperti “bersukacita” dan “bergembira”. Renungkan sebab pengembalian Juruselamat akan menjadi hari yang menggembirakan bagi anda. Apakah yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia untuk kedatangan-Nya?
Lihat juga Fasal-fasal Kepercayaan 1:10.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Yesaya 58:3–11.Ahli keluarga mungkin boleh lebih memahami pesanan Yesaya tentang berpuasa jika mereka melakonkan tingkah laku berpuasa yang digambarkan dalam Yesaya 58:3–5 dan tingkah laku berpuasa yang digambarkan dalam Yesaya 58:6–8. Bagaimanakah kita boleh menjadikan tingkah laku berpuasa kita lebih seperti “puasa yang telah dipilih oleh [Tuhan]”? Apakah berkat yang anda telah lihat daripada berpuasa?
-
Yesaya 58:13–14.Apakah perbezaan antara “tidak bekerja” dan mencari “berbahagia … mengabdi kepada-Ku” pada hari Sabat? Bagaimanakah kita boleh menjadikan hari Sabat suatu “kebahagiaan”?
-
Yesaya 60:1–5.Sambil anda membaca Yesaya 60:1–3, ahli keluarga boleh memasang lampu apabila membaca ayat yang menjelaskan tentang cahaya dan memadamkan lampu apabila membaca ayat yang menjelaskan tentang kegelapan. Bagaimanakah injil Yesus Kristus bagaikan cahaya kepada kita? Apakah yang telah diramalkan akan berlaku oleh Yesaya apabila umat Tuhan berkongsi cahaya injil? (lihat Yesaya 60:3–5).
-
Yesaya 61:1–3.Bagaimanakah Juruselamat memenuhi nubuat Yesaya dalam ayat-ayat ini? Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mencari gambar Juruselamat yang mereka rasa menggambarkan aspek ini dalam Misi-Nya (gambar boleh didapati dalam majalah Gereja atau Buku Seni Injil). Anda juga boleh menyanyikan lagu tentang cara Juruselamat memberkati kita, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-anak, 42).
Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu yang dicadangkan: “Bila Yesus Datang Lagi”, Buku Nyanyian Anak-anak, 46.