Perjanjian Lama 2022
17–23 Januari. Kejadian 5; Musa 6: “Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”


“17–23 Januari. Kejadian 5; Musa 6: ‘Mengajarkan Hal-hal ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu’”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“17–23 Januari. Kejadian 5; Musa 6”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden

Better than Paradise (Lebih Baik daripada Firdaus), oleh Kendal Ray Johnson

17–23 Januari

Kejadian 5; Musa 6

“Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”

Sebelum anda membaca bahan-bahan tambahan, baca dan renungkan Kejadian 5 dan Musa 6 serta catat tanggapan rohani anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan panduan ini boleh memberi anda gambaran tentang cara membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran yang berkaitan bagi mereka.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman yang mereka peroleh semasa mengkaji Kejadian 5 dan Musa 6? Anda boleh menulis nama Adam dan Henokh pada papan tulis dan menjemput ahli-ahli kelas agar menulis sesuatu yang telah dilakukan atau diajar oleh salah seorang nabi ini, yang bermakna bagi mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Musa 6:26–39

Tuhan memanggil kita untuk melakukan pekerjaan-Nya meskipun kita serba kekurangan.

  • Besar kemungkinan seseorang dalam kelas anda pernah rasa— atau berasa— serba kekurangan terhadap tanggungjawab di rumah atau di gereja. Untuk memupuk iman ahli-ahli kelas bahawa Tuhan boleh membantu mereka, anda boleh menjemput mereka untuk membaca pengalaman Henokh yang boleh terdapat dalam Musa 6:26–39. Bagaimanakah Tuhan telah membantu Henokh melakukan pekerjaan-Nya meskipun Henokh berasa takut? Minta ahli-ahli kelas memikirkan contoh-contoh orang ramai yang telah mengatasi kelemahan mereka dan menyelesaikan pekerjaan Tuhan, baik dari tulisan suci ataupun kehidupan sendiri. Apakah contoh-contoh yang boleh kita kongsi? (lihat juga Keluaran 4:10–16; Yeremia 1:4–10; 2 Nefi 33:1–4; Eter 12:23–29).

  • Banyak rasul dan nabi zaman moden telah mengungkapkan kebimbangan yang serupa seperti Henokh apabila mereka menjelaskan perasaan mereka ketika menerima panggilan. Pengalaman mereka boleh memperdalamkan pemahaman ahli-ahli kelas tentang Musa 6:26–39. Pertimbangkan untuk menyemak pesanan oleh ahli Kuorum Dua Belas yang dipanggil baru-baru ini (misalnya, lihat kesaksian Elder Ronald A. Rasband, Elder Gary E. Stevenson dan Elder Dale G. Renlund [Liahona, Nov. 2015, 89–94]). Minta ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mengagumkan mereka tentang contoh-contoh ini. Apakah yang boleh kita pelajari dari para pemimpin ini tentang perasaan serba kekurangan kita sendiri? Pernyataan Presiden Thomas S. Monson dalam “Sumber Tambahan” juga boleh membantu perbincangan ini.

Musa 6:48–65

Iman, pertaubatan, pembaptisan dan penerimaan Roh Kudus mempersiapkan diri kita untuk kembali kepada Tuhan.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan kita membaca Musa 6:48–62 untuk mencari perkara yang kita perlu ketahui dan lakukan supaya ditebus. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pandangan berdasarkan pengajian mereka di rumah. Atau anda boleh bincangkan Musa 6:48–62 bersama-sama di dalam kelas. Bagaimanakah kita menjawab seseorang yang menanya mengapakah iman, pertaubatan, pembaptisan dan penerimaan kurnia Roh Kudus diperlukan? Bagaimanakah Tuhan menjawab soalan ini dalam ayat 53–65 dan apakah yang kita pelajari dari jawapan-Nya?

    keluarga sedang belajar tulisan suci

    Ibu bapa harus mengajarkan injil kepada anak-anak mereka.

Musa 6:51–63

“Mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anakmu.”

  • Dalam Musa 6:51–63 kita mempelajari kebenaran injil yang Tuhan ajarkan kepada Adam dan memintanya mengajarkan kepada generasi akan datang. Ahli-ahli kelas boleh senaraikan kebenaran ini dengan mengkaji kumpulan ayat yang lebih kecil, seperti ayat 51–52, 53–57, 58–60, 61–63. Mengapakah kebenaran ini berharga untuk generasi yang meningkat dewasa pada hari ini? Apakah yang anda mahu golongan muda ketahui tentang Juruselamat dari ayat ini? Ahli-ahli kelas mungkin sudi berkongsi idea atau pengalaman untuk membantu antara satu sama lain mengajarkan kebenaran ini dengan lebih berkesan kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Apakah lagi yang boleh kita pelajari dari arahan Tuhan kepada ibu bapa dalam Mosia 4:14–15 serta Ajaran dan Perjanjian 68:25–28; 93:40–50?

  • Jika anda mengajar golongan remaja, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi cara mereka dapat menyokong ibu bapa mereka dalam usaha mengajarkan injil di rumah.

    2:3
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

“Siapa yang Tuhan panggil, Tuhan layakkan.”

Presiden Thomas S. Monson mengajar: “Sesetengah daripada anda mungkin semula jadi mempunyai sifat malu atau menganggap diri anda serba kekurangan untuk menerima panggilan dengan yakin. Ingat bahawa pekerjaan ini bukan milik anda dan saya semata-mata. Ini pekerjaan Tuhan dan apabila kita melakukan pekerjaan Tuhan, kita berhak menerima bantuan Tuhan. Ingat bahawa siapa yang Tuhan panggil, Tuhan layakkan” (“Duty Calls”, Ensign, Mei 1996, 44).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Roh Kudus ialah pengajar. Peranan anda sebagai pengajar adalah penting, tetapi ingatlah bahawa Roh Kudus ialah pengajar yang sebenar. Bantu ahli-ahli kelas belajar dari Roh dan kongsi antara satu sama lain perkara yang dipelajari oleh mereka.