“4–10 April. Keluaran 14–17: ‘Perhatikanlah Apa yang Akan Dilakukan oleh Tuhan untuk Menyelamatkan Kamu’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“4–10 April. Keluaran 14–17”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
4–10 April
Keluaran 14–17
“Perhatikanlah Apa yang Akan Dilakukan oleh Tuhan untuk Menyelamatkan Kamu”
Fikirkan tentang bagaimana pengalaman anak-anak Israel berguna kepada ahli-ahli kelas anda. Pengalaman manakah yang paling berguna untuk mereka bincangkan?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Keluaran 14–17 merangkumi laporan yang tidak dapat dilupakan. Seorang ahli kelas boleh melukis gambaran peristiwa dari bab-bab ini sementara ahli-ahli kelas yang lain meneka cerita yang dilukisnya. Minta mereka berkongsi perkara yang mereka pelajari dari laporan ini.
Mengajar Ajaran
Bapa Syurgawi membebaskan kita apabila kita mengikuti Roh.
-
Laut Merah seperti jalan buntu bagi orang Israel, tetapi Tuhan tahu perkara yang mereka tidak tahu. Mengkaji laporan menyeberangi Laut Merah yang menakjubkan boleh mengingatkan ahli-ahli kelas tentang masa ketika Tuhan membebaskan mereka dari percubaan. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk mengkaji Keluaran 14 dan berkongsi perkara yang mengilhami mereka tentang laporan ini. Galakkan mereka untuk turut berkongsi pengalaman mereka dibebaskan dari percubaan, serta ayat-ayat dari bab ini yang memupuk iman mereka bahawa Tuhan boleh membebaskan kita.
-
Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 8:2–3. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang Musa? Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi cara kita berfikir tentang peristiwa dalam Keluaran 14? Apakah yang peristiwa ini ajarkan kita tentang mencari pembebasan dari percubaan kita? Pertimbangkan untuk menambah pernyataan dalam “Sumber Tambahan” dalam perbincangan anda.
Keluaran 15:23–27; 16:1–15; 17:1–7
Tuhan akan memenuhi keperluan kita semasa kita menjalani kehidupan kita.
-
Keluaran 15–17 memberikan pelbagai laporan yang boleh memupuk iman ahli-ahli kelas terhadap kuasa dan kesediaan Tuhan untuk menawarkan kita keperluan jasmani serta rohani. Setiap ahli kelas boleh mengkaji salah satu daripada perenggan berikut untuk mencari pesanan rohani: Keluaran 15:23–27; 16:1–15; 17:1–7. Berikan beberapa ahli kelas peluang untuk berkongsi perkara yang mereka temui. Bagaimanakah kita boleh menggunakan laporan ini untuk menggalakkan seseorang yang keperluan duniawi atau rohani mereka belum ditunaikan?
-
Ahli-ahli kelas juga boleh membaca ayat-ayat ini dan mengenal pasti contoh orang yang merungut. Bagaimanakah kita boleh menjelaskan kepada seseorang maksud merungut? Apakah beberapa akibat merungut yang bahaya? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi nasihat tentang cara mengelak dari godaan untuk merungut terhadap Tuhan ketika kita mengalami percubaan yang sukar.
-
Perumpamaan manna yang dijelaskan dalam Keluaran 16 dan khasiat yang diperlukan oleh roh kita boleh membantu ahli-ahli kelas. Apakah persamaan yang kita lihat? Apakah pengajaran rohani yang Tuhan mahu ajarkan orang Israel tentang cara-Nya menghantar manna? (lihat Yohanes 6:31–35, 48–58). Anda juga boleh memainkan satu atau beberapa video yang boleh didapati dalam “Sumber Tambahan”.
Kita diberkati ketika kita menyokong pemimpin kita.
-
Laporan Harun dan Hur mengangkat tangan Musa menggambarkan betapa pentingnya menyokong mereka yang dipanggil untuk memimpin kita. Anda boleh menjemput beberapa orang ahli kelas untuk melakonkan pengalaman tersebut sementara seorang ahli kelas yang lain membaca laporan tersebut dengan lantang. Bagaimanakah usaha Harun dan Hur mengangkat tangan Musa serupa dengan usaha kita menyokong pemimpin kita? Bagaimanakah kita tunjukkan bahawa kita menyokong pemimpin kita?
Sumber Tambahan
Anda boleh menerima arahan yang diperibadikan.
Saudari Michelle Craig mengajar:
“Sebagai pengikut beriman [Yesus Kristus], anda boleh menerima inspirasi dan wahyu peribadi, yang konsisten dengan perintah-Nya, khusus untuk anda. Anda mempunyai misi unik dan peranan untuk dilakukan dalam hidup dan akan diberi dorongan unik untuk memenuhinya.
“Nefi, saudara Yared, dan juga Musa semuanya menyeberangi lautan besar—dan masing-masing melakukannya dengan berbeza. Nefi mengerjakan ‘kayu-kayan dengan kerja tangan yang terperinci’ [1 Nefi 18:1]. Saudara lelaki Yared membina kapal-kapal yang ‘rapat seperti sebuah bekas’ [lihat Eter 6:5–8]. Dan Musa ‘melintasi laut di atas tanah yang kering’ [Keluaran 14:29].
“Masing-masing menerima bimbingan yang peribadi, khusus untuk mereka, dan setiap mereka percaya dan bertindak. Tuhan sedar akan mereka yang mematuhi dan, dalam kata Nefi, akan ‘menyediakan satu jalan untuk [kita] supaya dapat menyempurnakan hal itu yang Dia perintahkan’ [1 Nefi 3:7]. Perhatikan bahawa Nefi berkata, ‘satu jalan’—bukannya ‘satu jalan khusus’.
“Adakah kita terlepas atau menolak tugasan peribadi dari Tuhan kerana Dia telah menyediakan ‘satu jalan’ yang berlainan daripada yang kita jangkakan?” (“Kemampuan Rohani”, Liahona, Nov. 2019, 21).