“Fikiran untuk Direnungkan: Nabi dan Nubuat,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“Fikiran untuk Direnungkan: Nabi dan Nubuat,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
Fikiran untuk Direnungkan
Nabi dan Nubuat
Dalam divisyen Kristian tradisional Perjanjian Lama, bahagian terakhir (Yesaya sehingga Maleakhi) digelar “Nabi”.1 Bahagian ini, iaitu lebih kurang satu per empat daripada Perjanjian Lama, mengandungi firman hamba-hamba yang diberi wewenang oleh Tuhan, yang bercakap dengan Tuhan, kemudian berucap untuk Dia, berkongsi pesanan-Nya dengan orang ramai antara lebih kurang pada tahun 900 dan 500 S.M.2
Para nabi dan nubuat memainkan peranan utama sepanjang Perjanjian Lama. Bapa bangsa Abraham, Ishak dan Yakub telah melihat penglihatan dan bercakap dengan utusan syurgawi. Musa bercakap kepada Tuhan secara bersemuka dan menyampaikan kehendak-Nya kepada keturunan orang Israel. Kitab Raja-Raja Pertama dan Kedua mengisahkan kembali karya dan pesanan nabi Elia serta Elisa yang tidak dapat dilupakan. Perjanjian Lama turut mengandungi pesanan daripada nabi seperti Miryam (lihat Keluaran 15:20) dan Debora (lihat Hakim-Hakim 4), berserta dengan wanita lain yang diberkati dengan roh nubuat, seperti Ribka (lihat Kejadian 25:21–23) dan Hana (lihat 1 Samuel 1:20–2:10). Selain itu, walaupun Mazmur tidak ditulis oleh nabi yang rasmi, mereka juga dipenuhi dengan roh nubuat, terutamanya apabila mereka menantikan kedatangan Mesias.
Semua ini bukan sesuatu yang mengejutkan bagi Orang Suci Zaman Akhir. Malah, injil Yesus Kristus yang dipulihkan mengajar kita bahawa para nabi bukan hanya sekeping sejarah yang menarik tetapi merupakan bahagian yang penting dalam rancangan Tuhan. Walaupun sesetengah orang mungkin melihat para nabi ini unik untuk zaman Perjanjian Lama, tetapi kita melihat persamaan mereka pada zaman Perjanjian Lama dengan zaman kita.
Masih terdapat perbezaan juga apabila membaca satu bab daripada Yesaya atau Yehezkiel jika dibandingkan dengan membaca mesej persidangan umum daripada Presiden Gereja hari ini. Kadang-kadang ia sukar untuk melihat bahawa para nabi purba mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan kepada kita. Lagipun, dunia yang kita diami sekarang jauh berbeza daripada dunia yang mereka telah mengajar dan bernubuat. Persoalan mungkin timbul atas hakikat bahawa kita mempunyai nabi hidup: mengapakah ia berbaloi—dan adakah ia bermakna—untuk membaca firman daripada nabi purba?
Mereka memang ada sesuatu untuk katakan kepada kita
Untuk sebahagian besarnya, orang ramai pada hari ini bukan pendengar utama para nabi Perjanjian Lama. Para nabi ini mempunyai masalah yang perlu ditangani pada waktu dan tempat mereka—sama seperti para nabi zaman akhir kita menangani masalah kita sekarang.
