Perjanjian Lama 2022
4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7: “Ada Seorang Nabi di Israel”


“4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7: ‘Ada Seorang Nabi di Israel,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Elisa menunjukkan orang suruhan kereta kuda berapi

Ilustrasi Elisa menunjukkan kepada orang suruhannya kereta kuda api, © Review & Herald Publishing/lesen dari goodsalt.com

4–10 Julai

2 Raja-Raja 2–7

“Ada Seorang Nabi di Israel”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, baca 2 Raja-Raja 2–7 untuk carikan ilham untuk hidup diri sendiri. Kemudian dengarkan dorongan tentang pesanan yang akan memberkati ahli-ahli kelas anda.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala para ahli kelas perlukan masa untuk kaji semula bab-bab yang mereka baca sebelum mereka boleh berkongsi pandangan dari pengajian kitab suci peribadi. Cuba berikan beberapa minit bagi tujuan ini pada permulaan kelas; kemudian menjemput para ahli kelas berkongsi sesuatu yang mereka pelajari.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Raja-Raja 2–6

Tuhan boleh lakukan mukjizat dalam hidup kita.

  • Semasa anda berbincang tentang mukjizat dalam 2 Raja-Raja 2–6, mungkin ia boleh membantu untuk menanya ahli-ahli kelas untuk mentakrifkan perkataan mukjizat. Anda boleh berkongsi pandangan ini daripada Presiden Howard W. Hunter: “[Mukjizat] ialah pernyataan kuasa [Tuhan] di mana kita tidak dapat jelaskan atau memahami dengan sepenuhnya. … Tanda-tanda dan keajaiban ini paling jelas dinampak dalam hidup dan pelayanan Yesus Kristus, Putera Tuhan. Walaupun mukjizat Kristus sangat mengajaibkan, mereka hanya bayang keajaiban-keajaiban yang lebih besar yang dilakukan oleh Bapa-Nya sebelum Dia dan terus lakukan di sekeliling kita. … Akan ada banyak mukjizat jika kita ada mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar” (“The God That Doest Wonders,” Ensign, Mei 1989, 15–16). Bagaimanakah pandangan ini menolong kita melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita?

  • Pertimbangkan untuk menanya ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan mukjizat-mukjizat yang digambarkan dalam 2 Raja-Raja 2–6. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari mukjizat-mukjizat itu? Ahli-ahli kelas juga mungkin sudi berbincang tentang mukjizat—yang besar atau yang kecil—yang mereka sendiri atau keluarga mereka telah alami. Bagaimanakah kita boleh lebih mengenali mukjizat Tuhan dalam hidup kita—termasuk mukjizat yang berbeza daripada apa yang kita harapkan?

  • Ahli-ahli kelas mungkin dapat diilhami untuk membandingkan beberapa mukjizat yang dilakukan oleh Elisa dengan mukjizat yang dilakukan oleh Yesus Kristus (lihat 2 Raja-Raja 4:8–37 dan Lukas 7:11–16; 2 Raja-Raja 4:42–44 dan Yohanes 6:1–13; 2 Raja-Raja 5:1–15 dan Lukas 17:11–19). Apakah yang mukjizat ini ajarkan tentang Juruselamat dan para nabi-Nya?

2 Raja-Raja 5:1–19

Jika kita rendah hati dan patuh, Yesus Kristus boleh menyembuhkan kita.

  • Satu pelajaran yang kita dapat pelajari daripada penyembuhan Naaman daripada penyakit kusta ialah kepentingan kerendahan hati. Untuk memulakan satu perbincangan, anda boleh tulis pada papan tulis keangkuhan Naaman dan kerendahan hati Naaman. Para ahli kelas boleh cari dalam 2 Raja-Raja 5:1–19 dan tulis pada papan tulis frasa-frasa yang menunjukkan keangkuhan dan kerendahan hati Naaman. Bagaimanakah kadangkala kita seperti Naaman? Bagaimanakah kadangkala kita seperti hamba-hambanya? Bagaimanakah kita dapat tahu apa yang Naaman tahu?

  • Satu pelajaran yang kita dapat pelajari daripada penyembuhan Naaman daripada penyakit kusta ialah kepentingan kerendahan hati. Anda boleh mula dengan membaca 2 Raja-Raja 5:9–12 dan tanya ahli-ahli kelas tentang pendapat mereka mengapa Naaman “marah”(ayat 11). Mengapakah kita kadangkala lebih suka lakukan “perkara yang susah” yang Tuhan minta kita, dan bukan perkara yang mudah? (ayat 13). Apakah nilai melakukan perkara-perkara yang mudah?

2 Raja-Raja 6:8–23

“Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.”

  • Kadang-kadang kita rasa bersendirian atau takut. Pertimbangkan bagaimana membincangkan laporan dalam 2 Raja-Raja 6:8–23 boleh menolong ahli-ahli kelas yang rasa perasaan itu. Anda boleh mula dengan menanya ahli-ahli kelas apa yang menarik hati mereka tentang ayat-ayat ini. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman apabila “Tuhan, celikkanlah mata [mereka]” (ayat 17) dan menolong mereka lihat bahawa mereka tidak bersendirian (juga lihat “Sumber Tambahan”). Bagaimanakah kita boleh menolong satu sama lain untuk “janganlah takut”? (ayat 16).

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

“Membuka mata rohani kita.”

Merujuk kepada laporan dalam 2 Raja-Raja 6:8–23, Elder Ronald A. Rasband berkata:

“Kita mungkin akan atau tidak akan mempunyai kereta kuda berapi dihantar untuk menghapuskan ketakutan kita dan menakluki setan, tetapi pengajarannya jelas. Tuhan berserta kita, tahu akan kita dan memberkati kita dalam cara yang hanya Dia dapat lakukan. Doa dapat memanggil kekuatan dan wahyu yang kita perlukan untuk memusatkan fikiran kita kepada Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya. Tuhan tahu bahawa ada masanya kita akan merasa ketakutan. Saya pernah mengalaminya dan anda juga. … Dalam Gereja ini kita mungkin sedikit dalam bilangan dengan cara dunia mengira pengaruh, tetapi ketika kita membuka mata rohani kita, ‘banyak yang menyertai kita daripada yang menyertai mereka’ [2 Raja-Raja 6:16]” (“Janganlah Susah Hati,” Liahona, Nov. 2018, 18–19).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Merujuk pelajar ke tulisan suci. Apabila anda boleh, galakkan para ahli kelas untuk berpaling kepada tulisan suci dan kata-kata nabi hidup untuk bimbingan, jawapan kepada soalan, dan sokongan. Firman Tuhan ialah sumber kebenaran yang paling besar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)