“14–20 November. Amos; Obaja: ‘Kembalilah kepada Tuhan, Maka Kamu Akan Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“14–20 November. Amos; Obaja,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
14–20 November
Amos; Obaja
“Kembalilah kepada Tuhan, Maka Kamu Akan Hidup”
Semasa anda mengkaji Amos dan Obaja, bersikap terbuka terhadap tanggapan apa yang harus anda ajarkan ahli kelas anda. Catat tanggapan ini, dan cari peluang untuk berkongsi dalam kelas Minggu anda.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Seperti Amos dan Obaja telah memberi peringatan kepada orang-orang pada zaman mereka, kata-kata mereka juga memberi peringatan kepada kita pada hari ini. Anda boleh menjemput ahli kelas untuk berkongsi ajaran daripada Amos dan Obaja yang berguna untuk kita.
Mengajar Ajaran
Tuhan mengungkapkan kebenaran melalui para nabi-Nya.
-
Jemput ahli kelas untuk berkongsi kebenaran tentang nabi yang mereka temuidalam Amos 3 dan Amos 7 sepanjang pengkajian peribadi atau keluarga mereka. Anda boleh menyenaraikan jawapan mereka di papan tulis. Apakah kebenaran lain tentang nabi yang kita tahu? Galakkan beberapa ahli kelas untuk berkongsi cara mereka memperoleh kesaksian tentang peranan nabi dalam rancangan Tuhan.
-
Bagaimanakah kita boleh berkongsi dengan rakan mengapa penting adanya nabi pada zaman kita? Anda boleh senaraikan di papan tulis soalan tentang nabi yang bukan ahli Gereja akan tanya. Bagaimanakah kita menjawab beberapa soalan ini menggunakan Amos 3:7–8 dan 7:10–15?
-
Bagaimanakah nabi zaman akhir membantu kita lebih mendekati Yesus Kristus?
Kemurtadan seperti kebuluran mendengar firman Tuhan.
-
Untuk mulakan perbualan tentang kebuluran yang Amos gambarkan dalam Amos 8:11–12, anda boleh menyemak keadaan rohani orang-orang yang dia ajar pada ketika itu. Bagaimanakah orang Israel berpaling daripada Tuhan? (lihat, misalnya, Amos 2:6–8; 5:11–12). Mengapakah berguna untuk tahu tentang kejatuhan mereka? Ahli kelas boleh membaca Amos 8:11–12 dan bincangkan sebab-sebab “kebuluran” dan “kedahagaan” merupakan perkataan yang bagus untuk menjelaskan keadaan mereka yang berpaling daripada Tuhan. Ahli kelas juga boleh mencari Amos 5 untuk mengenal pasti ayat yang boleh membantu kita mengelakkan kemurtadan (lihat, misalnya, ayat 4, 11–12, 14–15, 25–26).
-
Pemahaman tentang kebuluran rohani disebabkan kemurtadan membantu kita fahami jamuan rohani yang kita nikmati kerana Pemulihan. Anda boleh menulis beberapa soalan tentang Kemurtadan dan Pemulihan di papan tulis, seperti Mengapakah terjadi Kemurtadan? Apakah kesan Kemurtadan terhadap anak-anak Tuhan? Apakah kesan Pemulihan? Galakkan ahli kelas mencari jawapan soalan ini dan soalan lain menggunakan sumber berikut: “Pesanan Pemulihan Injil Yesus Kristus” dalam bab 3 Mengkhutbahkan Injil-Ku ([2019], 36–39) dan petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Jemput ahli kelas untuk bincangkan tentang kebenaran yang dipulihkan pada zaman kita yang amat bermakna bagi mereka.
“Penyelamat akan datang ke Bukit Sion.”
-
Mengapakah frasa “penyelamat … ke bukit Sion” (Obaja 1:21) merupakan penjelasan yang bagus tentang kita melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga? Bagaimanakah apa yang kita lakukan untuk nenek moyang kita di bait suci membantu kita lebih dekat dengan Juruselamat Yesus Kristus? Ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang mereka lalui baru-baru ini tentang pekerjaan sejarah bait suci dan keluarga.
Sumber-sumber Tambahan
Pengajaran dari masa lalu.
Presiden M. Russell Ballard mengajar:
“Dalam jangka masa yang singkat secara relatif yang diliputi oleh Perjanjian Baru, … orang-orang menentang Kristus dan para Rasul-Nya. Kejatuhan itu begitu hebat sehingga kita mengenali kejadian itu sebagai Kemurtadan Besar, yang mengakibatkan kebuntuan rohani dan kejahilan selama berabad lamanya, yang disebut Zaman Gelap.
“…Bapa Syurgawi kita mengasihi semua anak-Nya dan Dia ingin mereka semua mendapat berkat injil dalam hidup mereka. Cahaya rohani tidak hilang kerana Tuhan mengabaikan anak-anaknya. Sebaliknya, kegelapan rohani terbentuk ketika anak-anak Tuhan berpaling daripada-Nya. Inilah kesan semula jadi berikutan pilihan buruk yang individu, masyarakat, negara dan seluruh tamadun buat. Hal ini telah terbukti berulang kali sepanjang peredaran masa. Salah satu pengajaran besar dalam sejarah ini adalah pilihan kita, secara individu dan juga secara beramai, sememangnya boleh memudaratkan rohani kita sendiri dan juga generasi akan datang” (“Learning the Lessons of the Past”, Liahona, Mei 2009, 32).