Perjanjian Lama 2022
27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3: “Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”


“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3: ‘Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

gambar bintang di angkasa

27 Disember–2 Januari

Musa 1; Abraham 3

“Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”

Sambil anda membaca Musa 1 dan Abraham 3, pastikan minda dan hati anda terbuka untuk tanggapan dari Roh. Dia akan mengilhami anda dengan fikiran dan idea yang akan membantu anda membuat persediaan untuk mengajar.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas anda mungkin mempunyai pengalaman yang mengagumkan semasa membaca Musa 1 dan Abraham 3 di rumah. Bagaimanakah anda akan memberi peluang kepada ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman tersebut? Mungkin semudah mengajukan soalan seperti ini: Apakah yang mengagumkan anda semasa anda membaca tulisan suci minggu ini? Apakah yang mengagumkan anda? Apakah yang membuat anda berhenti dan berfikir? Apakah yang telah membantu anda rasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus anda?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Musa 1:1–10, 37–39; Abraham 3:22–26

Sebagai anak-anak Tuhan, kita mempunyai takdir ilahi.

  • Kebenaran yang diungkapkan dalam penglihatan Musa dan Abraham boleh memberi pengaruh yang kuat terhadap pilihan dan kemampuan kita untuk mengatasi cabaran hidup. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas anda menemui kebenaran ini dalam Musa 1 dan Abraham 3? Salah satu idea adalah dengan membahagikan kelas kepada kumpulan dan menugaskan setiap kumpulan salah satu daripada petikan berikut: Musa 1:1–10; Musa 1:37–39; Abraham 3:22–26. Setiap kumpulan boleh mencari jawapan untuk soalan seperti “Siapakah saya?” “Mengapakah saya di sini?” dan “Apakah yang Tuhan mahukan saya menjadi?” Selepas diberikan masa yang mencukupi, kumpulan kemudiannya boleh berkongsi jawapan mereka. Bagaimanakah jawapan ini boleh mempengaruhi tindakan harian kita?

    Yesus Kristus di kalangan bintang

    Christ and the Creation (Kristus dan Penciptaan), oleh Robert T. Barrett

Musa 1:12–23

Kita boleh menentang pengaruh Setan.

  • Penentangan Musa dan Setan, yang boleh ditemui dalam Musa 1:12–23, mengandungi pengajaran yang boleh membantu ahli-ahli kelas anda apabila mereka berhadapan dengan godaan atau penipuan dari musuh. Apakah yang boleh kita pelajari dari tindak balas Musa? Perkongsian idea dan galakan dalam kalangan ahli-ahli kelas untuk membantu menentang usaha Setan mungkin membantu.

  • Salah satu pengajaran dari pengalaman Musa adalah Setan menggoda kita dengan kebenaran dan kuasa Tuhan yang palsu. Untuk membantu ahli-ahli kelas menggambarkan hal ini, anda boleh membawa ke kelas beberapa objek yang merupakan versi palsu bagi objek tertentu, seperti tumbuhan buatan atau patung bayi. Bagaimanakah kita boleh tahu yang objek-objek ini adalah palsu? Apakah beberapa kepalsuan yang digunakan oleh Setan pada hari ini untuk menggoda kita? Bagaimanakah kita boleh mengenali dan menolaknya? (Untuk mengetahui cara Musa melakukannya, lihat Musa 1:13–18.) Bagaimanakah Tuhan membantu kita dalam usaha kita? (lihat Musa 1:24–26).

Abraham 3:22–28

Kehidupan ini merupakan peluang untuk menunjukkan bahawa kita akan melakukan apa yang diperintahkan oleh Tuhan.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas melihat kehidupan mereka sebagai peluang untuk membuktikan kesetiaan mereka terhadap perintah Tuhan? Anda boleh mulakan dengan meminta mereka membincangkan pengalaman ketika mereka perlu menunjukkan kecekapan dalam suatu kemahiran—misalnya, di sekolah, di tempat kerja atau dalam pasukan olahraga. Mereka boleh membincangkan perkara yang perlu dilakukan oleh mereka untuk membuktikan kemampuan diri mereka. Bagaimanakah pengalaman ini serupa dengan perkara yang dijelaskan dalam Abraham 3:24–26? Apakah perbezaannya? Bagaimanakah kita melibatkan Bapa Syurgawi dan Juruselamat dalam usaha kita untuk “membuktikan” keupayaan diri kita? (Abraham 3:25). Bagaimanakah pengetahuan tentang kita di sini untuk membuktikan kepatuhan diri kita mempengaruhi cara kita bertindak balas terhadap cabaran hidup?

  • Apakah lagi yang kita belajar dari Abraham 3:22–28 tentang kehidupan pra-fana atau “syarat keadaan pertama” kita? (ayat 26). Mengapakah kebenaran-kebenaran ini berharga bagi kita?

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Jangan meragui perkara yang telah diungkapkan kepada anda.

Elder Jeffrey R. Holland mengajar tentang pengalaman Musa ini dalam Musa 1: “Pesanan Musa kepada anda pada hari ini ialah: Jangan berhenti berwaspada. Jangan menganggap bahawa wahyu yang hebat, beberapa detik luar biasa yang menerangi, pembukaan laluan yang mengilhamkan, merupakan penghujungnya. … Setelah diterangi, berhati-hati dengan godaan untuk dijauhi daripada perbuatan yang baik. Jika tindakan anda mendoakan dan mempercayai serta mengamalkannya adalah betul sebelum ini, amalan ini adalah betul sekarang. Jangan putus asa apabila tekanan meningkat. Sudah tentu jangan mengalah kepada makhluk yang bertekad untuk menghancurkan kebahagiaan anda. Hadapi keraguan anda. Kuasai ketakutan anda. ‘Janganlah putus harapan kamu’ [Ibrani 10:35]. Kekal pada jalan dan lihat keindahan hidup terbuka kepada anda” (“Cast Not Away Therefore Your Confidence”, Ensign, Mac 2000, 7, 9).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Bantu pelajar menemui kebenaran dalam tulisan suci. Sebelum menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca petikan tulisan suci, anda boleh menugaskan mereka perkara tertentu untuk dicari atau dipertimbangkan. Contohnya, mereka boleh mencari sesuatu yang telah dipelajari oleh mereka tentang Juruselamat atau sesuatu yang ingin dikongsi dengan ahli keluarga mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)