Perjanjian Lama 2022
31 Oktober–6 November. Daniel 1–6: “Tiada Dewa yang Dapat Melakukan Hal yang Telah Dilakukan Tuhan Mereka”


“31 Oktober–6 November. Daniel 1–6: ‘Tiada Dewa yang Dapat Melakukan Hal yang Telah Dilakukan Tuhan Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“31 Oktober–6 November. Daniel 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Daniel sedang mentafsir mimpi raja

Daniel Interprets Nebuchadnezzar’s Dream (Daniel Mentafsir Mimpi Nebukadnezzar), oleh Grant Romney Clawson

31 Oktober–6 November

Daniel 1–6

“Tiada Dewa yang Dapat Melakukan Hal yang Telah Dilakukan Tuhan Mereka”

Ramai daripada ahli kelas mungkin tahu beberapa cerita dalam kitab Daniel. Semasa anda belajar dan membuat persediaan untuk mengajar, dapatkan bimbingan daripada Roh tentang cara anda boleh membantu ahli kelas mencari makna peribadi daripada bab-bab ini.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli kelas untuk berkongsi kemajuan pengkajian kitab suci peribadi atau keluarga mereka. Apabila ahli kelas berkongsi tentang sesuatu yang Roh ajarkan mereka pada minggu ini, anda boleh tanyakan mereka apa yang mereka lakukan yang membawa kepada tanggapan itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Daniel 1; 3; 6

Kita boleh percaya kepada Tuhan apabila iman kita dicabar.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang cara Daniel, Sadrakh, Mesakh dan Abednego menunjukkan iman kepada Tuhan, anda boleh meminta beberapa ahli kelas meringkaskan cabaran yang dihadapi oleh empat orang lelaki ini, seperti yang dijelaskan dalam Daniel 1, 3 dan6. Mengapakah sukar untuk beriman dalam situasi seperti ini? Apakah situasi yang kita hadapi yang mencabar keimanan kita? Ahli kelas boleh mencari Daniel 1:10–13; 3:15–18; 6:10, untuk melihat cara empat orang lelaki ini memberi respons terhadap cabaran mereka. Bagaimanakah teladan mereka boleh membantu kita dalam usaha kita menjadi pengikut Yesus Kristus yang beriman?

  • Ramai dalam kalangan kita, seperti Daniel dan rakan-rakannya, pernah merasakan tekanan untuk mengkompromikan standard kita. Apakah beberapa punca tekanan ini dalam kehidupan kita? Untuk membantu ahli kelas belajar daripada teladan Daniel dan rakan-rakannya, anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan menugaskan setiap kumpulan untuk menyemak salah satu daripada bab yang berikut: Daniel 1, 3 atau6. Bagaimanakah Tuhan memberkati Daniel, Sadrakh, Mesakh dan Abednego apabila mereka memilih untuk kekal beriman meskipun tekanan yang mereka hadapi? Setiap kumpulan boleh berkongsi dengan ahli kelas yang lain mengenai perkara yang mereka temui. Ahli kelas kemudiannya boleh membincangkan cara untuk kekal beriman meskipun menghadapi tekanan sosial atau tekanan lain. Mereka juga boleh membincangkan kepentingan mencari rakan baik yang memberi kita sokongan untuk mematuhi standard kita.

Daniel 2

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah kerajaan Tuhan pada bumi ini.

  • Perbincangan tentang Daniel 2 boleh membantu kelas anda memahami cara Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir memenuhi takdirnya seperti batu yang dinubuatkan “jatuh dari tebing dengan sendirinya” (ayat 45). Untuk bermula, anda dan kelas boleh menyemak tentang gambaran dan tafsiran Daniel mengenai mimpi Nebukadnezzar, yang boleh didapati dalam Daniel 2:31–45. Kemudian, anda boleh menunjukkan gambar sebiji batu (atau melukis sebiji batu di papan tulis). Jemput ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang kerajaan Tuhan dengan membandingkannya dengan gambaran batu dalam Daniel 2:34–35, 44–45. Ahli kelas mungkin mengetahui tentang sejarah Gereja di kawasan anda yang mereka boleh berkongsi dalam kelas. Bagaimanakah kita melihat nubuat Daniel digenapi dalam kehidupan kita masing-masing?

Daniel 2:1–30

Penerimaan wahyu memerlukan persediaan rohani.

  • Ahli kelas boleh belajar cara Daniel mempersiapkan dirinya untuk menerima wahyu yang diperlukan untuk menerangkan dan mentafsirkan mimpi Nebukadnezzar. Anda boleh bermula dengan meminta ahli kelas untuk menyemak Daniel 2:1–15, kemudian berkongsi perasaan mereka jika mereka dalam situasi Daniel. Jemput mereka untuk mencari Daniel 2:16–18 dan lihat perkara yang telah dilakukan oleh Daniel. Apakah yang kita belajar daripada Daniel 1:17 tentang cara Tuhan mempersiapkan Daniel? Apakah yang boleh kita belajar daripada Daniel yang boleh membantu kita semasa kita mencari wahyu peribadi? Apakah yang boleh kita belajar daripada kata-kata dan tindakan Daniel selepas dia menerima bantuan Tuhan? (lihat Daniel 2:20–30).

Imej
empat lelaki di meja menolak daging yang ditawarkan oleh seorang lelaki

Ilustrasi Daniel dan rakannya menolak makanan daripada raja, oleh Brian Call

Daniel 3

Apabila hasilnya tidak jelas, kita masih boleh memilih iman.

  • Pengalaman Sadrakh, Mesakh dan Abednego yang boleh didapati dalam Daniel 3 boleh membantu ahli kelas anda memahami maksud beriman sepenuhnya terhadap Yesus Kristus. Anda boleh menjemput ahli kelas meringkaskan cabaran yang dihadapi oleh Sadrakh, Mesakh dan Abednego (lihat Daniel 3:1–12), kemudian bincangkan cara mereka telah memberi respons (lihat Daniel 3:13–18). Apakah yang kita belajar tentang keimanan berdasarkan tindak balas orang-orang ini? Anda boleh menulis di papan tulis frasa Tuhan kita sanggup (dapat)… dan Tetapi seandainya Dia tidak melakukannya juga… daripada ayat 17–18. Ahli kelas boleh melengkapkan ayat ini berdasarkan situasi yang mungkin dihadapi oleh mereka. Sebagai contoh, mereka boleh cadangkan “Tuhan kita dapat menjawab semua soalan saya” dan “Tetapi seandainya Dia tidak melakukannya juga, saya akan mempercayai-Nya dengan sabar”. Apabila ahli kelas berkongsi contoh mereka, galakkan mereka untuk berbincang bagaimana Juruselamat menyokong dan mengukuhkan kita walaupun kita tidak tahu apa akan terjadi.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan bantuan visual. “Seni, termasuk gambar, video dan lakon peranan boleh menggalakkan interaksi pelajar—terutamanya pelajar yang menggemari pembelajaran visual—dan menjadikan laporan tulisan suci lebih menarik” (Teaching in the Savior’s Way, 22).

Cetak