Pada masa yang sama, para nabi juga dapat melihat perkara menjangkau masalah yang dihadapi pada ketika itu. Ini adalah kerana, mereka mengajar tentang kebenaran abadi, yang relevan untuk sebarang zaman. Selain itu, dengan diberkati wahyu, mereka melihat gambaran yang lebih besar, perspektif kerja Tuhan yang lebih luas. Sebagai contoh, Yesaya tidak hanya memberi peringatan kepada orang ramai pada zamannya tentang dosa-dosa mereka—dia juga dapat menulis tentang pembebasan orang Israel yang hidup 200 tahun pada masa akan datang dan secara serentaknya mengajar tentang pembebasan yang dicari oleh semua umat Tuhan. Tambahan pula, dia dapat menulis nubuat yang, malah pada hari ini, masih menunggu penggenapan sempurna mereka—seperti janji “bumi yang baru” (Yesaya 65:17) yang “penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati Tuhan” (Yesaya 11:9), yang suku-suku bangsa Israel yang tersebar telah dikumpul dan yang “bangsa-bangsa” tidak “lagi bersiap untuk menyerang” (Yesaya 2:4). Sebahagian daripada kegembiraan dan ilham yang datang dari membaca firman nabi Perjanjian Lama seperti Yesaya adalah untuk menyedari bahawa kita memainkan peranan dalam hari yang gemilang, yang mereka telah bayangkan.3
Oleh itu, semasa anda membaca nubuat purba, ia membantu untuk mempelajari tentang konteks yang nubuat itu telah ditulis. Tetapi, anda harus juga melihat diri anda sendiri dalam tulisan suci ini atau “mengibaratkan tulisan suci kepada [kamu]”, seperti yang Nefi jelaskan (lihat 1 Nefi 19:23–24). Kadang-kadang ini bermaksud mengenali Babilon sebagai lambang keduniaan dan keangkuhan, bukan setakat sebagai kota zaman purba. Ini mungkin bererti memahami orang Israel sebagai umat Tuhan pada mana-mana era dan memahami Sion sebagai tujuan yang diterima oleh umat Tuhan zaman akhir dan bukan suatu perkataan lain untuk Yerusalem semata-mata.
Kita boleh mengibaratkan tulisan suci kerana kita memahami bahawa nubuat boleh dipenuhi melalui pelbagai cara.4 Satu contoh yang baik mengenai hal ini ialah nubuat dalam Yesaya 40:3: “Terdengar suara orang berseru, Sediakanlah jalan bagi Tuhan di padang gurun.” Bagi orang Yahudi yang tertawan di Babilon, pernyataan ini mungkin merujuk kepada Tuhan menyediakan jalan keluar daripada penawanan dan kembali ke Yerusalem. Bagi Matius, Markus dan Lukas, nubuat ini telah dipenuhi dalam Yohanes Pembaptis, yang telah menyediakan jalan untuk pelayanan fana Juruselamat.5 Selain itu, Joseph Smith telah menerima wahyu bahawa nubuat ini masih dipenuhi pada zaman akhir dalam persiapan untuk pelayanan zaman seribu tahun Kristus.6 Kita masih mencari jalan untuk memahami bahawa, nabi purba memang bercakap dengan kita. Mereka telah mengajar banyak kebenaran abadi yang berharga, yang sama relevan dengan kita sebagaimana untuk orang Israel pada zaman dahulu.
Mereka bersaksi tentang Yesus Kristus
Daripada melihat diri anda sendiri dalam nubuat Perjanjian Lama, mungkin ia adalah lebih penting untuk melihat Yesus Kristus dalam tulisan ini. Jika anda mencari-Nya, anda akan menemukan Dia, walaupun nama-Nya tidak disebut. Ia mungkin membantu untuk mengingati bahawa Tuhan Perjanjian Lama, Tuhan Yehovah, ialah Yesus Kristus. Setiap kali para nabi menjelaskan perkara yang Tuhan sedang lakukan atau perkara yang Dia akan lakukan, mereka berucap tentang Juruselamat.
Anda juga akan menemui rujukan untuk Yang Terpilih (lihat Yesaya 61:1), Penebus (lihat Hosea 13:14) dan Raja akan datang daripada keturunan Daud (lihat Yesaya 9:6–7; Zakharia 9:9). Kesemua ini adalah nubuat tentang Yesus Kristus. Secara umumnya, anda akan membaca tentang pembebasan, keampunan, penebusan dan pemulihan. Dengan Juruselamat dalam fikiran dan hati anda, nubuat ini secara semula jadi akan mengarahkan anda kepada Putera Tuhan. Sesudahnya, cara untuk memahami nubuat dengan terbaik adalah untuk memiliki “roh nubuat”, yang Yohanes memberitahu kita ialah “kesaksian Yesus” (Wahyu 19:10).