“24–30 Januari. Musa 7: ‘Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“24–30 Januari. Musa 7”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
24–30 Januari
Musa 7
“Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion”
Semasa anda mengkaji Musa 7, fikirkan tentang mereka yang anda ajar dan cara anda boleh membantu mereka memahami perkara yang diajar tentang Sion dan asas injil yang lain dalam bab ini.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Kadang-kadang soalan yang mudah dan renungan selama beberapa minit sudah mencukupi untuk membantu pelajar berkongsi perkara yang dipelajari oleh mereka di rumah. Anda boleh memberi ahli-ahli kelas sedikit masa untuk menyemak Musa 7, mencari ayat yang mereka syukuri tentang kebenaran yang dipulihkan dalam buku Musa, kemudian kongsikannya.
Mengajar Ajaran
Kita boleh membina Sion dalam zaman kita.
-
Apakah kaedah yang terbaik untuk memperkenalkan konsep Sion dalam kelas anda? Salah satu idea adalah menghubungi ahli-ahli kelas pada hari biasa sebelum kelas dan menjemput mereka membawa suatu objek dari rumah yang mereka rasakan mewakili ciri-ciri orang Sion, seperti yang dijelaskan dalam Musa 7:18. Semasa anda membincangkan ayat ini bersama-sama, ahli-ahli kelas boleh menjelaskan makna objek yang dibawa oleh mereka.
-
Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas memikirkan masa ketika mereka merasa semangat perpaduan dalam keluarga mereka atau semasa melayani orang lain di Gereja atau komuniti. Apakah yang dilakukan oleh orang ramai untuk mewujudkan perpaduan dalam situasi seperti ini? Apakah yang kita belajar tentang Sion dan perpaduan dari Musa 7? (lihat terutamanya ayat 16–21, 27, 53, 62–69). Berikut ialah beberapa tulisan suci lain yang boleh membantu: Filipi 2:1–4; 4 Nefi 1:15–18; Ajaran dan Perjanjian 97:21; 105:5.
Tuhan menangis untuk anak-anak-Nya.
-
Sesetengah orang mungkin memandang Tuhan sebagai tidak mesra, tidak dapat didekati, bahkan tidak mengambil peduli. Bagaimanakah anda boleh menggunakan penglihatan Henokh untuk membantu kelas anda memahami bahawa Tuhan terlibat dalam kehidupan kita dan menjaga kita? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Musa 7:28–44 dan menyenaraikan beberapa sebab Tuhan menangis. Apakah ayat-ayat ini ajarkan anda tentang perasaan Tuhan tentang anak-anak-Nya? Pernyataan dalam “Sumber Tambahan” boleh membantu dalam perbincangan ini.
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk individu dan Keluarga mencadangkan renungan bagi perkara yang diajar Musa 7:28–31, 35 tentang Tuhan. Mereka yang telah berbuat demikian mungkin sudi berkongsi pandangan mereka dengan ahli-ahli dalam kelas. Atau anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan ayat ini dan membincangkannya dalam kelas.
Tuhan akan datang lagi pada hari-hari terakhir.
-
Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas anda menemukan perkara yang Musa 7:59–67 ajarkan tentang Kedatangan Kedua Juruselamat? Anda boleh senaraikan dua atau tiga kebenaran atau peristiwa dari ayat-ayat ini di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas mencari ayat-ayat ini dan tambahkan ke dalam senarai. Mengapakah mempunyai catatan penglihatan Henokh—salah satu daripada nubuat terawal tentang Kedatangan Kedua merupakan suatu berkat?
Sumber Tambahan
Tuhan menangis untuk anak-anak-Nya.
Elder Jeffrey R. Holland mengajar:
“Di tengah-tengah penglihatan manusia yang agung, syurga membuka pandangannya, Henokh, melihat berkat dan juga cabaran kefanaan, mengalihkan pandangannya ke arah Bapa dan terpegun melihat Dia menangis. Dengan perasaan hairan dan kagum, dia menanya Makhluk yang paling berkuasa di alam semesta ini: ‘Bagaimana mungkin Engkau menangis?’ …
“Sambil melihat peristiwa hampir setiap hari, Tuhan menjawab: ‘Lihatlah para saudaramu ini; mereka ialah hasil kerja tangan-Ku sendiri. … Dan kepada para saudaramu telah Aku firmankan, dan juga berikan perintah, agar mereka harus saling mengasihi, dan agar mereka seharusnya memilih-Ku, Bapa mereka; tetapi lihatlah, mereka tanpa kasih sayang, dan mereka membenci darah mereka sendiri. Kerana itu tidakkah syurga seharusnya menangis, melihat orang-orang ini akan menderita?’ [Musa 7:29–33, 37].
“Satu-satu babak yang memegunkan itu mengajar tentang sifat Tuhan yang sebenar lebih daripada yang pernah disampaikan dalam mana-mana karya teologi. … Gambaran penglibatan Tuhan yang tidak mungkin dapat dilupakan dalam hidup kita! Betapa pedihnya perasaan seorang bapa apabila anak-anak-Nya tidak memilih-Nya atau ‘injil Tuhan’ yang diutuskan-Nya! Roma 1:1]. Betapa mudahnya untuk mengasihi seseorang yang sangat mengasihi kita!” (“The Grandeur of God”, Liahona, Nov. 2003, 72).