Perjanjian Lama 2022
21–27 November. Yunus; Mikha: “Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami”


“21–27 November. Yunus; Mikha: ‘Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“21–27 November. Yunus; Mikha,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

seorang lelaki sedang merangkak di tepi pantai dan ikan paus di lautan

Jonah on the Beach at Nineveh (Yunus di Tepi Pantai di Niniwe), oleh Daniel A. Lewis

21–27 November

Yunus; Mikha

“Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami”

Penukaran hati yang berkekalan memerlukan lebih daripada pengajaran Sekolah Minggu yang mengilhamkan setiap dua minggu. Galakkan ahli kelas anda mencari pengalaman rohani peribadi sepanjang hidup mereka.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menulis frasa seperti yang berikut di papan tulis: Kebenaran yang saya diberi peringatan, Sesuatu yang telah saya pelajari serta Sesuatu yang ingin saya belajar selanjutnya. Berikan ahli kelas masa untuk menyemak perkara yang mereka pelajari dalam Yunus dan Mikha yang berkaitan dengan frasa yang ditulis di papan tulis.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yunus 1–4; Mikha 7:18–19

Tuhan mengasihi semua yang berpaling kepada-Nya.

Peringatan tentang belas kasihan Tuhan boleh membantu ahli kelas merasakan kasih-Nya dan mengilhami mereka agar bertaubat. Anda boleh menjemput ahli kelas untuk membaca Mikha 7:18–19 dan menyenaraikan di papan tulis beberapa peristiwa daripada Yunus 1–4 yang menunjukkan Tuhan suka menunjukkan kasih-Nya. Apakah pengalaman belas kasihan Tuhan lain yang boleh kita kongsi—daripada tulisan suci atau kehidupan kita sendiri?

Pengalaman menerima belas kasihan Tuhan boleh mengilhami kita menjadi lebih berbelas kasihan. Berikut ialah satu idea yang boleh membantu ahli kelas anda belajar tentang belas kasihan daripada kitab Yunus. Anda boleh menulis soalan ini di papan tulis: Apakah yang belas kasihan Tuhan, seperti dalam Yunus 1–4, ajarkan saya tentang menjadi lebih berbelas kasihan? Setiap ahli kelas boleh memilih bab untuk disemak dan mencari jawapan bagi soalan tersebut. Berikan ahli kelas masa untuk merenungkan pengalaman mereka menggantikan sikap menghakimi kepada berbelas kasihan terhadap diri sendiri atau orang lain.

dua orang sedang berbual di tepi sungai

Kita boleh berkongsi injil dengan anak-anak Tuhan.

Yunus 1; 3–4

Semua anak Tuhan perlu mendengar injil.

  • Salah satu cara mempelajari pengajaran kisah Yunus adalah dengan membandingkan kisah ini dengan laporan para penginjil dalam Kitab Mormon. Pertimbangkan untuk bahagikan dua bahagian di papan tulis dengan tajuk Yunus dan Alma dan Anak-anak Mosia. Jemput kelas membandingkan sikap Yunus semasa mengajar bangsa Niniwe (lihat Yunus 1; 3–4) dan sikap anak-anak Mosia semasa mengajar bangsa Laman (lihat Mosia 28:1–5; Alma 17:23–25). Apakah yang kita pelajari daripada latihan ini tentang berkongsi injil dengan semua anak Tuhan?

  • Seperti Yunus, ramai daripada kita mungkin merasa ragu-ragu untuk menjemput orang lain berpaling kepada Tuhan. Apakah beberapa kemungkinan Yunus melarikan diri daripada panggilannya untuk memberi peringatan kepada bangsa Niniwe? Mengapakah kita kadang-kadang merasa ragu untuk berkongsi injil? Ahli kelas boleh berkongsi cara Tuhan telah membantu mereka mengatasi keraguan mereka. Nasihat oleh Presiden Henry B. Eyring dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin membantu ahli kelas mengenal pasti asas-asas yang boleh menguatkan usaha mereka untuk berkongsi injil.

Mikha 6:6–8

“Apakah yang Tuhan hendakkan daripada engkau?”

  • Mikha 6:6–7 menyebut tentang beberapa elemen upacara orang Yahudi purbakala. Namun, terdapat beberapa perkara yang lebih penting bagi Tuhan daripada upacara zahir ini. Jemput ahli kelas untuk mencari perkara penting ini dalam ayat 8. Ahli kelas boleh mengenal pasti frasa utama dalam ayat ini dan membincangkan maksudnya. Mereka kemudian boleh memilih frasa kegemaran mereka, mencari ayat suci yang berkaitan dalam Panduan Tulisan Suci atau lagu rohani dalam buku nyanyian rohani, kemudian berkongsi perkara yang mereka pelajari. Mengapakah asas-asas ini penting bagi Tuhan?

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kasih, teladan dan kesaksian.

Setelah membincangkan peringatan Yunus kepada bangsa Niniwe, Presiden Henry B. Eyring berkongsi pengalaman ibunya memberi peringatan kepadanya:

“Saya masih ingat ibu saya memberitahu saya dengan lembut pada suatu petang Sabtu apabila, saya yang masih seorang budak, meminta izinnya untuk melakukan sesuatu yang saya fikir sangat wajar dan dia tahu hal itu berbahaya. Saya masih kagum dengan kuasa daripada Tuhan yang diberikan kepadanya, untuk mengubah saya dengan beberapa patah perkataan sahaja. Seingat saya, beberapa patah perkataan itu berbunyi begini: “Oh, saya rasa kamu boleh buat begitu. Tetapi, ini pilihan kamu”. Satu-satunya peringatan yang ditekankan ialah perkataan boleh dan pilihan. Walau bagaimanapun, itu sudah memadai bagi saya.

“Kuasanya untuk memberi peringatan dengan beberapa patah perkataan sahaja datang dari tiga perkara yang saya tahu tentangnya. Pertama, saya tahu dia mengasihi saya. Kedua, saya tahu dia sudah melakukan perkara yang dia mahu saya lakukan dan telah diberkati olehnya. Ketiga, dia telah bersaksi kepada saya bahawa pilihan yang harus saya buat begitu penting sehingga Tuhan akan memberitahu saya perkara yang harus saya lakukan jika saya bertanya kepada-Nya. Kasih, teladan dan kesaksian, itulah kunci pada hari itu” (“Suara Amaran”, Ensign, Nov. 1998, 32).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Persiapkan diri anda. Pengajaran injil yang penuh kekuatan bermula dengan mempersiapkan diri sendiri. Sebelum anda membuat persediaan mengajar, tumpukan untuk mengisi hati anda dengan Roh Kudus melalui pengkajian dan doa yang bermakna. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 12.)