Perjanjian Lama 2022
11–17 April. Hari Easter: “Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!”


“11–17 April. Hari Easter: ‘Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“11–17 April. Hari Easter”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

makam dengan batu diahlikan dari pintu

Ilustrasi makam kosong oleh Maryna Kriuchenko

11–17 April

Hari Easter

“Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya”

Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar pada hari Ahad Easter, pertimbangkan cara anda boleh membantu ahli-ahli kelas memperdalamkan kesyukuran dan kesaksian tentang korban tebusan serta Kebangkitan Yesus Kristus.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka atau keluarga mereka lakukan untuk memperkuatkan iman mereka terhadap Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya sepanjang musim Easter ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kerana Juruselamat menakluk maut, kita juga akan hidup semula.

  • Memandangkan hari ini adalah hari Ahad Easter, pertimbangkan untuk mengkaji laporan tulisan suci Easter pertama—Kebangkitan Yesus Kristus (lihat Yohanes 20:1–17). Anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk menceritakan kisah itu dalam kata-katanya sendiri. Ahli-ahli kelas juga mungkin berseronok menyanyikan lagu rohani tentang Juruselamat dan membaca tulisan suci yang berkaitan (rujukan tersenarai di bahagian bawah setiap lagu dalam Nyanyian Rohani). Ahli-ahli kelas kemudiannya boleh berkongsi frasa kegemaran daripada lagu rohani dan perasaan mereka tentang Juruselamat.

  • Untuk membantu kelas anda mensyukuri cara Perjanjian Lama bersaksi tentang Yesus Kristus, anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji tulisan suci dalam jadual panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga serta petikan Kitab Mormon yang disertakan dalam jadual tersebut. Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat dan misi-Nya dari petikan-petikan ini? Mengapakah penting untuk mengetahui tentang nubuat-nubuat ini?

Kita boleh menemukan kedamaian dan kegembiraan melalui Korban Tebusan Juruselamat.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga termasuk senarai tulisan suci yang menjelaskan tentang kedamaian dan kegembiraan yang datang melalui Yesus Kristus. Jika ahli-ahli kelas membaca tulisan suci ini di rumah, galakkan mereka untuk berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentangnya. Atau anda boleh membaca beberapa tulisan suci dalam kelas dan membincangkan kedamaian dan kegembiraan yang kita rasai kerana Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya. Bagaimanakah kita boleh berkongsi berkat-berkat ini dengan mereka yang bergelut mencari kedamaian dan kegembiraan dalam hidup mereka? Anda juga boleh menjemput seorang ahli kelas untuk membaca pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Liahona, Nov. 2016, 81–84) pada minggu sebelumnya dan membuat persediaan untuk berkongsi apa yang pesanan ini ajarkan kita tentang menemukan kegembiraan dalam Juruselamat.

  • Anda mungkin terilham untuk membimbing perbincangan tentang cara membantu orang lain menemukan kedamaian dan kegembiraan dalam Kristus. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali—mungkin seseorang yang mereka layani—yang memerlukan sokongan, pelayanan atau hanya untuk mendengar kesaksian mereka tentang Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Galakkan ahli-ahli kelas untuk merujuk kepada tulisan suci (seperti yang terdapat dalam “Sumber Tambahan”) semasa mereka mempertimbangkan pelayanan yang boleh mereka berikan atau kesaksian yang boleh mereka kongsi untuk memperkuatkan orang di sekeliling mereka. Jemput beberapa orang ahli kelas untuk berkongsi pandangan mereka tentang melayani seperti Yesus.

Kristus di atas salib

Grey Day Golgotha (Hari Suram di Golgota), oleh J. Kirk Richards

Melalui Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membantu kita mengatasi dosa, maut, percubaan dan kelemahan.

  • Salah satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan berkat-berkat yang datang melalui Korban Tebusan Juruselamat adalah dengan menulis di papan tulis Dosa, Maut, Percubaan dan Kelemahan. Setiap ahli kelas boleh membaca salah satu daripada tulisan suci yang tersenarai dalam “Sumber Tambahan” dan merenungkan cara Juruselamat membantu kita mengatasi perkara-perkara yang ditulis di papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh menulis rujukan tulisan suci di bawah satu atau beberapa tajuk di papan tulis dan berkongsi kesaksian mereka tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.

  • Kisah dan analogi boleh membantu kita memahami Korban Tebusan Yesus Kristus. Misalnya, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk berkongsi salah satu daripada kisah atau analogi dalam pesanan Elder Walter F. González “Sentuhan Juruselamat” (Liahona, Nov. 2019, 90–92) atau pesanan Sister Neill F. Marriott “Tinggal Di Dalam Tuhan Dan Memperbaiki Celah” (Liahona, Nov. 2017, 10–12). Apakah yang kisah dan analogi ini ajarkan kita tentang Korban Tebusan Kristus? Jemput ahli-ahli kelas bekerjasama secara berpasangan untuk memikirkan kisah atau analogi mereka sendiri.

  • Apakah yang kita belajar dari ayat-ayat berikut tentang harga yang dibayar oleh Yesus Kristus untuk keselamatan kita: Yesaya 53:3–5; Mosia 3:7; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19? Apakah harga yang Bapa Syurgawi bayar? (lihat Yohanes 3:16).

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Tulisan suci tentang Korban Tebusan Yesus Kristus.

Menambah Baik Pengajaran Kita

Mengucapkan terima kasih kepada pelajar anda. “Jangan terlalu tumpukan pada pelajaran sehingga anda lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pelajar atas sumbangan mereka. Mereka perlu tahu bahawa anda menghargai kesediaan mereka untuk berkongsi pandangan dan kesaksian mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 33).