“10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5: Kejatuhan Adam dan Hawa”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
10–16 Januari
Kejadian 3–4; Musa 4–5
Kejatuhan Adam dan Hawa
Sebagai persediaan untuk mengajar tentang Kejadian 3–4 dan Musa 4–5, fikirkan tentang soalan atau aktiviti yang boleh membantu ahli-ahli kelas lebih memahami tentang Kejatuhan Adam dan Hawa.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ahli-ahli kelas boleh mengkaji secara ringkas Kejadian 3–4 atau Musa 4–5, pilih ayat yang menarik perhatian mereka dan kongsikannya dengan seseorang yang duduk bersebelahan. Kemudian, beberapa pelajar boleh berkongsi pandangan dengan kelas.
Mengajar Ajaran
Kita memerlukan hak pilihan dan pertentangan untuk berkembang.
-
Ini adalah kerana hak pilihan—hak yang diberikan oleh Tuhan untuk membuat pilihan—merupakan bahagian asas kehidupan fana, kita kadang-kadang menganggap remeh hak ini. Untuk memperdalamkan penghargaan ahli-ahli kelas terhadap kurnia ini, mereka boleh membaca dan membincangkan Musa 4:1–4. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang kepentingan hak pilihan? Mengapakah rancangan Tuhan akan termusnah jika kita tidak mempunyai hak pilihan? Petikan dalam “Sumber Tambahan” boleh memberikan beberapa pandangan.
-
Ahli-ahli kelas boleh mengkaji pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Pertentangan dalam Segala Hal” (Liahona, Mei 2016, 114–17) sebagai sebahagian daripada pengajian individu atau keluarga mereka pada minggu ini. Pada minggu ini, anda boleh pertimbangkan untuk menjemput beberapa orang bersedia untuk berkongsi sesuatu dari pesanannya yang telah membantu mereka memahami tentang Kejatuhan Adam dan Hawa (lihat bahagian I dan II terutamanya). Mengapakah Bapa Syurgawi membenarkan kita mengalami “pertentangan dalam semua hal”? (lihat 2 Nefi 2:11–16). Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 29:39–40 dan membincangkan mengapa godaan Setan adalah perlu dalam rancangan Tuhan. Bagaimanakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus membantu kita ketika kita berhadapan dengan godaan?
Setan berusaha untuk “menipu dan membutakan” kita.
-
Musa 4:4–12; 5:13–33 boleh membantu ahli-ahli kelas anda mengenal pasti beberapa cara yang Setan menggoda kita untuk berbuat jahat. Anda boleh meminta separuh kelas untuk membaca Musa 4:4–12 dan yang lain pula membaca Musa 5:13, 18–33. Sambil mereka membaca, mereka boleh menyenaraikan cara Setan cuba untuk menggoda Adam dan Hawa serta anak-anak mereka. Bagaimanakah dia mencuba perlakuan yang sama ini pada hari ini? Bagaimanakah Bapa Syurgawi boleh membantu kita menentang penipuan Setan?
Kejadian 3:1–7; Musa 4:22–31; 5:4–15
Korban Tebusan Yesus Kristus menawarkan harapan dan penebusan daripada Kejatuhan.
-
Semakin kita memahami kesan Kejatuhan, semakin kita menghargai Korban Tebusan Yesus Kristus. Ahli-ahli kelas boleh mencari kesan Kejatuhan dalam Kejadian 3:1–7; Musa 4:22–31 dan menyenaraikan di papan tulis perkara yang mereka temui. Kemudian, mereka boleh mencari Musa 5:4–12, 14–15 untuk pelajari tentang rancangan Tuhan untuk menebus kita dari kesan-kesan tersebut (lihat juga 2 Nefi 2:19–25; Alma 12:22–34) dan senaraikan di papan tulis perkara yang mereka temui. Mereka juga boleh berkongsi tentang kesaksian Adam dan Hawa terhadap Yesus Kristus yang mengagumkan mereka, yang boleh didapati dalam ayat 10–12. Apakah perasaan kita tentang rancangan Tuhan setelah membaca tulisan suci ini?
-
Kisah harapan serta penebusan Adam dan Hawa boleh menjadi penggalak kepada ahli-ahli kelas ketika menghadapi kesusahan dalam hidup. Pertimbangkan untuk menjemput mereka mencari perkataan dan ungkapan dalam Musa 5:7–12 yang menyatakan harapan Adam serta Hawa apabila mereka mengetahui bahawa Juruselamat boleh menebus mereka. Bilakah kita merasa harapan yang serupa dengan Adam dan Hawa? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas berkongsi lagu rohani kegemaran mereka yang menyatakan harapan yang datang melalui Korban Tebusan Juruselamat. Anda boleh menyanyi beberapa lagu ini bersama-sama.
Sumber Tambahan
Kita boleh membuat pilihan untuk diri kita.
Elder Dale G. Renlund mengajar:
“Matlamat Bapa Syurgawi dalam keibubapaan bukanlah untuk anak-anak-Nya melakukan apa yang betul; ia adalah supaya anak-anak-Nya memilih untuk melakukan apa yang betul dan akhirnya menjadi seperti Dia. Jika Dia hanya inginkan kita untuk patuh, Dia akan menggunakan ganjaran dan hukuman yang segera untuk mempengaruhi tingkah laku kita.
“Namun Tuhan tidak berminat untuk anak-anak-Nya hanya menjadi ‘haiwan peliharaan’ terlatih dan patuh yang tidak akan mengunyah selipar-Nya di ruang tamu selestial. Tidak, Tuhan inginkan anak-anak Dia membesar secara rohani dan menyertai Dia dalam perniagaan keluarga itu” (“Tentulah Sekarang”, Liahona, Nov. 2018, 104).