Perjanjian Lama 2022
3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5: “Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi”


“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5: ‘Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

imej bumi dan bulan

3–9 Januari

Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5

“Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi”

Sebagai persediaan untuk mengajar, baca dan renungkan Kejadian 1–2; Musa 2–3; dan Abraham 4–5 terlebih dahulu dan catat tanggapan rohani anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga serta idea-idea berikut boleh membantu anda memahami dan mengajar ajaran dalam bab ini.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuhan berulang kali mengisytiharkan bahawa perkara yang dibuat-Nya semasa Penciptaan adalah “baik” (lihat Musa 2:4, 10, 12, 18, 21, 25, 31). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara baik yang ditemui oleh mereka semasa mereka membaca tulisan suci di rumah pada minggu ini. Apakah yang baik tentang perkara yang ditemui oleh mereka?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 1; Musa 2; Abraham 4

“Tuhan menciptakan langit dan bumi.”

  • Ahli-ahli kelas mungkin telah nampak persamaan dan perbezaan di antara laporan Penciptaan dalam buku Kejadian, Musa dan Abraham. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi terjemahan Joseph Smith dalam Musa 2 yang mendalami pemahaman kita terhadap laporan Penciptaan dalam Kejadian 1. Apakah pandangan tambahan yang kita peroleh dari Abraham 4? Untuk membolehkan lebih ramai ahli berkongsi, anda boleh menggalakkan kelas untuk membuat perbandingan ini secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil. (Beberapa ayat yang mempunyai perbezaan penting tercatat dalam “Sumber Tambahan”.) Bagaimanakah kita boleh mendapat manfaat dari pelbagai laporan ini? Apakah yang digambarkan dalam laporan-laporan ini tentang perkara yang Tuhan mahu kita tahu tentang Penciptaan?

  • Apabila Tuhan mencipta Adam dan Hawa, Dia memberi mereka kekuasaan ke atas bumi dan ciptaan-Nya yang lain di atas bumi (lihat Kejadian 1:28; Musa 2:28; Abraham 4:28). Bagaimanakah Ajaran dan Perjanjian 59:16–21 serta 104:13–18 membantu kita lebih memahami maksud menggunakan kekuasaan ke atas bumi secara soleh?

  • Beberapa hari sebelum kelas, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membawa gambar yang mereka ambil atau gambar di rumah mereka yang mengingatkan mereka tentang keindahan penciptaan Tuhan. Bagaimanakah belajar tentang karya kreatif Tuhan mempengaruhi perasaan kita tentang-Nya, diri kita dan dunia? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pesanan yang mereka rasa Tuhan tujukan untuk kita dalam laporan-laporan Penciptaan ini di Kejadian 1; Musa 2; dan Abraham 4.

    selimut yang menggambarkan pelbagai peringkat penciptaan

    Creation (Penciptaan), oleh Joan Hibbert Durtschi

Kejadian 1:26–28; Musa 2:26–28; Abraham 4:26–28

Kita diciptakan menurut rupa Tuhan.

  • Mengapakah pemahaman bahawa kita diciptakan menurut rupa Tuhan adalah penting? Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas merenungkan kebenaran ini? Mereka boleh membaca Kejadian 1:26–28; Musa 2:26–28; Abraham 4:26–28; atau perenggan kedua “Keluarga: Suatu Pengisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara kita melihat diri kita, orang lain dan Tuhan? Ahli-ahli kelas boleh menemui pandangan yang selanjutnya dalam lagu rohani seperti “O Bapaku” atau “Aku Anak Tuhan” (Lagu Rohani, no. 132, 144).

  • Presiden Russell M. Nelson bersaksi tentang sifat badan fana yang menakjubkan (lihat “Terima Kasihlah kepada Tuhan,” Liahona, Mei 2012, 77–80). Pertimbangkan untuk berkongsi pesanan ini sebelum membaca Kejadian 1:26–28; Musa 2:26–28; atau Abraham 4:26–28 dalam kelas. Bagaimanakah kesaksian Presiden Nelson memperdalamkan kesyukuran kita terhadap kebenaran dalam ayat-ayat ini?

Kejadian 1:27–28; Musa 3:18, 21–25; Abraham 5:14–19

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.

  • Banyak pandangan tentang perkahwinan pada zaman ini menyimpang daripada kebenaran abadi. Untuk membantu kelas anda belajar tentang pandangan Tuhan terhadap perkahwinan, anda boleh menjemput mereka membaca Kejadian 1:27–28; Musa 3:18, 21–25; atau Abraham 5:14–19 dan menyenaraikan di papan tulis kebenaran yang mereka temui. Mereka juga boleh menambah pada senarai mereka kebenaran yang mereka temui dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org). Mengapakah kebenaran-kebenaran ini berharga bagi kita?

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Membandingkan Kisah Penciptaan.

Kejadian

Musa

Abraham

Kejadian

Kejadian 1:1

Musa

Musa 2:1

Abraham

Abraham 4:1

Kejadian

Kejadian 1:16

Musa

Musa 2:16

Abraham

Abraham 4:16.

Kejadian

Kejadian 1:26–27

Musa

Musa 2:26–27

Abraham

Abraham 4:26–27

Kejadian

Kejadian 1:30

Musa

Musa 2:30

Abraham

Abraham 4:30

Kejadian

Kejadian 2:5

Musa

Musa 3:5

Abraham

Abraham 4:30

Kejadian

Kejadian 2:5

Musa

Musa 3:5

Abraham

Abraham 5:5

Kejadian

Kejadian 2:7

Musa

Musa 3:7

Abraham

Abraham 5:7

Kejadian

Kejadian 2:9

Musa

Musa 3:9

Abraham

Abraham 5:9

Kejadian

Kejadian 2:17–19

Musa

Musa 3:17–19

Abraham

Abraham 5:13–14

Menambah Baik Pengajaran Kita

Bantu pelajar menyamakan tulisan suci kepada diri mereka. “Kebenaran injil yang sama, yang mengilhami dan menyebabkan Abraham, Ester, Lehi dan Joseph Smith tabah hati boleh membantu mereka yang anda ajar menghadapi cabaran zaman moden” (Teaching in the Savior’s Way, 21). Galakkan pelajar untuk menerapkan asas dalam tulisan suci yang mereka temui pada situasi mereka sendiri.