Perjanjian Lama 2022
7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2: “Untuk Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik”


“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2: ‘Untuk Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Abraham dan Sara

Ilustrasi Abraham dan Sara oleh Dilleen Marsh

7–13 Februari

Kejadian 12–17; Abraham1–2

“Untuk Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik”

Apakah yang Roh Kudus ajarkan anda pada minggu ini semasa anda mengkaji Kejadian 12–17 dan Abraham 1–2? Berikan peluang kepada ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara yang Roh Kudus ajarkan mereka.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari dari Kejadian 12–17 dan Abraham 1–2, mereka boleh memilih seseorang yang disebut dalam bab ini dan melengkapkan ayat seperti berikut: “Abraham telah mengajar saya ” atau “Sara telah mengajar saya .”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 15:1–6; 17:15–22; Abraham 1:1–19

Tuhan akan memberkati kita atas iman dan hasrat soleh kita.

  • Pengalaman Abraham dan Sara yang tercatat dalam Kejadian 15; 17; Abraham 1 boleh membantu ahli-ahli kelas kekal beriman bahawa hasrat soleh mereka akan ditunaikan dalam masa Tuhan. Bagaimanakah anda boleh memulakan perbincangan tentang asas ini? Salah satu idea adalah dengan menjemput kelas untuk menyelidiki Kejadian 15:1–6 dan Abraham 1:1–19 serta menjelaskan hasrat Abraham dan kesukaran yang dihadapinya. Bagaimanakah Abraham dan Sara menunjukkan iman mereka semasa menghadapi kesukaran? (lihat Ibrani 11:8–13). Bagaimanakah hasrat soleh mereka akhirnya ditunaikan? (lihat Kejadian 17:15–22; 21:1–3; Ajaran dan Perjanjian 132:29; Abraham 1:31). Bagaimanakah kita boleh menunjukkan iman ketika hasrat soleh kita belum ditunaikan seperti yang kita inginkan? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi cara Juruselamat telah menyokong mereka dalam situasi sedemikian.

  • Sesetengah ahli kelas mungkin kurang mendapat sokongan daripada keluarga mereka apabila mereka berusaha untuk mematuhi injil—dan mereka bahkan mungkin menghadapi pertentangan. Apakah yang boleh kita pelajari dari teladan Abraham dalam Abraham 1:1–19 yang boleh membantu mereka yang berusaha untuk menjalankan kehidupan yang soleh dalam situasi sedemikian?

  • Anda boleh meminta ahli-ahli kelas membaca Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40 (dalam lampiran Alkitab) dan berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang iman serta hasrat Abraham. Mereka juga boleh berkongsi cara mereka telah diberkati apabila mereka menjalankan iman mereka untuk membayar persepuluhan.

Abraham 2:6–11

Perjanjian Abraham memberkati kita semua.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami tentang perjanjian Abraham, anda boleh berkongsi pernyataan oleh Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber Tambahan”. Ahli-ahli kelas telah mempelajari tentang perjanjian Abraham dari Abraham 2:6–11, seperti yang dicadangkan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari atau mereka boleh mengkaji ayat-ayat ini bersama. Apakah janji dan tanggungjawab yang kita terima melalui perjanjian Abraham? Apakah yang kita perlu lakukan untuk menerima berkat perjanjian ini? Bagaimanakah kita, sebagai benih keturunan Abraham, memberkati “semua keluarga di bumi”? (Abraham 2:11).

Kejadian 14:18–19; Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:25–40

“Melkisedek merupakan seorang lelaki yang beriman.”

  • Kerana Pemulihan injil, kebanyakan ahli Gereja mengenali Imamat Melkisedek, tetapi ada yang tidak mengetahui tentang lelaki bernama Melkisedek ini. Untuk membantu ahli-ahli kelas mengetahui lebih lanjut tentangnya, anda boleh menjemput mereka membayangkan bahawa mereka diminta untuk memperkenalkan Melkisedek kepada seseorang yang tidak mengenalinya dan membuat senarai di papan tulis perkara yang akan mereka katakan. Mereka boleh lakukan ini berdasarkan pada apa yang mereka baca dalam Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:26–27, 33–38 (dalam lampiran Alkitab); Alma 13:13–19; serta Ajaran dan Perjanjian 107:1–4. Apakah yang kita pelajari tentang Imamat Melkisedek dari ayat-ayat ini?

    Imej
    Melkisedek memberkati Abram.

    Melchizedek Blesses Abram (Melkisedek memberkati Abram), oleh Walter Rane

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Keberkatan perjanjian Abraham.

Presiden Russell M. Nelson mengajar:

“Perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham dan kemudian mengesahkannya kepada Ishak dan Yakub adalah sangat penting. … Tuhan pada zaman akhir ini memperbaharui perjanjian Abraham. … Dengan pembaharuan janji ini, kita menerima seperti apa yang orang kuno terima, imamat kudus dan injil yang abadi. Kita mempunyai hak untuk terima kegenapan injil, menikmati berkat imamat dan layak untuk berkat terbesar Tuhan—kehidupan abadi” (“Perjanjian-perjanjian”, Liahona, Nov. 2011, 87–88).

“Berkat-berkat akhir perjanjian Abraham diberikan di bait suci. Berkat-berkat ini membenarkan kita tampil dalam Kebangkitan Pertama dan mewarisi takhta, kerajaan, kuasa, pemerintahan dan kekuasaan, sehingga ‘permuliaan dan kemuliaan dalam segala hal’ [Ajaran dan Perjanjian 132:19]” (“Special Witnesses of Christ”, Ensign, Apr. 2001, 7).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Sentiasa kongsikan kesaksian. Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap mereka yang anda ajar. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi kesaksian yang mudah tentang cara perjanjian telah memberkati hidup anda.

Cetak